Lulu pages

Terkini dari alin

Monday, July 9, 2012

Restoran Anwar Seafood, Kampung Baru



Marilah kita sambung entri percutian.. [entri sebelum]

Setiap kali berkunjung ke Kuala Lumpur, destinasi makan memang tak pernah ditinggalkan. No wonder lah badan memang naik kalau ke mari. Walaupun letih berjalan, tempat makan tetap nombor satu kan. Bila dah berkali-kali ke sini, kebetulan dah ada blog, inilah kali pertama alin mengabadikan restoran kegemaran ini kedalam gambar.


Terletak di Kampung Baru, masakannya memang mebeles. Tak dinafikan.. Rasa sup dan dadihnya buat teringat-ingat walaupun dah kembali ke rumah.. Nak sangat resepi tu..sedap. Jika korang berada berhampiran, marilah mencuba masakan ala siam, yang pasti berbaloi untuk isi perut.


Kat sini, rasanya tidak keterlaluan kalau alin cakap masakannya tak kira menu, memang puas hati. Dan jika dibandingkan dengan restoran berhampiran kawasan ini, harganya memang boleh tahan. Sesuai dengan masakan.. tak mahal dan tak murah. Belum sampai KL lagi dah ber-iya dengan encik suami, malam pertama kat KL mesti makan kat restoran 'abang' Anwar. Wah, tak menahan, terus panggil abang anwar. Pakcik kot.. :p


Dan malangnya, dadih tu hanya sempat rasa malam pertama jer. Malam kedua, tak menyempat, dah habis. Dan tak silap, hujung minggu dia tutup. Tak puas makan kat situ.. Nanti ke KL tempat ni tetap menjadi keutamaan.. hehe...



@ Yer entri ringkas, namun tetap berkaitan dengan percutian pendek kami ;)






.

4 comments:

muhsin.aminudin said...

try plak roti tempayan kat kampung baru.

Ardini Humaira said...

nyum... dni gemar betul makan seafood :D

Boni JLL3 said...

huwarghh.. awak buat saya rasa lapar pepagi buta ni..hahhaa

Boni JLL3 said...

tak tau pulak pasal kedai makan ni kat kampung baru.. wah.. boleh terjah ni sekali sekala