Lulu Pages

Terkini dari alin

Monday, May 22, 2017

Pertama kali sampai ke Lundu, Sarawak.. Apa yang best? (Entri bergambar)



Hai pembaca.. Assalammualaikum..

Kebetulan tempat kerja suami ada buat aktiviti macam hari keluarga dikalangan staf. Destinasi kali ini adalah sebuah daerah kecil di Sarawak iaitu Lundu. Ini adalah pertama kali alin dan anak-anak sampai sini. (Pernah ke Semantan SEMATAN PALM BEACH RESORT, gambar dan pengalaman sepanjang percutian - Kalau suami memang dah beberapa kali atas urusan kerja. Jadi memang alin rasa excited sangat nak pergi. Selalu hujung minggu kat rumah saja, jadi ada peluang berjalan macam ni, mestilah seronok. Dalam perancangan program, awal pagi ada lawatan. Selepas tu di sebelah tengah hari pula ada makan tengah hari yang disediakan bertempat di Gunung Gading National Park.. Wah baru tahu dikawasan Lundu ada gunung, sebab sebelum ni alin hanya tau Gunung Santubong saja di Damai. Tak pernah lagi daki Gunung Santubong tu, tapi memang dah beberapa kali juga sampai Damai. Siap bermalam lagi di Damai Beach Resort. ๐Ÿ˜Š๐Ÿ˜Š๐Ÿ˜Š



Malangnya, hari yang sama ada pula mesyuarat PIBG di sekolah adik. Memandangkan encik suami merupakan salah seorang daripada AJK nya, dan kami memang tak pernah miss hadir mesyuarat tu di sekolah ni,  jadi haruslah ianya menjadi keutamaan kami. Maka di awal pagi selepas sarapan, bergerak lah kami ke sekolah adik, dan menghadiri mesyuarat PIBG tu. Sempat lagi encik suami dapat 'hadiah' penghargaan sebagai AJK tahun sebelum. Tahun ni kena undi lagi semula.. Alhamdulillah.


Sebaik saja mesyuarat tu selesai, kami pulang ke rumah, makan tengah hari dan bersiap pula untuk ke Lundu. ๐Ÿ˜™๐Ÿ˜™๐Ÿ˜™ Perjalanan ke Lundu melalui Bau tak adalah jauh sangat pun. Dalam sejam lebih rasanya sampailah. Jadi masa kami sampai disana, staf-staf yang lain sudah selesai pun makan tengah hari dan siap mandi-manda lagi di dalam kawasan Gunung Gading National Park tu.



Kami menyusul sampai ke sana tau, tapi disebabkan kena bayar masuk, dewasa RM10, kanak-kanak berapa entah, jadi kami tak jadilah nak meninjau-ninjau apa yang ada di dalam tu. Sebab rasa tak berbaloi kan singgah sekejap kena bayar pula. Hanya sekadar masuk ke dalam dan pusing kereta dan bergerak terus ke Kompleks Sukan Lundu. Ada perlawanan persahabatan bola sepak bersama Pej. Kesihatan kawasan Lundu dalam sejam selepas itu.


Wah damainya kawasan ni. Tenang saja rasanya. Tengok padang dalam Kompleks Sukan Lundu ni pun cantik sangat. Sebab alin selalu nampak rumput padang bola rosak teruk.Tapi kat sini pula dah lah nampak bersih, malah rumput padang pun di jaga cermat (masa datang ada orang tengah potong rumput).


 Pemandangan Gunung Gading dan juga berhadapan kompleks sukan ni adalah bangunan Pejabat Daerah Lundu. Cantik bangunan tu.


Senyum saja perhati pemandangan sambil tengok perlawanan bola persahabatan.


Perlawanan selesai menjelang hampir senja, dan perjalanan pulang kami diiringi dengan hujan pelangi yang sangat indah.


Laluan khas basikal


Lain kali nak datang sini lagi sebab ada banyak tempat lagi belum pergi. Seronok tengok tempat orang kan..



.

No comments: