Lulu pages

Terkini dari alin

Monday, July 2, 2012

Serik!! Lain kali tak nak lagi


Masih bercerita mengenai cuti singkat kami...

Penerbangan malam yang tak best, namun begitu memberi banyak kelainan pada diri kami. Teringat dulu-dulu, penerbangan dari Sabah ke Kuala Lumpur yang terpaksa transit dari Kota Kinabalu. Selalunya memang tersadai kat kapal terbang. Tapi itu cerita lama dulu.. Sekarang sejak ada air asia, memang dah tak macam tu. Direct Flight memang amat memudahkan, walaupun penerbangan tambang murah ni memang selalu delay.. Setiap kali terbang mesti delay okay. Delay memang merimaskan apatah lagi bila ada anak kecil.. Haish..

Tiba di LCCT tengah malam. Sunyi sangat. Sehinggakan dapat ambil gambar kapal terbang, walaupun gambar tak clear..hoho sebab mata liar takut kena sound oleh pekerja air asia. Kalau ikut rancangan, kerana lewat tiba, kita orang sekeluarga, stay dulu kat airport, sebelum tunggu pukul 6. Rugi hotel woo kalau check in awal.

'Pemandangan' di dalam lapangan terbang LCCT ni memang menakjubkan. Kan, biasanya bila arrived jer kita mesti nak cepat ambil bagasi, dan terus keluar, ambil teksi atau keluarga jemput. Tapi kita orang relax, ambil bagasi. Lepas tu duduk kat situ, sorang-sorang ke tandas. Dah kurang sangat orang baru keluar. Slow and steady.. ;) Dan bila keluar, kita orang lepak kat hall check in tu. Memang terkejut, sebab ramai yang tidur atas lantai, enak jer kena aircond sejuk tu kan. So, bila tengok macam tu, terus nak juga join sekaki.. Terus cari port yang sesuai..Wah, tapi bila duduk kat lantai tu memang tak boleh tidur. sejuk, sampai ke tulang walaupun dah pakai baju sejuk. Gila, macam mana mereka boleh tertidur eh.


Yer, untuk pengetahuan semua, LCCT ada wifi percuma, untuk 3 jam. Terus keluar ipad dan tab.. surfing~..walaupun ada internet sendiri-jimat.. Bila kawasan kat situ sejuk, pindahlah kat luar, tengok-tengok orang. Sana sini ada jer orang tidur. Mata masa tu memang tak ngantuk. Tapi bila dah 4 pagi lebih, memang tak boleh tahan. Macam nak tongkat jer mata. Adik dan kakak jangan ceritalah, lentok habis kepala kat atas meja McDonald tu. Jadi, bila dah tepat pukul 6, alin dan encik suami sepakat terus naik bas ke KL Sentral..

Seriklah naik penerbangan malam. Ngantuk dan letih..huhu




@ edisi keluarkan gambar harus dibuat segera untuk mengelakkan entri basi.. >.<






.

6 comments:

Hanis Azla said...

Salam Alin.. akak rasa nak nangis sebab bila dah jumpa Alin hari tu baru akak terfikir nak tya lulu, Alin tu yg blogger ke.. bila dia kata ya,rasa nak pusing balik pusingan jam.. minta maaf byk2 yer sbb akak tak tahu.. klu akak tahu akak dah peluk alin kat situ.. he..he.. rugi juga sbb tak jumpa anak2 alin hari tu.. klulah akak tahu, boleh kita pergi minum kejap.. lepas tu blur sgt, nak kirim brg kat lulu tp tak teringat nak bawa apa2 utk Alin yg dah susah2 tlg bawakkan brg utk akak.. nasib baik masa dlm kereta teringat msg lulu yg kata kwnnya tu bwk anak 2 org.. sempat beli coklat aje.. aduhai.. ralat sgt rasanya.. semoga ada rezeki utk kita jmpa lagi.. anyway, nice meeting you Alin yang sgt sweet dan cantik..

mamavogue said...

huhu..
tak ley imagine perjalanan kami dari KL ke Kota Kinabalu nanti..
Flight 7.50am. akan delay kah?

Nini D.. said...

uishh...sejuk tu tido atas lantai.boleh sakit badan

alin said...

@ Hanis Azla.. Tak payah ralat kak.. Saya ok jer walaupun memang sangat teruja..hehe.. Sepatutnya kakak tak payah bawa apa2 untuk anak saya. yang dah ada tu pun saya berterima kasih sangat. Susah nah jumpa kan sebab masa tu kakak memang busy. tapi takpelah, lain kali ada rezeki, kita jumpa lagi.. Anak2 tgh sibuk tgk movie kat tab di tempat duduk depan kaunter KTM tu lah..hehehe. lagi satu, takdenya cantik kak, dah berisi sangat ni ;)

alin said...

@ mamavogue, kalau awal pagi ok lah kan, jgn macam kita orang sampai tengah malam.. ngeri..

alin said...

@ Nini, terlupa mention kat situ, alin ada alas sarung, sebab memang standby kat dalam beg.. ;)