Lulu Pages

Terkini dari alin

Friday, January 2, 2015

Tarikh paling istimewa buat alin dan encik suami


Salam pembaca..

Ini adalah entri pertama alin untuk tahun 2015 ni.. Jadi, rasanya belum terlambat lagi untuk ucap selamat tahun baru. Semoga tahun 2015 ni lebih baik dari tahun-tahun sebelumnya.. amin..Terutama tahun 2014 yang membawa pelbagai tragedi dan kisah sedih buat kita rakyat Malaysia.

Menjelang 5hb Januari tiap-tiap tahun, memang ianya merupakan tarikh yang paling istimewa bagi alin dan suami. Sebab pada tarikh inilah kami dinikahkan.. Alhamdulillah, tahun ni maka genaplah usia perkahwinan kami yang ke 13 tahun. Dan dalam tempoh itu,
ada banyak cabaran dan dugaan yang kami tempuh bersama. Dan itulah yang menjadikan kami matang dan kehadiran kami antara satu sama lain melengkapi kekurangan dan kelebihan masing-masing. Ya Allah, kekalkanlah kebahagiaan kami sehingga ke akhir hayat. amin..

Cerita mengenai 5hb ni, awal-awal lagi kami sudah duduk berbincang nak beli kek apa hehe.. Sebab lebih suka makan cheese kek, memang cheese kek adalah pilihan utama. Tapi untuk adik, dia memang lebih memilih coklat. Jadi, kalau nak dia makan kek tu, kenalah beli coklat juga. Kenalah pilih cheese choc :) . Kakak pun dah siap pesan: ma, nanti sambil makan kek boleh tengok cd mama sama abah kawin kan.. hehe tersengih saja alin dengar.

Cincin dalam gambar tu bukan cincin kawin. Itu satu-satunya cincin alin minta encik suami beli sepanjang kami kawin, tidak termasuk cincin kawin kan. Kurang gemar dengan emas, alin minta beli pun sebab tiba-tiba teringin nak yang ada batu permata kat atas. Sebab cincin kawin lebih simple, ala cincin kawin cina yang polos dan tebal. Beli cincin ni kawin dua tahun lepas, dan harganya dalam ratus juga.. Sebab emas mahal kan sekarang :(



*Buat encik suami, 

love you...
Bahagia hingga ke jannah.. :)