Lulu pages

Terkini dari alin

Wednesday, August 29, 2012

Nak sangat, tapi keadaan belum mengizinkan



Salam pembaca...

Pernah tak dalam hidup ini, korang nak sangat sesuatu, tapi tak mampu ataupun tak dapat nak mendapatkannya? Bagaimana perasaan korang masa tu?

Beberapa hari ni asyiklah nak sangat dengan sebuah laptop, biru nipis dan ringan itu. Terbayang-bayang tangan yang halus ni, menekan keyboard cantik tu sambil update blog dan surfing internet. Sebenarnya harganya bukannya mahal sangat pun.. Tapi, mungkin ini bukan masa yang sesuai untuk keluarkan duit :(
Laptop yang ada ni pun dah pakai lebih 4 tahun. Dah memang bila-bila masa sahaja nak mogok. Kadang tu tak boleh on lah, sangkut lah.. Entah banyak sangat penyakitnya. Tapi rasa sayang dengan laptop ni, jangan ceritalah, sebab dah pakai lama. Macam ada sentimentel value lak kan dengan barang ni.

Tapi sebenarnya masa beli laptop ni dulu pun, harga nya bukannya mahal pun. Tapi sebenarnya masih terasa lagi perasaan gembira dan bangga masa mula-mula memilikinya dulu.. ya, ya, alin memang seorang yang sangat menghargai. Tapi, harap-harap sangatlah dia tak rosak dalam teruk sekarang ni.. Nanti dulu eh.. Banyak sangat movie, lagu dan gambar dalam ni, kena cepat transfer..huhu..




@ Sebenarnya, ada benda lain lagi yang dalam hati nak sangat. Tapi percayalah, bila kita tak dapat apa yang kita nak, tiada gunanya kita rasa kecewa, sebab mungkin masa ni belum rezeki kita lagi.. ye tak??






.

Monday, August 27, 2012

Bila rezeki sudah datang?

Salam pembaca!

Ada sesuatu yang sangat ditunggu-tunggu oleh alin dan encik suami. Kadang tu rasanya apa yang ditunggu tu pun belum pasti akan ada ataupun tidak. So, hari-hari memang takkan lupa nak berdoa, semoga rezeki yang ditunggu tu akhirnya akan datang juga. Hari demi hari berlalu.. sampai terasa redha sangat..

Alhamdulillah, rezeki yang ditunggu tu tiba juga sebelum raya yang lalu. Masa tau berita tu, rasa nak menangis pun ada. Apatah lagi rasa gembira. Takpe, ni baru jer temuduga.. kan encik suami. Semoga rezeki yang besar tu akan menjadi milik encik suami juga. Dan secara rasminya, keluarga kecik kami ini akan berjalan jauh, bagi menyempurnakan temuduga yang dijangka akan berlangsung dalam minggu depan. 8 jam perjalanan.. memang lama, tapi harap sangat tidak terjadi seperti sebelum-sebelumnya.. Iaitu, tertidur sepanjang perjalanan.. Sangatlah rugi okeh.

Masa tu, kakak memang sekolah. Tapi pemergian kami semua ini adalah untuk menaikkan semangat encik suami. Owh rezeki, jadilah milik kami.. ^__^

Dah seminggu raya, sekarang dah tak rasa sangat dah kemeriahannya. Masa untuk kembali menjalani tugas-tugas harian seperti biasa. Sebulan berpuasa, tak banyak berat badan yang turun. Tapi dalam kurang seminggu saja, berat badan dah naik mendadak. Huhu, memang perut yang tak menahan. Sana-sini rumah open house. berkali-kali juga perut memulas. Bukan saja kerana makanan yang dihidangkan pedas, tapi juga ada tu yang dah nak basi.. huhu..

Perjalanan jauh? kemana?
Ok, next entri..ngee, doakan perjalanan pergi dan balik kami selamat, dan impian encik suami berjaya.. Insya-Allah...







.

Tuesday, August 14, 2012

Ingatanku kekal pada mu duhai blog


Salam pembaca..

Malasnya nak update blog. huhu.. bukannya kerana takde idea, bukan juga kerana malas. Tapi bila terfikir nak menulis, laptop takde ditangan, dan idea tu berlalu begitu sahaja.. Terasa sangat betapa ruginya, namun nak buat macam mana kan. Itulah pengajarannya, masa yang berlalu pergi takkan dapat nak undur balik.. huhu..

tapi bila teringatkan blog ni yang jarang update, dan hanya ada paling banyak satu entri untuk seminggu, tetiba *sedih.. Tapi dalam hati, nekad nak kekal rajin update blog..hoho.. Dan sebagai ibu dua anak, juga sebagai seorang isteri sepenuh masa, jangan cerita masa yang ada.. Memang cukupppppp banyak untuk update blog, walaupun sehari satu entri. Tak kisah lah ada orang baca ke tak. Rasanya blog ni macam dairi. Apa yang berlaku tu, seronok rasanya bila kita bukukan.. Esok-esok bila kita baca, bolehlah buat diri sendiri tersenyum. Dulu, alin suka tulis dairi. Tulis setiap hari. Bila tulis tu, sekali lekatkan resit pembelian. Termasuk kalau makan aiskrim atau coklat, haa bungkusannya tu lekat kat dairi. Bukan hanya itu, lekat sekali kad raya, atau surat.. Pergh, memang tebal sangat dairi alin masa tu. itu masa sekolah. Dah lama tak buat macam tu. Masa tu terasa diri sangat superb kreatif dan bangga sebab tak pernah tinggal tulis walaupun sehari.

Dairi-dairi tu masih ada dalam simpanan. ketebalannya jangan terkejut.. hehe, sampai sekarang kalau belek dairi tu, masih boleh buat diri tersenyum dan terimbas kenangan lalu. Terutama ketika bercinta dengan encik suami. Maklumlah pilihan pasangan alin ni adalah pilihan kedua ibu bapa kami. So, masa bercinta tu kenangan paling indah sebab selalu berkaitan dengan keluarga kedua belah pihak..

Sekarang ni, nak cuba dengan blog pula, tapi tak boleh lah nak lekat apa-apa pun. hanya boleh ambil gambar dan upload dalam entri. Tapi kena berhati-hati sebab blog tak sesuai untuk sesuatu yang terlalu peribadi.. bahaya..hehe..

Dah tinggal beberapa hari lagi nak raya. Semua persiapan dah sedia, namun seperti biasa, sambutan kami sekeluarga sederhana saja. Bersederhana, namun tetap meriah.. Tetap gembira.. untuk yang bercuti, selamat bercuti.. Selamat menyambut aidilfitri..Semoga berbahagia dengan keluarga dan rakan..






.

Thursday, August 2, 2012

Ya, agak lega.. Sekarang masanya untuk bertenang

Hai pembaca!

Oleh kerana entri sebelum ni kerana kerisauan mengenai baju raya, sukacita dimaklumkan masalah itu telah selesai.. Pagi petang siang malam, asyik tengok internet, cari baju yang dirancang nak sedondon dipagi raya. Harga pun boleh tahan mahal sebab kebanyakan penjual online ni dah tak menerima tempahan. Berat hati. Tapi beberapa hari kemudian encik suami bawa anak beranak ke mall berhampiran, jalan-jalan dulu katanya. Manalah tau ada yang berkenan. Petang sebelum jalan (jalan malam), woo hati tersangat teruja nak jalan. Maklumlah dibulan puasa ni memang jarang nak jalan. Lebih banyak duduk kat rumah saja.

Not, bad kan pilihan baju. Masa kat internet memang dah rancang nak serba pinky. Wah, pecah tradisi sebab tak pernah lagi pakai warna tu. Tengok pilihan baju melayu encik suami kat mall tu takdelah mahal macam kat internet. Malahan ada pilihan berjenama pula tu. Risau sebenarnya kalau beli kat internet sebab encik suami ni agak cerewet pasal pilihan baju. Itulah selalu lebih baik tak payah beli katanya. Ataupun tersimpanlah kat almari, tak dipakai. Tapi yang best nya, kat mall tu oleh kerana banyak pilihan, alin dapat tengok wajah encik suami teruja nak memilih. Tengok punya tengok.. hah, kan dah terembat sedondon warna ungu. Pilihan yang mengejutkan..hehe..

Tapi malam tu, hanya beli 3 pasang. Cadangnya, biarlah adik pakai baju raya kakak yang dulu. Baju tu pun hanya pakai sekali, lawa dan mahal tu.. Kan macam membazir pula kalau nak beli lain. Tapi yang tak kenanya, warna baju tu hijau daun pisang. Lawa memang lawa. Tapi tak sedondonlah kan. Orang lain ungu, dia sorang jer hijau. 3 pasang baju tu pun dah RM3++. Huh, jeling-jeling encik suami, dia selamba jer. Jarang lak dia nak belanja sebegitu banyak untuk sesuatu yang hanya pakai sekali dua jer kan. Bila balik rumah malam tu, tak rasa sedap hati lak sebab memang tak lengkap nak sedondon.

Bincang dengan encik suami, so, esoknya, kembali ke mall.. Dan alhamdulillah dapatlah pakaian untuk adik pula. Yeah tahun ni lengkap sedondon. Cis, baju kecil macam adik pun dah harga RM86 tau.. Mahal tapi baju tu memang lawalah. Kena lagi dengan rambut famous si adik tu, cute lah dia raya ni.. Alhamdulillah, lepas tu tak payah tengok warna-warna lagi.. Tugas selesai!

Hari ni dah berapa hari puasa eh? Tak terkira lak. Tapi alhamdulillah, kakak masih steady meneruskan puasanya. Hebat! Kadang tu bila dia balik sekolah (isnin-jumaat, pagi petang ada aktiviti), nampak juga dia letih, tapi dia tetap bertahan. Caiyok kak..






@ Korang dah ada baju raya? Apa pilihan warna korang??







.