Lulu Pages

Terkini dari alin

Wednesday, August 2, 2017

Terkejut tengok keadaan terkini Jalan Kalabakan (gambar)


Salam pembaca..

Sebaik kami selesai sahur, rehat sebentar sebab masih terlalu awal untuk memulakan perjalanan.. Kemudian kemas barang dan siapkan diri bersedia untuk meneruskan perjalanan ke tanah kelahiran, Tawau. Berat hati rasanya meninggalkan Hotel Purnama Limbang, disebabkan rasa selesa sangat. Alhamdulillah ada rezeki bermalam di hotel sebaik ini. ๐Ÿ˜Š๐Ÿ˜Š Perjalanan kami menggunakan jalan Tenom-Keningau-Kalabakan adalah sejauh 560km dan mengambil masa selama 8-9 jam perjalanan untuk sampai. Ianya lebih dekat berbanding melalui jalan lama iaitu Ranau-Sandakan.. Jadi rancangannya, disebabkan perjalanan tak terlalu lama, bolehlah kami singgah Bazaar Ramadhan Fuji nanti untuk beli nasi kuning ayam masak putih Restoran Hj. Tamrin yang femes tu hehe.








Selepas diingatkan oleh adik alin mengenai Jalan Kalabakan yang agak teruk, alin memang tak percaya sangat jalan tu seperti yang digambarkan memandangkan kereta adik tu MYVI saja pun boleh lepas (dia selalu bercuti di Ranau dan Kota Kinabalu), hah rasanya tak adalah teruk sangat pun kan. Tapi bila kami dah mula melalui Jalan Kalabakan.. ๐Ÿ˜ฑ๐Ÿ˜ฑ๐Ÿ˜ฑ Allah, teruknya jalan ni. Memang nampak sangat membahayakan pengguna yang menggunakan jalan ni. Terasa seperti kembali ke tahun 2013 di mana entri ini dibuat  Keadaan jalan Kalabakan-Sepulot (Kebaikan dan keburukan) huhu..





Alin perasan ramai menggunakan jalan raya ini, kereta banyak malahan sepanjang perjalanan ada terserempak dengan beberapa bas yang tertulis KENINGAU-TAWAU dihadapannya. Yelahkan, ini satu-satunya jalan yang menghubungan dua daerah ini dengan lebih dekat. Malahan ada nampak juga beberapa tiang pemancar telefon yang dibina disepanjang jalan sebab alin perasan talian telefon sekejap ada lepas tu tak ada. masih belum stabil lagi, tapi memang ada peningkatan disitu berbanding masa lalu. Bahaya juga kalau ada kecemasan tapi tak boleh guna telefon kan sebab tak ada talian. Ada satu bas rosak dan nampak pemandu tu berjalan di kawasan sekitar untuk cari talian.. ๐Ÿ˜ฎ๐Ÿ˜ฎ๐Ÿ˜ฎ





Berdoa hujan tak turun, tapi turun juga huhu. Membuatkan jalan tu bertambah teruk. Banyak jalan yang runtuh dan berlubang. Nampak betul tiada penyelenggaraan dibuat. ๐Ÿ˜… Apa yang jelas dinampak, jalan rosak dikorek dan dibiarkan begitu. Selepas banyak kali dilalui jalan raya tu semakin teruk. Dah jalan SLOW pun masih bahaya juga sebab kita tak jangka tau lubang, terus terlanggar. Dengan hujan yang turun lagi.. Betul-betul mengundang maut. Dan malangnya sepanjang jalan ni masih belum ada stesen minyak lagi. Kena tunggu sampai Felda Umas baru ada stesen Petronas. Jadi memang kena pastikan tangki isi FULL di Keningau (oh my, dah cakap benda ni dari 2013). ๐Ÿ˜ฑ๐Ÿ˜ฑ๐Ÿ˜ฑ



Kami sampai di Tawau lewat juga petang tu. Dengan kereta yang penuh debu dan badan yang penat kami bergegas ke Bazaar Ramadhan dan mujurlah sempat juga beli nasi kuning tu walaupun nampak bekas-bekas dah mula kosong..



Alhamdulillah.. Tarik nafas.... Memang serik betul guna Jalan Kalabakan. Bahaya  kepada kita, bahaya juga kepada kenderaan. Dan yang pasti untuk pulang nanti kami takkan guna jalan ni lagi. ๐Ÿ˜”๐Ÿ˜”  Kata saja dekat, tapi dengan jalan yang teruk rosak, masa perjalanan boleh jadi lebih teruk dari jalan lama..



.

10 comments:

Nieve said...

Wahhhh... nampak meyeramkan jugak jalan situ... Tak boleh bayangkan pada waktu malam... memnag rasa tajut. Alhamdulillah semua berjalan selamat... ;)

aizamia3 said...

Alhamdulillah.. selamat sampai walau menempuh dugaan menghadapi jalan yang tidak sempurna.

alin said...

Terima kasih sudi baca semua :D

iam.umifuzy said...

menakutkan dan merbahaya utk pengguna kan..

alin said...

Sis Fuzy, memang menakutkan tp ada ramai pengguna yang tetap dan perlu guna jalan tu.. Itulah yang dikesalkan..

Anonymous said...

suatu masa aku selalu menggunakan jalan ini, dari teruk kepada sudah siap.memang memang best tapi terkejut jalan ini kos pembuatannya sahaja mencecah berbilion tapi sekejap aje dipakai bagus terus teru begini.sepatutnya dia berkualiti tak padan dengan kos yang begitu mega alahai...........borneo

alin said...

Betul tu.. Kualitinya teruk, tapi dengan jalan ni memang betul2 membuatkan perjalanan dari tawau ke kota kinabalu jadi singkat

ron said...

1 hb 12 2018 saya melalui jln keningau kalabakan, keadaan jalan masih sama teruknya sepertimana dlm blog ni, kpd pengguna, hati hati lubang sgtbyk, tayar mesti cantik kalau nk lalu sini.

alin said...

Harap sangat dah tukar kerajaan, jln ni akan di perbaiki ๐Ÿ˜…

Unknown said...

hi ron, kereta kecil seperti myvi & axia boleh lalu kah jalan ni?