Lulu pages

Terkini dari alin

Tuesday, November 13, 2012

Yeay, cuti sekolah sudah bermula..

Salam..

Sudah beberapa hari semenjak cuti sekolah bermula. Dan seperti biasa, dirumah, riuh dengan 2 adik beradik ni, kakak dan adik, dari pagi ke petang, ke malam, asyik dengan rancangan tv kartun mereka. Macam kena gam punggung depan tv, tengok tv tu dengan mata bulat. Memang susahlah nak nonton tv masa-masa macam ni.

Adik senyum jer happy sebab ada kakak di rumah, boleh teman dia main, tengok kartun dan bergaduh sekali sekala.. Bila kakak tak nampak jer depan mata, mula lah tanya, mama, mana kakak? Hish..

Bermulanya cuti sekolah ni, bermakna kakak dah habih darjah 3. Tahun depan sudah mula darjah 4, buku-buku teks pun dah mula diagihkan sebelum cuti bermula lagi. Besar dah kakak, kan. Macam baru semalam jer hantar kakak masuk taska. Mama duduk kat depan sekolah tu 2 minggu, tunggu sampai dia balik sebab risau dia cari mama. Huhu, dan kerisauan itu bakal berulang semula tahun depan, sebab adik pula dijangka akan masuk taska. Sebenarnya, masa tu kakak tak nangis pun, dia enjoy dan teruja ke sekolah. Apatah lagi ada ramai kawan dan persekitaran baru. Cuma masa tu alin rasa berat hati nak tinggalkan dia. Sebab dia jer kawan alin masa tu, sepanjang hari memandangkan abahnya kerja. Sekarang ni dah tak risau dah, sebab kakak memang pandai jaga diri kat sekolah, cuma nakal dan aktifnya tu memang tak berubah lah kan..

Dup dap dup dap hati, sebab tak lama lagi adik pula yang akan mula sekolah. Mesti sunyilah kat rumah, dah takde kawan dah. Tapi nak tak nak, memang dah macam itulah kan, anak semakin membesar, dan kita sebagai ibu bapa kena belajar melepaskan mereka sedikit demi sedikit, walaupun dalam diam mereka masih lagi anak kecil kita sampai bila-bila.

Perancangan sepanjang cuti?
Ada niat juga nak jalan jauh bulan 12 nanti. Tapi masih belum pasti. Hati masih berbelah bagi. Jadi ke tak, memang kena bincang panjang lebar dengan suami. Kena tengok dari segi pro kontra nya. Tapi sebenarnya, destinasi tu memang buat hati teruja, sebab alin tak pernah lagi sampai sana. Kalau dapat pergi kali ni, alhamdulillah.. Tapi kalau tak dapat, mungkin belum rezeki lagi nak menjejakkan kaki ke sana.


Buat semua, selama bercuti, semoga percutian kali ini bermakna buat semua.. Terima kasih sudi membaca ..




@ Encik suami bakal mendaki awal tahun depan.. Good luck bebeh ^__^







.