Lulu pages

Terkini dari alin

Tuesday, June 25, 2013

Pulau Bunyu, Indonesia


Salam pembaca..

Sebenarnya Pulau Bunyu ni bukanlah sebuah pulau yang besar. Pusing-pusing memang susah nak sesat. Tapi yang sangat istimewa dengan pulau ini, adalah ianya memiliki sesuatu yang sangat bernilai. Iaitu minyak dan arang batu atau lebih dikenali batu bara. Kat mana-mana pun boleh nampak paip untuk minyak, dan juga kat tanah-tanah tepi jalan tu ada jer sesuatu yang berwarna hitam iaitu arang batu. Memang pengalaman yang pelik, sebab susah nampak kat Malaysia macam ni kan.


Ok, sambung cerita dari entri Tarakan, masa surprise kan mak tua kat rumah, senyumannya memang sangat lebar..hehe. Cadang memang tak mahu beritahu kami akan datang. Tapi tak sampai hati. Sebab 2 hari kemudian mak tua ada buat kenduri, sebab mak tua dan bapa tua akan menunaikan umrah. So, mami ada telefon juga cakap kami akan datang tapi kena tengok tiket dulu lah kan. Tapi bila kami muncul petang tu, meriah rumah sebab tiba-tiba kami datang dan cerita pun macam pecah speaker.. lama tak jumpa kan. Sebab tak tahu kami datang, mak tua terus ke dapur, masak ala kadar. Tapi sebab perut ni memang dah lapar sangat, makanan yang simple pun jadi sangat sedap.


Dah siap makan, duduk kejap, terus abang amat bawa pusing-pusing pulau dengan keretanya. Kebetulan masa tu ada perlawanan bola sepak, agak ramai juga yang berada di padang bola. Dan disebelah padang bola tu, ada rumah dengan ramai orang yang berbaju hitam. Dikatakan ada orang meninggal, yang berbangsa toraja. Seram pula tengok semua orang pakai baju hitam. Abang amat pandu kereta laju sangat, ambik gambar pun tak cantik sebab tangan tengah ketar-ketar. ekeke

Batu bara / arang batu

Bila bincang dengan kak kacil mengenai destinasi percutian kami, antara Surabaya dan Jakarta, kami memilih untuk ke Surabaya saja. Cuti seminggu, 4 malam di Bunyu, 2 malam di Surabaya dan semalam di Tarakan. Lama sikit kat Bunyu sebab mak tua kan nak kenduri. So, kena tunggu sehingga kenduri selesai baru boleh jalan. Bunyu ni kos sara hidup memang sangat rendah. Kedai-kedai kecil jer kat sini. Kereta memang tak banyak. Lebih banyak motor, dah ditunggang tak kira peringkat umur. Pelajar sekolah pun banyak. Kebanyakan penduduk di sini kerja atau berniaga, boleh simpan duit. Berapa sangat lah nak keluar duit kan. Tenang jer hidup. Lagipun kat sini, nak main golf atau tenis semuanya free, ya FREE. Tak perlu bayar. Malah kakitangan kerajaan digalakkan bersukan pada hari jumaat. seronoknyaaaaaaaaaa... hehe


Kebetulan masa datang ni, abang amat tengah buat bangunan pejabat kat sebelah rumah. Seronok tengok keadaan tu sebab bisnes abang amat ni dah semakin maju. Kat sini kalau nak internet, ada broadband, laju juga kalau nak surf facebook ke atau online surat khabar. Cuma selama seminggu di indonesia, memang susah nak online, tak macam Malaysia senang nak WIFI, kat hp mmg boleh layari tapi mahal, so pilihan, tak perlulah. Talian telefon pun roaming jer.. mahal.. Bukan bisnesman kan, so benda ni semua takdelah penting sangat pun.


Tiba hari kenduri, maka datanglah anak-anak mak tua dari Tarakan dan Tanjung Selor, dan semakin memeriahkan rumah lagi. Kenangan yang sangat indah. Dulu jumpa kat sini, alin belum kahwin lagi. Sekarang balik bukan saja bawa suami, malah dengan 2 orang anak lagi.. Entah bila lagi dapat datang ke sini.. dah lah mak tua dan bapa tua dah mula sakit-sakit.. sobss...

Lauk kenduri



Awal pagi di Pulau Bunyu






@  bersambung lagi ke entri SURABAYA







.

Saturday, June 15, 2013

Inilah harinya.. Tiba di Tarakan, Indonesia








Salam pembaca..

Ini adalah part kedua.. Boleh baca part pertama dan akhirnya tibalah hari yang dinanti-nanti.. Dalam hati Allah jer yang tahu. Bukan sebab alin tak pernah lagi datang ke Tarakan/Pulau Bunyu. Masa kecil dulu ada pernah pergi. Tapi sebab kali ni bersama encik suami dan dua anak yang tak pernah lagi menjejakkan kaki ke sini. Terutama ke 'luar negara'. Perjalanan menaiki Maswing adalah 40 minit daripada Tawau ke Tarakan. Memang dekat, dan pramugari tu akan bagi sekotak milo sebagai hidangan dalam perjalanan. Dalam perjalanan kita akan dapat melihat Pulau Bunyu di sebelah kiri pesawat. Jarak Tawau dengan Pulau Bunyu memang lebih dekat berbanding Tawau dan Tarakan. Tapi tak boleh turun kat sana. Sebab pintu masuk memang dari Tarakan. So kena naik speed sejam dari Tarakan nanti baru sampai ke Pulau Bunyu..


Tarakan ni takdelah besar sangat pun. Tapi tempat ni selalu jadi tumpuan peniaga-peniaga dari Tawau untuk dapatkan produk buatan Indonesia untuk didagangkan di Tawau. Begitulah ceritanya. Untuk perjalanan luar negara memang agak sukar. Sebab kena berbaris untuk pemeriksaan imigresen. Hanya satu kaunter buka dan seorang pegawai ditempatkan. Agak leceh sebab ada bawa budak, gelisah dan panas, sebab bandara (bandar udara / lapangan terbang) aircond tak sejuk dan ada kipas..huhu. Dan first time tengok bila bagasi nak dibawa keluar pegawai tu kena check dengan ticket, sebab takut masalah salah ambil beg berlaku.. so, terpaksa tunggu lagi.


Kami di jemput oleh Kak Kacil, yang dah sedia dengan sebuah kereta avanza, sewa dengan pemandu. Dan kami terus ke sebuah tempat seperti pelabuhan, owh tapi bukan pelabuhan untuk ambil speed direct ke Pulau Bunyu. Dia dah beli awal-awal tiket. Bila dah sampai ke tempat ni, kami terus jer masuk dalam speed. Barang pun ada orang yang bawakan. Untuk peringatan, pergi tempat orang ni lagi bagus kalau bersama orang tempatan kat situ (macam kes alin, ada keluarga). Untuk mengelakkan kena tipulah kan. Dan perjalanan selama sejam ni agak mencabar sebab panas sangat masa tu, dalam pukul 2 petang, matahari sangat panas. Dah namanya kat laut kan.. huhu

Percutian ni memang tanpa pengetahuan mak tua dan pak tua. Kira nak bagi surprise lah kan. Abang Amat (suami kak kacil) ambik naik kereta terus ke rumah mak tua. Dan sampai jer, alin keluar dan nampak mak tua kat belakang rumah. Terus teriak.. 'mak tua........' wohoo dia terus berlari ke depan sambil senyum lebar.. Kannn surprise.. hehe... Dan yang lebih surprise, perut lapar, takde makanan. Mak tua tak masak..





@ Bakal bersambung lagi untuk cerita di Pulau Bunyu berserta gambar.. tungguu..




.

Thursday, June 13, 2013

Rancangan percutian yang mengejutkan. Lebih terkejut lagi apabila...



Salam pembaca.

Lama tak menulis, sebenarnya ada banyak cerita yang dikongsi.. Dan kita akan buat part by part, dan insha Allah, alin akan selesaikan semua mengikut peringkat..

Alkisah pada suatu hari, encik suami tiba-tiba buat cadangan yang mengejutkan. Selama ni dia tak pernah sampai ke kampung mami, di Pulau Bunyu (Indonesia), dan dia teringin sangat nak kesana. Untuk info, semuanya dah macam mimpi. Tiba-tiba buat cadangan, terus ambil keputusan bawa mami, beli tiket sebelum seminggu terbang dan keesokkannya terus buat pasport.. Fuh, memang macam tak sempat nak tarik nafas pun..hehe.. Dan walaupun tempoh perjalanan tu dah singkat sangat, tiket penerbangan MASWINGS dari Tawau ke Tarakan hanyalah RM80 pergi dan RM80 balik. yeay kira murah, berbanding adakalanya boleh mencapai RM100-RM200.. Memang murah sebab penerbangan ketika cuti sekolah. Dan alhamdulillah, semuanya dipermudahkan, buat pasport pun tak sampai sejam, dah pun siap untuk 4 orang (mami dah ada pasport).

Ya, mami memang berasal dari Indonesia. Masa remaja dulu, dia berhijrah ke Malaysia, dan kahwin dengan arwah papa.. Sekarang dah jadi orang sini. So, keluarga memang ramai juga disebelah sana. Ada di Pulau Bunyu (mami lahir disana), Tarakan, Tanjung Selor, Malang (owh sila tengok google untuk ketahui dimana tempat-tempat ini berada..) Di Pulau Bunyu ada Mak Tua (kakak mami) dan ramai sepupu..

Dan perjalanan yang hebat ini bakal menjadi hebat lagi sebab sebelum beberapa hari terbang lagi, kak kacil (sepupu) dah msg ingatkan tak payah bawa banyak barang, sebab percutian kami ni besar kemungkinan akan dibuat di tempat lain. Mula-mula destinasi adalah Tanjung Selor (ada banyak udang galah) dan Pulau Derawan. Tapi saat-saat akhir berubah. Dan Kak Kacil suruh pilih antara dua destinasi, samaada Jakarta ataupun Surabaya. Alasannya, Tanjung Selor dan Pulau Derawan tu dekat jer dengan Tawau. Bila-bila pun boleh pergi. Dengan masa yang singkat, owh ini semua macam betul-betul kejutan. Dan Kak Kacil cakap, ya...ongkos semua terserah kakak.. Percutian percuma dari tambang kapal terbang, hotel dan makan.. Untuk info, naik kapal terbang dari Tarakan ke Surabaya atau Jakarta adalah dalam 2 jam.

alin dan suami cepat-cepat cakap nanti sampai Tarakan baru bincang. Sebab wang yang bakal dibelanjakan bukanlah sedikit.. Terus jadi serba salah. lagipun ikut encik suami, dia nak bercuti di Pulau Bunyu saja...





@ Jom tunggu sambungan cerita ni :)







.