Lulu Pages

Terkini dari alin

Saturday, December 1, 2018

Pengalaman bercuti di Retreat Lundu.. Oh my tak sangka ada tempat begini lawa di Lundu, Sarawak




Hai semua... Assalammualaikum..

Baru-baru ni kami sekeluarga berpeluang bercuti selama 3 hari 2 malam di Retreat Lundu ataupun lebih dikenali sebagai Union Yes Retreat & Training Centre. Terletak di Siar Beach Lundu, tempat ni memang sangat-sangat cantik. Dari pengalaman alin, sebelum ni pernah bermalam di Damai Beach Resort, Damai Santubong Resort dan Sematan Beach Resort.. Tak sangka ada tempat yang begini lawa di Lundu. Sebelum ni pernah juga sampai Lundu [ Pertama kali sampai ke Lundu, Sarawak.. Apa yang best? (Entri bergambar)], baru tahu ada tempat yang sebegini cantik di area Lundu ni.



Lawa kan.. Sebelah malam lagi lawa

Dan untuk pengetahuan, sepanjang pantai ni, ada beberapa resort yang berada bersebelahan saja dengan Retreat ni. Jadi kalau korang nak review dari alin, alin memang suggest yang inilah, sebab dah intai-intai resort yang sebelah-sebelah ni dengan berjalan kaki sepanjang pantai, memang tak bolehlah nak lawan dengan yang ini. Korang tengok gambar, korang tau lah hehe..

Tepi kolam renang



Harga dan cara buat tempahan

Biasa memang tengok kat Traveloka saja, memang murah. Tapi untuk Retreat ni, tak ada ok. Korang nak buat tempahan, kena pergi ke laman webnya http://www.sbeu.org.my/retreat/ . Tempat lain memang tak dapat. Korang nak walk-in, sorry, tempat ni memang sentiasa full. Hah, dari situ memang dah boleh agak kan macam mana istimewanya tempat ni ๐Ÿ˜Ž๐Ÿ˜Ž

http://www.sbeu.org.my/retreat/

Susah nak bagi harga yang tepat untuk bilik-bilik di Retreat ni. Harga berbeza mengikut hari terutama cuti-cuti seperti sekolah. Untuk lebih lanjut korang boleh terus ke laman web yang alin pautkan, masukkan tarikh dan boleh terus tengok harga.




Jenis-jenis bilik


Jenis-jenis bilik yang ada

Kami tinggal di bilik Deluxe Room, RM129 semalam (ahad check-in dan selasa check-out) memadailah buat keluarga kecil kami. Alin nampak ada satu keluarga besar, anak, cucu semua angkut, ambik satu bilik saja pun selamba saja hehe. Riuh rendah sekeluarga apatah lagi bila bbq bersama.

Cabin - unik dan menarik




Gambar dalam bilik

Ini gambar untuk bilik kami, Deluxe Room. Hehe kelam kabut alin ambil gambar sebab kakak dan adik dah tak sabar nak duduk atas katil. Wow, alin memang puas hati dengan bilik yang tersedia, memang jauh sangat beza dengan masa kat Sematan Palm Beach Resort. Selesa sangat. Lepas tu ada balkoni pula lengkap dengan ruang sidai pakaian yang basah selepas mandi di kolam renang.

Katil yang selesa





Kemudahan 

Dah namanya Retreat & Training Centre, tempat ni memang sesuai buat korang yang ada aktiviti beramai-ramai. Kolam renang saja ada 3. Yah betul tak tipu, ada 3, lengkap dengan slide kat kolam kanak-kanak tu, haha alin pun asyik saja di slide tu ๐Ÿ˜…๐Ÿ˜…. Dekat dalam laman web tu memang ada semua info-info yang berkaitan tempat ni. 

'Meeting rooms, and Our Grand Meeting rooms are fully equipped with multimedia and audio visual facilities. We offer competitive and flexible packages for conferences, meetings, seminars, and banquet events as well as outdoor training'

Kolam renang utama

Lagi kolam renang

Kolam kanak-kanak - slide

Kawasan aktiviti

Kawasan aktiviti


Tempat makan

Cafe ada menyediakan makanan tempatan dan luar negara. Malah berdekatan kolam renang juga, ada disediakan kawasan untuk bbq. Ada saja yang bawa sayap ayam untuk bbq kat sini. Memang sedia lengkap meja makan, sinki, wah dah macam dapur rumah. Lengkap semua. Harga bilik memang dah lengkap dengan sarapan untuk 2 orang. Makanannya pun sedap. Paling excited tengok bilan ada laksa Sarawak yang korang boleh serve sendiri. Makanlah sampai puas!!

Serve laksa sendiri

Laksa serve sendiri yeay


Kawasan bbq


Apa pun, rasanya tak sama dengan cerita dan gambar yang diabadikan. Buat korang yang merancang percutian ke Kuching, Jom la berkunjung ke tempat ni, insya Allah pasti akan meninggalkan kenangan yang sangat manis. Terbaiklah, tak sabar nak repeat bulan 1 nanti ๐Ÿ˜๐Ÿ˜


Kawasan pejalan kaki



Pesisir pantai






.




5 comments:

rikkawaii said...

kerennnn indahhh sekaliii ..

alin said...

Indahkan.... mampir yukkk :)

Anonymous said...

At this time I am ready to do my breakfast,
when having my breakfast coming again to read more news.

Unknown said...

Akan bawa famili besar ke sini utk rehat dan riadah...nmpak ngam..

Lizz87 said...

Hi alin..nak tanya ni tmpt bbq tu ada caj tak?dan brg2 bbq beli sendiri atau ada disediakan?