Lulu pages

Terkini dari alin

Friday, December 27, 2013

Kursus Kejurulatihan Badminton Tahap 1, 1-5 Dis 2013, Kota Belud, Sabah (dan gambar Gunung Kinabalu dari Kota Belud)


Salam Pembaca..

Dalam menunggu surat rasmi kenaikan pangkat dan tarikh lapor diri encik suami, encik suami telah mendaftar untuk menghadiri Kursus Kejurulatihan Badminton Tahap 1 yang telah diadakan di Kota Belud pada 1-5 disember baru-baru ni. Memang tarik nafas lega sangat sebab tak langgar dengan tarikh lapor diri, hehe.. Kalau tak, impian untuk hadir kursus ni takkan kesampaian. Alin memang galakkan sangat encik suami menghadiri kursus ni, sebab selama ni dia memang aktif sangat dengan badminton, dalam seminggu memang rabu, sabtu dan ahad saja tak main. Isnin, selasa dan khamis memang selalu full, dan dia main dengan kumpulan yang berbeza.

Hari jumaat pula main dengan alin dan anak-anak. Bagi alin, kursus tu memang bagus untuk encik suami. Paling penting adalah untuk latih anak-anak sendiri untuk jadi pemain badminton yang baik dan hebat. Ya, anak-anak boleh dihantar belajar dengan jurulatih yang memang ada terima pelajar dan bayaran dikenakan. Namun dengan kursus itu, sedikit sebanyak, mutu permainan encik suami pun akan menjadi lebih baik.

Gunung Kinabalu dari tingkap hotel - sblm 9 pagi

Jadi, berkampunglah kami di Kota Belud. Dan kursus ni adalah usahasama BAM (Persatuan Badminton Malaysia) dan ...SBA (Sabah Badminton Association). Tahukah anda bahawa melihat Gunung Kinabalu lebih cantik dari Kota Belud? Tinggal kat hotel Tang dynasty, awal pagi buka tingkap, jelas saja nampak gunung kinabalu.. Alin memang dah daki GK malah masa tu ketinggiannya masih 4101m.. Dan alin masih lagi rasa terpegun melihat pemandangan Gunung Kinabalu walaupun dah banyak kali tengok ketika melaluinya dalam perjalanan..

Pertama kali sampai di bandar Kota Belud. Bandarnya kecil saja, dan jalannya pun sehala, nak pergi satu tempat yang dekat terpaksa pusing-pusing, baru sampai. Hehe, tapi hebat kat sini, nampaknya ramai penduduknya beragama islam dan masjid pun besar. Jadi, makanan halal bukan satu masalah kat sini. Dan yang menariknya, penjaja kuih muih kat sini, jual kuih yang sudah siap dibungkus. Jadi masalah kebersihan tu memang tak diragui.

awal pagi - Gunung Kinabalu dari Kota Belud.. Subhanallah

Kebetulan hari pertama encik suami berkursus, kena hari ahad. Kan hari ahad ada Tamu Kota Belud kat sini. Famouslah kan event ni, sebab dan masuk dalam interesting places di Sabah. Tapi duk saja dalam hotel, tak pergi pun.. Hehe redha. Alhamdulillah, siang malam encik suami berkursus.. Akhirnya tamat juga. Untuk pengetahuan, kita orang datang menggunakan kenderaan sendiri, melalui jalan Tawau-Sandakan-Kota Kinabalu. Bermalam semalam di Kota Kinabalu dan bertolak ke Kota Belud keesokkan harinya. Dekat saja dengan Kota Kinabalu, dalam sejam lebih dah sampai dah.. Siap pakai WAZE lagi walaupun jalan lurus saja, senang sangat.. Hehe




* Perjalanan balik lagi teruja sebab sempat singgah tempat menarik kat Kundasang.. Entri seterusnya....



.

Thursday, December 26, 2013

Rezeki besar dari Allah, alhamdulillah


Salam pembaca..

Maaflah, lama tak menulis kat blog ni.. memang bersawang. Bukan bermakna takde cerita langsung. Ada banyak yang berlaku sejak akhir-akhir ni, dan insha Allah, kita akan buat satu persatu.. Alhamdulillah, atas rezeki Allah, encik suami lulus dalam temuduga di kota kinabalu baru-baru ni (ada cerita dalam entri sebelum ini). Tarikh keputusan temuduga tu sebenarnya belum sampai, ada seminggu lagi masa tu, entah kenapa tiba-tiba hati encik suami terdetik nak check kat laman SPA. Alin masih ingat lagi masa tu, hari jumaat, encik suami balik tengah hari, duduk kat meja makan sambil main ipad. Diam saja dia masa tu. Sekali dia cakap, 'ma, abah berjaya ma...' Serentak kami terdiam, saling pandang antara satu sama lain..

Ya Allah, betul tak percaya. Alin siap suruh encik suami check berulang kali, sebab tak mahu silap. Dan sahih, encik suami berjaya dalam temuduga tu. Ya Allah, besarnya rezeki ini, dah 3 tahun kami tunggu dan selepas 3 kali temuduga, sebaik saja habis belajar di UKM 2010, akhirnya rezeki itu milik kami juga. Serta merta terbayang betapa payahnya menggenggam segulung ijazah ketika itu. Masa, tenaga dan wang ringgit, akhirnya berbaloi.. sob sob... Dengan rezeki besar ni, insha Allah keseluruhan hidup kami akan berubah 100%. Ya Allah permudahkanlah semuanya..

Menunggu surat rasmi untuk ini, kami sedar, dan memang sudah lama menyiapkan diri bahawa tempat kerja encik suami di masa akan datang tiada lagi di Tawau. Bukan saja di Tawau, malah di Sabah. Penempatan hanya ada di Kuching, Sarawak dan beberapa negeri di semenanjung Malaysia. Itu bermakna kami terpaksa mengucapkan selamat tinggal buat tanah kelahiran ni, Tawau Bumi Peladang dan keluarga. Terutama rumah sendiri yang sudah kami diami hampir 6 tahun. Ya, kami sahut cabaran ni.. Ingin berjaya bermakna harus ada pengorbanan.




@Untuk cerita apa jawatan baru encik suami, kita cerita di entri akan datang..



.