Lulu pages

Terkini dari alin

Tuesday, May 7, 2013

Cara mengatasi anak demam

Salam pembaca..

Sejak akhir-akhir ni, asyik saja hujan.. Tiba-tiba satu malam tu sakit tekak, hidung sumbat dan kepala mula pening. Kan dah mula kena flu. Risau juga terjangkit dengan anak-anak terutamanya adik yg belum pun 4 tahun.

Bila dah berhari berlalu, kan dah nampak ada yang tak kena.. Hidungnya mula berair dan dia mula berkahak. Awal pagi ahad, sejurus sebelum pergi mengundi, badannya panas dan bagi dia paracetamol budak yang hospital bagi sblm ni. Selang setengah jam macam tu, dia terus muntah. Muntah kahak jer. Yelah budak sekecil ni mana pandai buang kahak. Muntah jer lan caranya. Lepas tu dia mula ceria balik.

Sebelah petang, badannya kembali panas. Check suhu pun tinggi 38.7• Biasanya adik ni kalau demam, selain makan ubat, kena mandikan dia dan tampal bye bye fever tu kat dahinya. Insha Allah demam tu akan kebah.

Nasib baik adik ni kalau sakit, selera makannya takdelah teruk sangat. Dia tetap makan. Cuma dia jadi kurang bercakaplah kan. Terus rasa sunyi lak rumah.. Hehe


@ cepat sembuh sayang..


.