Lulu Pages

Terkini dari alin

Wednesday, July 5, 2017

Perjalanan selama 16 jam dari Kuching ke Limbang, huhu sampai kepala pusing



Salam pembaca..

Baru-baru ni, cuti sekolah selama 2 minggu bersamaan dengan awal ramadhan, kami sekeluarga memulakan perjalanan menaiki kereta pulang ke Tawau dari Kuching. Sebelum ni kami biasa buat dari Kuching direct terus ke Miri iaitu selama 12 jam, tapi dek kerana terdengar ada kawan boleh buat terus ke Limbang dalam sehari, wah berkobar-kobar juga kami suami isteri nak turut mencuba. Perjalanan kali ni rupa-rupanya memang agak mencabar disebabkan encik suami sedari awal memang agak tak bermaya nak drive. Sehinggakan terlintas pula nak pusing balik ke Kuching bila kami sudah berada di Sri Aman iaitu 3 jam perjalanan dari Kuching. Agak jauh juga kan.



So, alin bertukar-tukar drive dengan suami.. Dari Betong sampai ke Sibu, dan biarkan encik suami rehat dan tidur. Kemudian bertukar lagi. Secara keseluruhan perjalanan agak tenang, kereta tak banyak sangat. Dan ada beberapa bahagian jalan terutama area Sri Aman yang giat menyiapkan projek Pan Borneo. Jadi dikawasan-kawasan ni perjalanan jadi perlahan dan kena lebih berhati-hati. Dan disebabkan puasa, kami pun tak berhenti untuk makan. Sekadar isi minyak dan kemudian meneruskan perjalanan.

Kami tiba di Brunei dan berbuka puasa sekadar makan roti dan air mineral di dalam kereta tengah jalan Brunei. Alhamdulillah, berpuasa ketika dalam perjalanan yang jauh tidaklah susah mana pun. Dan akhirnya kami tiba di Limbang dekat 9 malam. Huhu, gelap sangat dah, dalam perjalanan tu tak tenang sebab nak cepat sampai. Turun saja dari kereta, kepala pusing dan kaki pun rasa sedikit bergegar hehe.. Apa taknya perjalanan ni mengambil masa selama 16 jam dari bawah peta sarawak sehingga lah di Limbang dekat hujung atas Sarawak. Dalam anggaran sejauh 1001km. Dan kami terus check-in di Hotel Purnama, sebuah hotel yang terbesar di Limbang.. (lain kali kita cerita detail pasal hotel ni) Makanan yang di bawa dari rumah, macam nasi dan lauk abis basi dan nasib baik ada bawa megi cup itu jak lah yang kami makan malam tu. Sebab lapar sangat, bersyukurlah ada juga makanan. Kat bawah memang ada restoran, tapi dah tutup masa tu. Jadi selepas makan, mandi kami pun tidur.. penattt...



*Sambung cerita ni dalam entri akan datang



.

1 comment:

Admin said...

tudia sampai 16 jam...