Lulu Pages

Terkini dari alin

Thursday, August 24, 2017

Merdeka! Merdeka! Blogger Contest


Salam pembaca..

Sempena hari kemerdekaan -60 yang akan kita sama-sama sambut 31 ogos ini, Lazada telah menganjurkan  Merdeka! Merdeka! Blogger Contest. Mana-mana blogger adalah dijemput menyertainya yang bermula 21 ogos 2017 dan berakhir pada 31 ogos 2017. Anda hanya perlu jawab soalan-soalan yang mudah dan hadiah hebat bakal menjadi milik anda jika terpilih (pemenang akan dipilih secara random). Wow, alin dah beberapa kali join contest anjuran Lazada, tapi setakat ini belum ada rezeki untuk menang lagi. Siapa tahu kali ni kan?? ๐Ÿ˜Š๐Ÿ˜Š๐Ÿ˜Š

Monday, August 21, 2017

Pengalaman pertama kali beli online di Shopee. Beli apa tu?


Salam pembaca..

Alin memang selalu juga beli online. Di Zalora, Lazada, Poplook, 11Street, MPH dan beberapa laman online lagi. Paling banyak dan tidak di nafikan memang novel lah kan hehe. Bertabah saja encik suami dengan hobi yang susah nak elak ni. Kadang tu dia siap tanya lagi, cukup ka? Tambahlah lagi.. hihi..Tapi terkini ni memang ada kegilaan baru. Adik perempuan alin asyiklah cakap ada satu laman online ni hari-hari ada SALE gila-gila tepat jam 9 pagi dan 5 petang. Jadi tiap hari memang kena tunggu sebab kalau bernasib baik, barang yang kita berkenan akan dijual dengan harga yang sangat murah. Tapi kena cepatlah kan kalau tak putih mata sebab SOLD OUT.


Wednesday, August 2, 2017

Terkejut tengok keadaan terkini Jalan Kalabakan (gambar)


Salam pembaca..

Sebaik kami selesai sahur, rehat sebentar sebab masih terlalu awal untuk memulakan perjalanan.. Kemudian kemas barang dan siapkan diri bersedia untuk meneruskan perjalanan ke tanah kelahiran, Tawau. Berat hati rasanya meninggalkan Hotel Purnama Limbang, disebabkan rasa selesa sangat. Alhamdulillah ada rezeki bermalam di hotel sebaik ini. ๐Ÿ˜Š๐Ÿ˜Š Perjalanan kami menggunakan jalan Tenom-Keningau-Kalabakan adalah sejauh 560km dan mengambil masa selama 8-9 jam perjalanan untuk sampai. Ianya lebih dekat berbanding melalui jalan lama iaitu Ranau-Sandakan.. Jadi rancangannya, disebabkan perjalanan tak terlalu lama, bolehlah kami singgah Bazaar Ramadhan Fuji nanti untuk beli nasi kuning ayam masak putih Restoran Hj. Tamrin yang femes tu hehe.