Lulu Pages

Terkini dari alin

Thursday, August 13, 2015

Lintasan skuad ERA Perodua akhirnya berjaya dijejaki.. Hehe


Salam pembaca..

Keluarga kami memang gemar mendengarkan radio era terutama ketika berada didalam kereta. Si adik sampai hafal setiap lagu yang kerap berkumandang dalam radio tu begitu juga iklan-iklan yang sering dipasang dan celoteh dj-dj radio era memang selalu buatkan kami ketawa terutama johan, hanif dan ray dan sketsa mak jemah.

Jadi disebabkan kami berada di kuching, selalu alin dengar lintasan skuad era perodua berada dimana- mana kawasan sekitar untuk agihkan minuman percuma dan beberapa barang lain. Memang berharap sangat suatu hari nanti akan terserempak. Entah boleh tak tahu, tengah hari semalam masa baru saja keluar dari pintu kolej, kebetulan nampak van bertuah -era tu parking depan sekolah smk sg tapang, wah tak pandang lagi terus signal parking tepi. Agak malang juga sebab barang yang diagihkan dah abis, huhu.. Tapi mereka hulur juga sebotol mountain dew dan serbuk cuci top.. Hehe sungguh pun agak kecewa sebab tak alert mereka berada dikawasan ni lebih awal, tapi alin bersyukur sangat sebab akhirnya impian alin untuk menemui mereka tercapai..

Semoga dilain kali akan bertemu lagi, dan nak sangat semua barang yang diagihkan :)



.

Tuesday, August 11, 2015

Ada kucing baru dalam rumah


Salam pembaca..

Lama tak menulis, sejak beberapa bulan blog sunyi sepi, dan nak kongsikan satu cerita menarik.. Kisah berlaku sebelum bulan puasa lagi.. Luna pun dah besar, terus kita orang merancang nak menambah seekor lagi kucing. Kebetulan masa nak beli makanan kucing di salah sebuah petshop, nampaklah kucing ni baka curl mix parsi, kebetulan ada 3 ekor masa tu dalam kandang masih lagi menyusu dengan mak dia sebab baru saja berumur sebulan lebih.

Alamak, pertama kali terpandang memang terus jatuh hati hehe, tapi disebabkan umur yang masih kecil dan masih menyusu, paling awal boleh ambil pun sebelum bulan puasa, kiranya sebelum balik kampung raya nantilah.. Hehe tak sabar.. Comelnya, kami namakan dia curl (betina).. Harga? RM950 termasuk vaccine pertama.

Oh, dia memang sangat lawa.. Siyes kan?? Hari pertama dia tiba dirumah, Luna jadi pelik dan liar. Bersembunyi bawah sofa tak mau keluar, makan dan minum, sementara si curl ni asyik lompat sana lompat sini, kira dia terus kuasai rumah haha. 

Dan jadi masalah pula sebab masa ambik curl tu hari pun dah gelap, jadi kebiasaan si Luna ni memang tidur dalam kandang. Disebabkan dia tak mahu keluar dari bawah sofa, terpaksalah malam pertama curl duduk dalam bilik dulu dan alin terpaksa paksa Luna masuk kandang. Susah jugalah, dia jadi liar sebab nampak sangat kandang tu ada bau asing sebab curl sudah kencing kat pasir hehe..

Beberapa malam selepas itu beransur-ansur mereka mula jadi kawan, dan kami mula train mereka ni duduk satu kandang sebelah malam. Sebab malam memang kena masuk kandang, sebelah siang boleh lepas bebas dalam rumah seharian. Cabaran juga pelihara kucing berbulu tebal ni, sebab Luna pun mix saja parsi tapi lebih kepada kucing local.. Nanti di entri akan datang alin kongsikan gambar terkini luna okey..


.

Friday, March 6, 2015

Tonton The SpongeBob Movie : Sponge Out Of Water

 Hai pembaca..

Tayangan hari pertama semalam memang sudah lama kami tunggu. Sebab sudah tengok iklan movie ni masa tonton wayang sebelum ni. Wah sejak hari tu terus teruja nak tengok. Maklumlah alin pun terjebak sangat dengan spongebob ni disebabkan kakak masa kecil memang suka sangat tengok kartun ni hehe..

Tapi disebabkan kakak akan menduduki UPSR tahun ni, setiap minggu masa memang padat dengan pelbagai aktiviti. Hari biasa dengan sekolah kakak dan adik, sebelah petang pula selalunya kakak hadiri tuisyen di sekolah, malam pula 3x seminggu encik suami pula main badminton dan sabtu ahad pula kakak tuisyen di sebuah pusat tuisyen berdekatan pagi sampai petang, agak susah juga mencari masa yang sesuai untuk tengok wayang.

Mujurlah petang tayangan boleh curi masa sekejap. Lepas encik suami baik kerja, kami bergegas ke GSC CityOne Megamall dan masa tayangan adalah 6:30 petang, huh nasib baik tak tersangkut pada kesesakkan lalulintas sebab kebetulan masa itu adalah masa balik kerja dan chap goh mei..

Wayang ni bagi alin biasa saja. Okeylah sebab watak tu memang dah biasa dengan kanak-kanak, dan yang seronoknya, spongebob dan kawan-kawannya muncul didunia nyata. Memang sesuai sangatlah bawa anak-anak tonton wayang ni... 


Friday, January 2, 2015

Tarikh paling istimewa buat alin dan encik suami


Salam pembaca..

Ini adalah entri pertama alin untuk tahun 2015 ni.. Jadi, rasanya belum terlambat lagi untuk ucap selamat tahun baru. Semoga tahun 2015 ni lebih baik dari tahun-tahun sebelumnya.. amin..Terutama tahun 2014 yang membawa pelbagai tragedi dan kisah sedih buat kita rakyat Malaysia.

Menjelang 5hb Januari tiap-tiap tahun, memang ianya merupakan tarikh yang paling istimewa bagi alin dan suami. Sebab pada tarikh inilah kami dinikahkan.. Alhamdulillah, tahun ni maka genaplah usia perkahwinan kami yang ke 13 tahun. Dan dalam tempoh itu,
ada banyak cabaran dan dugaan yang kami tempuh bersama. Dan itulah yang menjadikan kami matang dan kehadiran kami antara satu sama lain melengkapi kekurangan dan kelebihan masing-masing. Ya Allah, kekalkanlah kebahagiaan kami sehingga ke akhir hayat. amin..

Cerita mengenai 5hb ni, awal-awal lagi kami sudah duduk berbincang nak beli kek apa hehe.. Sebab lebih suka makan cheese kek, memang cheese kek adalah pilihan utama. Tapi untuk adik, dia memang lebih memilih coklat. Jadi, kalau nak dia makan kek tu, kenalah beli coklat juga. Kenalah pilih cheese choc :) . Kakak pun dah siap pesan: ma, nanti sambil makan kek boleh tengok cd mama sama abah kawin kan.. hehe tersengih saja alin dengar.

Cincin dalam gambar tu bukan cincin kawin. Itu satu-satunya cincin alin minta encik suami beli sepanjang kami kawin, tidak termasuk cincin kawin kan. Kurang gemar dengan emas, alin minta beli pun sebab tiba-tiba teringin nak yang ada batu permata kat atas. Sebab cincin kawin lebih simple, ala cincin kawin cina yang polos dan tebal. Beli cincin ni kawin dua tahun lepas, dan harganya dalam ratus juga.. Sebab emas mahal kan sekarang :(



*Buat encik suami, 

love you...
Bahagia hingga ke jannah.. :)