Lulu pages

Terkini dari alin

Thursday, October 26, 2017

Pertama kali bermalam di Kinabalu Pine Resort (KPR), Kundasang Ranau Sabah



Salam Pembaca.

Perjalanan balik kami adalah melalui jalan lama iaitu melalui Lahad Datu-Sandakan-Ranau-Kota Kinabalu. Walaupun sesungguhnya memang lebih jauh dari pada Jalan Kalabakan, tapi jalan disini jauh lebih baik, selamat dan menyenangkan. Jadi sejak beberapa hari berada di Tawau, alin dan encik suami buat keputusan untuk bermalam 1 malam di Kinabalu Pine Resort (KPR) selepas sekian lama alin dah buat perbandingan dengan banyak hotel, motel dan resort di sekitar Gunung Kinabalu ni. Pun dah tanya pengalaman kawan dan adik mengenai KPR ni, alhamdulillah semuanya indah. Dan sebenarnya alin memang dah lama simpan impian untuk bermalam disini namun belum punya kesempatan.

Monday, October 16, 2017

Hasil pembelian novel di PESTA BUKU BORNEO, PLAZA MERDEKA SARAWAK


Salam pembaca..

Sejak beberapa minggu bila alin sudah nampak pihak Karyaseni dan Penulisan2U akan datang ke Kuching, betul rasa tak sabar. Sudah lah alin memang minat dan banyak koleksi novel dari dua publisher ni, kedatangan mereka ni memang macam hadiah yang sangat istimewa ๐Ÿ˜„๐Ÿ˜„๐Ÿ˜„ Untuk pengetahuan, bersama Pesta Buku Borneo yang bertempat di Plaza Merdeka Kuching ini, ada banyak lagi aktiviti yang diadakan sepanjang 11-15 oktober 2017. Cuma alin memang tak nampak dah aktiviti lain tu, betul-betul tengok novel-novel dari publisher ni saja hehe..