Lulu pages

Terkini dari alin

Tuesday, January 29, 2013

Tips untuk jadi penderma darah (terus kekalkan usaha)


Hai pembaca.

Alhamdulillah... Kalau nak cerita pasal derma darah, memang takkan berkesudahan..hehe..
Sepatutnya, jadual adalah untuk 3 bulan sekali. Tapi memang selalu terbabas sampai 4-5 bulan barulah dapat sekali. Kalau ikut dalam setahun boleh derma darah sampai 4 kali, tapi alin pula tak boleh.. Bukan sebab tak mahu, tapi asal datang HB selalu rendah. Asal nak derma, bila check HB rendah, tekad lagi nak naikkan HB dan datang dalam minggu depannya, tapi selalu tak juga naik. Kadang tu sampai berkali-kali datang hanya kerana HB, tak juga derma. Tapi itu semua tak melemahkan semangat alin untuk terus jadi penderma. Sedari tahu kegunaan darah tu untuk yang sangat-sangat memerlukan.

Paling tak tahan, bila dah check HB tu tak lepas, muka rasa monyok, kecewa sangat. Kena positif! Sebab dah beberapa kali lepas..hehe.. Dah bermacam-macam petua untuk HB tu. Ada orang cakap makan hati ayam. Owh alin tak makan hati ayam. Ada doktor yang cakap, makan zat besi. Dah selalu makan sebelum nak derma darah. Kadang tu 3 hari sebelum. Pernah juga seminggu sebelum. Tapi tak juga berkesan.

Bila dah beberapa kali derma darah, hati dah macam tau samada badan ready ke tak. Tidur kena cukup. Makan pun memang kena jaga. Encik suami memang sangat menyokong niat alin ni tau. Siap galakkan makan sup daging/daging.. Owh kambing memang sangat sesuai. Malam sebelum derma darah, siap makan nasi beriani kambing.. Terus petang sehari selepas tu, HB cantik jer kan.. Dapatlah derma 1 beg besar.. Terus tersenyum lebar..hehe. Bila dah habis derma tu, takde rasa nak baring lama pun kat situ, rasa macam tak cukup lak.. Macam nak tambah beg :P betullah..

Selalu persoalan yang diajukan adalah, apa rasanya (badan) lepas derma?
Kalau cakap perasaan tu, memang lega.. bersyukur sebab bila tengok darah tu, terus terbayang perasaan orang yang akan terima tu nanti. Lepas tu badan memang rasa ringan. Rasa sihat! Syukur alhamdulillah, semoga alin terus diberi kesihatan dan peluang untuk jadi penderma!






.

Friday, January 25, 2013

Makanan tambahan buat adik yang mula lepas botol susu


Salam pembaca..

Hari tu kan, selepas cerita adik masuk wad, dan lepas botol susunya, memang mendadaklah tak hisap botol susu lagi. Bila di tanya, adik mau susu? dia geleng.. lepas tu ulang cakap, doktor hospital marah, tak boleh menyusu, nanti sakit gigi. Bila tunjuk botol susu, dia terus geleng kepala, tak nakk.. Masa tu risau juga, sebab adik ni kuat menyusu. So, buat jugalah sikit-sikit, biar dia hisap dengan straw. Tapi beberapa hari kemudian, memang agak kurang menyusu dan badannya mula menyusut. Susu dalam tin pun tersimpan macam tu beberapa minggu sejak dia keluar dari wad.

Inisiatif lain, terpaksa buat susu, lepas tu bagi dia makan biskut cicah kat susu tu. Dia suka.. Hehe, so bila lepas makan nasi, selang setengah jam, mintalah makan tu pula. Dan beberapa minggu kemudian, kita orang cuba bagi dia makan koko can (koko krunch), selang seli lah pula dengan 'bintang' (honey star) dan beberapa perasa lain. Yeay, dia suka. Dan alhamdulillah sebab beberapa bulan ni, walaupun badannya taklah nak sangat, tapi takdelah kurus sangat pun. Dan bagi dia makan roti juga sekali sekala. Kena cover kekurangan susu dalam badannya. Alhamdulillah, takdelah dia selalu complain sakit gigi lagi..

Kena sering berus gigi.

Asal nak beli jer  makanan tambahan adik kat kedai, kakak akan cepat bisik-bisik adik pilih ini pilih itu. Kan biasanya ada terselit mainan kat kotak Koko Krunch tu.. hehe, baguslah kakak, kan masa kakak takde makan semua ni, so yang penting dengan dia adalah mainan! Huh tak padan umur dah 10 tahun yer kak. Nasib baik adik ni tak banyak songeh.. angguk jer. hehe.








.

Tuesday, January 15, 2013

Apa cerita kakak di darjah empat..

Pemandangan dari kelas kakak di tingkatan 4 'Bukit Tg. Batu'

Salam pembaca.
Tahun ni kakak, berusia 10 tahun, maknanya dia dah darjah 4. Ya, dia dah besar sekarang. Kasut pun dah saiz 5 =.=' . Dan memang dah banyak beza sejak dia di darjah 4. Sekarang masih lagi ada lupa kerja rumah dan lupa bawa buku. Tapi dah semakin kurang sangat berbanding mula2 dia sekolah disini. Sekarang kelas pun dah tinggi sangat. So, pernah jugalah dia mengadu sakit betis. Sebab terpaksa naik tangga yang tinggi. hehe, tapi alin cakap, lama-lama biasalah. Lagi pun masa dia darjah 3, tingkat bawah jer dari tingkat sekarang, bukannya jauh sangat pun beza..

Tahun ni pun dia dah tak mahu pakai beg sorong macam travelling tu. Dah nak pakai yang main sikut belakang. Mulanya memang berat nak bagi, lagipun encik suami cakap, kerana buku di sekolah cina ni banyak, beban pun mestilah berat, kan. Takut lak dia susah nak meninggi. Tapi akhirnya kami akur juga, sebab dan tahun-tahun nak macam tu.. okey kita orang consider, lagipun ada pilihan lain. Kalau berat sangat, bolehlah tambah bawa beg lain lagi, so beban tu akan berkurang. Senyum lebar jer dia lepas beli beg tu.

Selalu waktu rehat, dia lebih suka turun bawah, makan dikawasan kantin atau pondok kat taman-taman kawasan sekolah. Dia memang tak beli dari kantin, sebab dia bawa bekal setiap hari. Kakak ni tak boleh makan sebarang. Perut dia sensitif. Apatah lagi kalau ada produk susu. Biasanya dia akan muntah berhari-hari. So, memang dah selalu ingatkan dia, tak boleh makan bekal kawan, beli kat kantin atau kongsi makanan orang lain. Dan yang paling selamat adalah makan bekal yang dia bawa dari rumah.

Hanya tinggal 2 tahun dia akan ambil UPSR. But, she still my baby.. hehe masa bersalinkan dia, teriak alin yang paling kuat dalam labour room tu.. Alhamdulillah dia dah besar sekarang.. Belajar rajin-rajin kak, semoga jadi orang yang berguna suatu hari nanti.. amin!






.

Sunday, January 13, 2013

Sekolah bermula - tiada lagi hari bersenang lenang


Salam pembaca..
Alhamdulillah selepas cuti panjang, akhirnya kita kembali ke hari bersekolah. Dan untuk 2013 ini menyaksikan alin dan encik suami memang terkejar kesana sini, oleh kerana kakak yang bersekolah, dan kelas petang 3x seminggu. Tak pasti keadaan sekolah lain. Namun, untuk kakak, masa darjah 3 tahun lalu, ada juga kelas petang, tapi 2x seminggu. Dan tahun ni tambah lagi 1 hari. So, genaplah untuk seminggu. Isnin, rabu dan jumaat, ada kelas petang. Dan untuk selasa dan khamis mengaji al-quran di surau dekat rumah. Janganlah cerita penat ke tak? Kadang tu muka dia langsung tak bersemangat. Tapi sekurang-kurangnya, masanya takdelah dihabiskan dengan nonton tv jer kan..hehe..

Oleh kerana kakak bersekolah di sekolah cina, buku memang banyak. Sampai tak terkira. Nak kena bungkus memang dah tugas alin. Sampai 2 gulung plastik yang paling tebal pun takkan cukup. Itu belum kira kertas yang photostat untuk di 'kulitkan'. Wah dasyat. tapi kerana kakak dah sekolah cina dari dia taska lagi, so hal ini adalah perkara biasa buat kami.. mental memang dah standby..hehe

Biasanya, bila kakak dah sekolah, dan ada sekolah petang, angkut sekali adik dan bawakan kakak makanan dari rumah. Lengkap nasi dan lauk, air minum dan ada waktunya dia kena tukar pakaian. Contohnya pakaian beruniform lah kan. Masa tu memang kawasan sekolah dipenuhi ibu bapa yang sibuk urus anak-anak. Dengan masalah kesesakkan nak parking lagi. Kena datang awal sikitlah kan, barulah tak terkejar sangat. #owh dalam hati berharap dapat kurangkan berat badan dengan keadaan ini. hehe

Dan seperti keadaan sebelum ni, asal kakak sekolah jer, adik akan sunyi. Walaupun bila ada kakak, asyik nak gaduh/teriak, tapi kalau kakak takde, asyik tanya soalan yang sama.. 'Mama mana kakak? owh kakak sekolah..' Takpe, tahun depan giliran adik pula sekolah.. So kesibukkan akan berkali ganda sebab adik dah awal-awal cakap yang dia pun nak sekolah cina..

Begitulah kesibukkan yang melanda..




@ Gambar diambil dari depan kelas kakak di tingkat 4, matahari baru nak naik, dengan handphone nokia.. lawakan... alhamdulillah...






.