Lulu Pages

Terkini dari alin

Wednesday, June 13, 2012

Jangan tanya kenapa anak jadi begitu


Saya juga pernah melalui zaman ketika kecil. Zaman yang penuh gemilang, dan masa tu kita tak pernah tahu mengenai kesusahan ibu bapa kita, ataupun banyak masalah yang orang dewasa selalu fikir dan hadapi. Apa yang kita tahu hanyalah main dan seronok. Apa yang kita tahu adalah, bila kita mahukan sesuatu, baju atau mainan umpamanya, maka HARUS lah ibu bapa sediakan, walaupun masa tu ibu bapa kita nak makan dan menyekolahkan kita pun susah. Kalau tak beli, siaplah kan nak hempas2 kaki. Menangis dan merajuk.

Tapi bila dah jadi dewasa, dah berkeluarga dan menjadi mama kepada 2 orang gegirl ni, buatkan saya selalu terfikir betapa anak-anak saya ini sememangnya tidak mengerti apa-apa. Kita yang dewasa inilah yang menentukan masa depan mereka. Buruk atau baik, semuanya berpunca dari 'tangan' kita. Bila anak dewasa, ibu bapa bertanya. Kenapalah pakaian kau ni tak cukup kain. Owh, sila jawab dalam hati sendiri. Masa anak kecil, kita pakaikan apa? Baju dress tu lawa.. Seksi, takde lengan. Dia lawalah nampak macam princess. Pakai macam tu kan barulah nampak girl. Ok. So bila dari kecil dipakaikan sebegitu, rasanya bagaimana pula pakaiannya bila dewasa nanti?

Bila anak dewasa, ibu bapa bertanya. Kenapa anak tak ingat orang tua. Nak balik menjenguk pun haram.... Sila jawab dalam hati. Bagaimana kita melayan ibu bapa kita. Adakah baik atau lebih tepat lagi, seperti apa yang kita mahu anak kita lakukan keatas ibu bapanya. Bila kita melayan ibu bapa pun macam mereka tak wujud, bagaimana anak kita nak melayan ibu bapa mereka? Contoh terbaik kan daripada ibu bapa sendiri. Merintih hati ibu bapa bila kita buat sesuatu yang menyakitkan mereka. Dan tanpa kita sedari, kita dibalas. Adil tak?

Bila anak dewasa, ibu bapa bertanya. Kenapa anak dah senang tak ingat ibu bapa?  Sila jawab dalam hati. Adakah bila kita mendidik anak2 kita, kita mengharapkan balasan? Memang tak salah. Dalam masyarakat kita dari dulu hingga kini, ibu bapa menyekolahkan anak dan memastikan mereka dapat kerja dengan gaji tinggi, bagaikan pelaburan, yang satu hari nanti keuntungannya pasti akan dikaut. Bila tak dapat apa-apa, mulalah gelabah. Siap cakap, habis tanah, rumah digadai untuk memberi kesenangan..huhu. Janganlah. Cuba kita sebagai ibu bapa menyiapkan diri. Lakukan tanggungjawab pada anak, dan semoga Allah membalasnya. Menyimpanlah sedikit untuk hari tua. Agar bila sampai masa nanti, takdelah harapkan anak. Mereka pun bakal mempunyai kehidupan dan tanggungjawab lain.

Bila anak dewasa, ibu bapa bertanya, siapa yang akan memandikan jenazah ku nanti? Sila bertanya pada diri setiap hari. Bila anak berkahwin dengan orang yang baru masuk islam, mat salleh umpamanya, kita bangga. Sebab anak kita kahwin dengan anak orang luar negara. Bakal anak mereka pasti mewarisi mata biru papanya. Tapi tanpa kita sedari, kita sebagai muslim pun agama goyah, apatah lagi bila kahwin dengan orang mualaf, bonuslahkan soalan ni, bagaimanakah agama mereka setelah berkahwin. Beberapa rakan disekeliling berkahwin dengan lelaki cina, masuk islam. Bila nak masuk islam sanggup belajar 'apa' saja asal akhirnya boleh nikah. Namun selepas kahwin, kehidupan 'lama' tetap diamalkan. Dan lebih malang, anak lahir dinamakan dengan nama yang takde bunyi islam langsung, dan disekolahkan di taska/tadika budha/kristian. Bayangkan bila nak makan, baca doa apa? Adakah warisan anak dan cucu begini yang akan mengurus jenazah kita kelak? Nauzubillah...

Ada juga bila ibu bapanya baik, dan telah memberikan 'bekalan' yang cukup buat anak- anak. Tapi persoalan, 'kenapa' anak jadi rosak dan pelbagai masalah lagi tetap menyelubungi mereka. Sedarlah wahai anak, syurga ditelapak kaki ibu. Buruk atau baik ibu bapa kita, tanpa mereka kita takkan wujud. Takde gunanya kita ada harta, kesenangan dan rupa paras menawan seandainya kita tidak mendapat keampunan dari mereka. Selagi mereka ada, sayangilah mereka. Jangan bila sekujur tubuh sudah kaku didepan kita, baru nak menangis dengan tuala tebal kat tangan. Untuk apa?






.

8 comments:

aamalinaazman said...

huuu
sy harap sy mampu jadi anak dan ibu yg baik
anak yg baik tulah yg matlamat utama :D

Joel Leslie said...

wowwww. nice entry :) pasti banyak soalan yg berlegar di fikiran pembaca :)

As Shaari said...

dah follow your blog!!!!

Yu. Syamz said...

Assalamualaikum..
peranan ibubapa amat penting dalam mencorakkan kehidupan anknya..

ziarah dan folo sini...TQ

^_^

syazwan tahir said...

ziarah dan follow sini..tq sebab sudi singgah kt enciksyazwanpunyablok.blogspot.com

kalau rajin singgah la lagi..ade entri baru :)

ERYZA said...

Dah jadi ibu ni baru ler tau perasaan ibu bapa kita

Done follow u. Tq follow me:)

Nana Dmnhuri said...

salam ziarah dan kenal...insyaallah semoga didikan yg baik akan menjadikan anak2 kita insan cemerlang,soleh dan berbakti pd org tua...

Anonymous said...

tp susah jugak lau dpt ibu yg tak syg ank dia...benci ank dia..bila ank dia berjaya tak pernah say congrets but she said im not proud of u even u are a doctor..so,kena terimala yg ibu kita sbnrnya tak suka kita tp igt even dia tak syg kita but ALLAH still there 4 us