Lulu Pages

Terkini dari alin

Tuesday, May 29, 2012

Malu katanya...


Semalam kan merupakan hari kelahiran encik suami. Dan oleh kerana tahun ni merupakan first birthday nya memiliki facebook, agak terkejut jugalah kan bila menerima banyak ucapan kat facebook. Bila dah buka facebook, terkulat-kulat juga dia nak membalasnya. Asyiklah nak panggil alin, tanya nak cakap apa? Nak tulis apa? Ok ke tak ni? Ngee.... Suami saya memang sangat simple, dan walaupun facebook itu miliknya, tapi alin lah yang buka hari-hari :)

Dan pagi tadi katanya, sebaik saja lepas ceramah kat hospital, rupa-rupanya dia dah ditunggu oleh ramai staff hospital yang terus menyanyikan 'happy birthday' buatnya. Bila sampai jer kat rumah, dia bercerita dengan alin. Malu katanya sebab pertama kali kena macam tu.. Ekeke.. Best tak? Ni semua mesti pasal facebook katanya. Walaupun hanya menerima ucapan hari lahir, encik suami dah tersenyum riang. Dan malam tadi mem dan adik ada beli kek SR. Payahnya nak habiskan, masih ada banyak lagi kat peti sejuk tu.

Kemudian, encik suami tanya, alin nak hadiah apa di hari lahir alin minggu depan, yer selisih seminggu jer hari lahir kami ni, selalunya memang sambut sekaligus.. Lagi meriah.. Alin cakap tak payahlah, sebab encik suami pun macam tu kan. Katanya, alin ni memadai dengan kepsi, sebab memang hantu kepsi..wowo...



@ Selamat hari lahir dear encik suami 28052012. Semoga panjang umur, murah rezeki dan dikurniakan kesihatan berpanjangan.





.

Thursday, May 24, 2012

Bangga dengan kamu kakak...

Bulan oktober ni, genaplah usia kakak 9 tahun.. Dah jadi anak dara rupanya anak mama ni..
Dah besar. tak sangka.. macam baru jer semalam mama sakit 6 jam lahirkan kamu..

Semalam, keputusan peperiksaan pertengahan tahunnya, sudahpun selamat sampai ke tangan. Susah nak harapkan yang tinggi untuk si kakak sebab orangnya yang aktif dan nakal. Ada jer lah kan komplen dari sekolah..huhu. Tapi untuk kesekian kalinya, keputusan peperiksaannya memang sangat membanggakan. Nakal tapi bijak yer kak??

Memang sangat mencabar memiliki anak seperti kakak.
Walaupun perempuan, tapi aktif macam lelaki. Dan dia mewarisi sifat terpuji (bagi saya) abahnya.. Iaitu sangat peramah. Campaklah kat mana pun, pasti boleh hidup. Maksudnya, letaklah dia kat mana pun, tetap akan ada kawan. Memang sangat peramah ok..

Semalam pergi kenduri rumah neneknya, sampai jer, terus tarik lengan baju kurung dan tolong makcik-makcik kat situ buat kuih onde-onde. Gigih, duduk kat situ hampir sejam, sampai siap. Wah orang pun hairan, anak sapelah kan.. hoho...


Bangga dengan kamu kakak, semoga jadi anak yang baik, dan pintar, juga dapat menunjukkan contoh teladan yang baik buat adik....





.

Tuesday, May 22, 2012

Bila dah susah barulah tahu

Assalammualaikum..

Dalam kehidupan seharian kita, kita dikelilingi oleh rakan dan keluarga.
Bila mereka susah, kita selalu akan berusaha berada disamping mereka. Membantu dan meringankan beban mereka. Keadaan itu memang biasa. Bila dia buat kenduri, kira wajiblah kita datang. Bila mereka sakit, haruslah kita ziarahi. itulah erti kata sebenar seorang rakan dan keluarga.


Namun, tiba-tiba, bila kita ditimpa masalah.. dimana rakan, dimana keluarga?
Pernah tak melalui keadaan ni?
Masa kita susah, baru tahu, hanya kita yang selalu ada untuk mereka. Tapi bila kita yang memerlukan mereka, mereka entah berada dimana. Ada tu yang jangankan nak menjenguk.. telefon pun takde. alin pernah melalui keadaan ni berkali-kali. Agaknya Tuhan dah nak tunjuk, itu rupanya hati budi orang disekeliling kita. Bila mereka susah, mereka nak kita berada disamping mereka. Tapi bila 'roda' berputar, dan mereka diatas, kita dibawah ni tak pula dinampak.


Kecewanya kan bila melalui keadaan tu.
Tapi percaya tak? setiap perbuatan, baik atau buruk pasti ada balasannya. Hati kita ni memang mudah memaafkan, tapi siapa tahu balasan Tuhan.. Hari ni, masa ni.. ketika membaca entri ni, marilah kita sama-sama menilai diri sendiri. Adakah kita sentiasa ada untuk rakan dan keluarga kita? Adakah kita hanya mahu orang lain prihatin dengan masalah kita? Bagaimana dengan masalah orang lain? Terutamanya orang yang rapat dengan kita. Adakah kita ambil tahu?





.

Tuesday, May 15, 2012

Bila encik suami cakap tak payahlah..



alin : abah (encik suami), minta RM50

Encik suami : buat apa?

alin : beli hadiah birthday untuk abah

Hari lahirnya 28hb ni..

Encik suami :tak payahlah. buang duit jer. Baik beli makanan kita makan sama-sama..

alin : hah?


Benda ni perkara biasa selama 10 tahun kahwin ni. Encik suami memang tak suka dibelikan hadiah.. Yelah dah cakap macam-macam sebab nak juga belikan, konon asyik ingat makan jer, ternak lemak. Lepas tu boleh juga cakap, hari lahir kan setahun sekali.. ekeke.. Ok, rancangan tak berjaya. Sekarang terfikir lak nak bawa encik suami sekali kakak dan adik pergi makan hari tu. Tapi binggung, nak makan apa eh? dimana yer? Huhu masalah juga. Kalau tanya encik suami mesti jawab, tak payahlah.. susah-susah jer..

Benda ni dah biasa tau. Bukan jer pada hari lahir. Juga bila nak belikan dia baju, kasut, atau apa jer pun. Selalu tak nak.. Macam-macam alasan untuk mengelak. Selalunya, dia akan cakap, beli untuk alin lah.. atau untuk kakak dan adik lah. Walaupun pernah beli juga dan dia memang akan pakai..ngee...Encik suami yang alin kenal memang seorang yang tak mementingkan diri sendiri. Love you!! ;)




Sunday, May 13, 2012

Selamat hari ibu dan kisah di hari minggu..


selamat berhari minggu...

Hari ibu akan disambut setiap ahad minggu kedua bulan may setiap tahun. dan untuk keluarga alin, memang tak sambut sangat pun hari ni tiap-tiap tahun. Tiba-tiba awal pagi macam nak makan kek secret recipe, owh sila lupakan sebab awal pagi bangun dah tergesa-gesa turun bandar sebab encik suami bawa pergi breakfast kat kedai aka cuti masak..ngee...


So, lauk tu main tunjuk-tunjuk jer, dah ready kat pinggan untuk dimakan.
Lepas tu terus ke pasar minggu-Takada. Rambang mata nak beli.. macam-macam ada kat situ. Dari sayur, ikan, barang dapur (masak), haiwan peliharaan, baju, mainan, banyak lagi. Walaupun dah lebih 8 pagi kat situ, berpeluh juga nak round semua gerai. Syabas adik, walaupun tak habis pusing, jalan sendiri, lepas juga lah lebih setengah perjalanan, kemudian minta minum dan dukung dengan abahnya.


Boleh tahan dapatlah beli bekalan untuk seminggu.. kangkung, paku pakis, tauhu, tempe, kerang dan bunga betik. Anggaran total = RM12 (kerang sekilo termasuk kulit RM3, beli 2kg)


Lepas tu petang, ada friendly game, badminton.. Jabatan Kecemasan Hospital Tawau. Encik suami beria-ia nak bawa alin mix double.. Segan yer, sebab takde training langsung.. ekeke, terpaksalah encik suami main double jer. Good luck encik suami!!



@ malam yang ditunggu-tunggu, bila juara BPL akan ditentukan samaada MU atau MC.. Jom 10 malam :) Kad hari ibu yang cantik dari kakak... Selamat hari ibu semua ...






.

Thursday, May 10, 2012

Benarlah kata orang, cinta tu boleh buat orang berubah..


Dalam keluarga, memang amalan makan sayur, pelbagai jenis sayur tu dah biasa. Ada masanya, makan sayur sebagai lauk dengan nasi pun dah kira menyelerakan. Dan itu membuatkan, bila makan takde sayur, rasa sangat-sangat kekurangan.

Tapi mengenali encik suami pada mulanya.
Serba serbi tak makan. Masa tu asyik makan telur, ayam dan hotdog. Sedih tengok..
Wuwu, dan rasanya bertahun juga lepas kahwin, alin dah mula ikut langkahnya. Susahlah nak ada sayur kat rumah. Sedangkan kat sini ni sayur melambak dijual kat mana-mana pun. senang jer beli. Kalau beli sayur kangkung contohnya seikat, boleh masak sampai 2-3 kali. Tengoklah berapa orang makan kan.

Dan tanpa disedari setelah 10 tahun kahwin, 'campak' jer sayur apa pun..
Encik suami tetap akan makan. Boleh tahan. Siap boleh cakap lagi, kalau takde sayur, tak sedap!! hehe..

Itu encik suami.. Bagi alin pula, dulu sebelum kahwin tak makan udang sotong.. sekarang dah makan. Cuma memang ada beberapa menu tak makan lagi, hoho, mungkin akan berubah juga suatu hari nanti.. siapa tahu kan.

Benarlah kata orang, cinta itu buat orang berubah. Saling melengkapi dan memperbaiki segala kekurangan adalah adat resam pasangan suami isteri. Mungkin bukan ini sahaja, ada banyak lagi.. Tapi kadang-kala perubahan yang 'kecil' ini merubah keseluruhan hidup kita..




@ encik suami selalu nak ikut beli sayur, atau pergi pasar. Bawa sekali kakak dan adik.. Seronok katanya..






.


Monday, May 7, 2012

Sepetang di Kompleks sukan


Aktiviti yang sering dilakukan oleh encik suami.
Selalunya 3-4 kali dia akan bermain badminton. Itu tak kira lagi main futsal dan bola padang.
encik suami memang aktif orangnya.. Kira memang agak berbeza dengan alin yang lebih suka menonton saja. Sebelum kahwin dah sering duduk tepi padang jadi 'pompom girl'.. ngee, takdelah.. Sebenarnya, dah jadi kebiasaan macam tu. Duduk tepi menonton dengan tekun sehingga habis game.


Kira, kawan-kawan encik suami dah biasa dengan kehadiran alin setiap kali ada game.
Bila dah ada anak 2, kakak dan adik, mereka akan turut sama  'memeriahkan' tempat tu..
Gila... Lari sana, lari sini, tak tahu duduk diam.. Dah serupa anak lelaki.. huhu...
Bila alin tak ikut, kakak akan jadi gantinya.



Dan ahad yang lepas, mari ke kompleks sukan, sebab encik suami akan 'berentap' selama 2 jam disitu dengan 3 orang rakan yang lain.. Baguslah, kali ni dia rasa puas main. 2 jam tanpa henti..
Biasanya lepas main, tak kira badminton, bola ataupun futsal, mesti urut-urut lutut..
Itulah jadinya bila aktif dari kecil-remaja-dewasa..
Lutut dah 'buruk'... (:p encik suami)





@ sebagai isteri atau kekasih, adakah korang juga melakukan hal yang sama?





.

Sunday, May 6, 2012

iT Fair 2012 yang sangat meriah..


Hari sabtu adalah hari yang paling sesuai menghabiskan masa bersama keluarga.
Ianya dipanggil masa berkualiti bersama keluarga.
Kebetulan, ada iT Fair di Dewan Masyarakat Tawau, sekali bawa kakak dan adik bersama melihat 'kemeriahan' jualan produk iT.. Kebetulan bila sampai tengah hari, parking pun penuh.

Mungkin bernasib baik, sebaik saja tiba dihadapan dewan, lokasi iT fair ni, sebuah kereta keluar dan kami dapat parking. yeah ^__^

Kat dalam memang ramai orang.. Berpusu-pusu, tak kira booth mana kan..
Kebanyakan mesti ada beli sesuatulah kan.. Murah agaknya.. Tapi alin takde beli apa pun, saja nak lihat-lihat kat dalam.. Kerana blogger kan... Gambar memang takkan miss ambil..


Penuh jer bahagian booth produk apple ni. Tengok budak berbaju merah tu, asyik dengan ipad..
'Suruh parent beli.. jangan tak beli..' Dia tengah main game tu.. Kakak dan adik memang dah tak hairan sebab ipad abah dia (encik suami) dah selalu jadi mangsa.. huahua


Memang sporting habislah kan booth Telekom ni.. Owh baju tu memang lawa. Tapi takde RM79 so, tak dapat beli. Mula-mula, bila alin snap mereka asyik layan customer. Lepas tu, boleh lak suruh ambil satu kali lagi, lengkap dengan posing.. Maka, kamu saya abadikan dalam blog ini... :)


Nampak sangat ada yang menarik perhatian mereka disitu.


Owh pakcik tu lagi sekali, tapi kali ini membelakang. Perasan tak?
Jenama terkenal memang akan mendapat perhatian.


Menarik bukan, melihat gambar-gambar artis barat sebagai hasil print menggunakan printer yang dijual.
alin lihat, printer merupakan antara produk yang laris dijual.


Demikian aktiviti alin dan keluarga dicuti wesak/sabtu. Korang pula bagaimana? iT Fair ini akan berlangsung 4-6 mei...





.

Wednesday, May 2, 2012

Angry Bird yang tak best!! entri bergambar


Siapa tak kenal dengan angry bird kan..
Tapi kalau cerita mengenai angry bird dengan kakak dan adik, memang paling best. Tak cukup dengan samsung galaxy tab mama, kat ipad abah pun boleh hadap angry bird.. Adik yang masih kecil pun dah pandai main. Kena lagi dengan jarinya yang kecil, sangat cute okeh..


Tapi baru-baru ni, nenek cina (mummy alin) sudah menambah 'kegilaan' dua adik beradik ni..
Yeah, jajan angry bird.. mana dapat ntah.. Tapi yang bestnya, kat dalam keropok tu, ada jer 'hadiah' tau. Sticker angry bird lah.. ada tu, pemadam angry bird.. Dan yang paling 'berharga' rasanya adalah duit 50 sen. Wah besar mata kakak nampak duit baru tu.





tapi biasanya, kakak buka keropok tu untuk dapat hadiah jer, adik yang selalu rajin menghabiskan keropok tu. Sebagai mama, alin memang tak galakkan sangat anak makan keropok. Kadang-kadang bolehlah.
Kan tak elok..



Tapi angry bird memang tak best.. huhu. Kalau lalu kat kedai kaset (jual CD DVD) yang ada tayang movie anry bird tu, boleh dua beradik ni terpaku kat depan kedai sambil ketawa sorang-sorang.. pelik..




*lain kali, alin kongsikan betapa cute-nya jari adik main samsung tab/ipad ^_^





.