Lulu pages

Terkini dari alin

Tuesday, December 18, 2012

Semporna Holiday Resort - Destinasi lokasi filem Duyung


Salam pembaca..

Selama cuti ni takdelah kemana-mana destinasi yang jauh. Ada sekali ke Semporna, perjalanan menaiki kereta pun takdelah jauh sangat. Tapi memang teruja sebab walaupun perjalanannya singkat, tapi kira bercutilah kan. Yang paling penting keluarga kecik ni happy sepanjang jalan..hehe..


Filem duyung tu dah lama dah dibuat, dan sejak itu tempat ni memang dah agak terkenal, jadi sebutan mana-mana orang terutama pelancong, tempat yang indah.. alin dan keluarga memang dah banyak kali ke Semporna. Dekat jer kan Tawau dengan Semporna ni. Dan inilah kali pertama kami jejakkan kaki kesini.


Tempat ni lebih lebih dikenali sebagai 'Semporna Holiday Resort'. Kalau nak cari Tampi-Tampi memang susah nak jumpa, tapi mungkin juga jumpa kalau tanya dengan orang tempatan. Sebelum sampai bandar Semporna, kena masuk simpang sebelah kanan, memang nampak sangat signboard tempat ni. Yeay masa mula nak parking kereta memang teruja. Happy jer bawa DSLR sangkut kat leher. Ada nampak tempat penginapan, mungkin untuk pelancong yang nak bermalam kat sini. Tempat ni kampung tau, ada banyak rumah penduduk. Pemandangan yang indah..namun..


Sebenarnya taklah seindah khabar. Mengecewakan bila nampak sampah sarap terkumpul diatas air laut tu. Dan ada budak tu selamba jer terjun dalam air dan mandi.. euwww.. Kotor tu.. Lepas tu kat tepi laut tu ada surau, dan pancuran najisnya direct turun kat air laut.. Dan korang mandi kat situ.. huhu..

Kat sini ada restoran, boleh makan makanan laut yang fresh, tapi rasanya harga pun boleh tahan..


Setiap orang ada pendapat berbeza. Namun, bagi alin, tempat ni memang sangat teruk. Beza dengan dalam filem tu, nampak pemandangan cantik jer kan.. huhu kat sini memang sedih.. Sayang tempat yang cantik ni tidak dijaga dengan baik..

Kami tak mandi, saja jalan sampai ke restoran, duduk kejap, ambil gambar, pemandangan cantik dan kotor, lepas tu terus blah angkat kaki.. oh my..







.

8 comments:

Kancil 8349 said...

ndak dinafikan keadaan Semporna macam tu...dari dulu sampai sekarang sudah ada usaha dibuat namun sikap penduduknya yang ndak mahu berubah...apapun kalau di bandar memang ndak cantik..tapi cuba pergi ke pulaunya..insya Allah...pasti menawan hati..

p/s : apa boleh buat....zaman sentiasa berubah...heheheh

Ayu sukatiakula said...

hai.. singgah dari segmen BW lulu..

jemput singgah blog sy

http://monwalktoremember.blogspot.com/

Rozita abd rahman said...

errr...seram pulak tgk gambar ni lain betul dgn yg dlm filem duyung tu...

singgah n follow alin..
meh la join contest kat www.rozita-ceritaita.blogspot.com

super d0uble F :) said...

hurm.nmpaknya mmg indah khabar dari rupa sangat..dlm ceritu tuh nampak macam cantik+bersih gila kot..

btw,saya singgah sini dari segmen lulu.salam kenal :)

Syaifuddin Alias said...

lawa tenmpat ni eh

Fiza Rahman said...

BW dari segmen Lulu. Salam kenal ☺☺

http://sharingiscaring-fiza.blogspot.com

ziraziz said...

Salam Ukhuwah,

Tgk dlm tv ari tu, cm cantik je tmpt ni..btlla, mmg syg x dijaga..

outbound malang said...

semoga menjadi semangat .. :)
Bukanlah suatu kesalahan ketika kamu mencoba dan kemudian gagal. Satu-satunya kesalahan adalah ketika kamu tidak berani mencoba
ditunggu kunjungan baliknya yaa :) terima kasih ..