Lulu pages

Terkini dari alin

Thursday, July 5, 2012

Tak sangka berita tu masuk dalam akhbar


Sejak bekerja dengan Kementerian Kesihatan, encik suami dah biasa tengok 'pesakit' yang berpenyakit. terutama penyakit yang berjangkit. Dan yang paling ngeri adalah ketika di unit CDC. Unit kawalan penyakit berjangkit. Itu masa baru kahwin hampir 11 tahun yang lalu. Kalau cerita pasal pesakit kena HIV atau Aids, itu dah biasa bagi alin. Sebab antara kerja yang mencabar adalah encik suami kena menyelia ketika memandikan mayat. Mayat yang menghidap HIV dan Aids, harus disempurnakan dengan cara yang betul bagi mengelakkan penyakit tu terjangkit.

alin memang bangga dengan encik suami. Dia memang seorang yang 'berani' dan kuat semangat. Kalau setakat penyakit yang dah teruk tu dia biasa tengok. Jangan cerita lagi mengenai mangsa kemalangan, tembak ataupun sebagainya. Kemalangan dengan mangsa sebelah kepala hancur? Dia dah pernah tengok... Malah dengan dekat lagi. Pesakit Aids, seorang pondan lengkap dengan 'badan' perempuan? Kaki tangan patah? pembedahan buang rahim? huh kalau disenaraikan satu persatu memanglah tersangat banyak. Selama 13 tahun bekerja dalam bidangnya, alhamdulillah encik suami memang terbaik bagi alin. ^__^ (bangga dengan suami sendiri..hehehe)

Kelmarin balik lunch, dia laju bercerita (biasalah tu apa pun kongsi dengan isteri kan... ^__*).. Ada kes di kecemasan (hospital) melibatkan seorang lelaki yang berniat membunuh diri dengan menuang minyak ke badannya lalu membakar diri sendiri. Parah sebab kejadian tu berlaku di stesen minyak shell. Nasib baiklah kan stesen minyak tu tak terbakar. Dia berjaya diselamatkan apabila bomba datang dan memecah masuk pintu tandas. (mengikut cerita suami). Setibanya di hospital, seorang staff kecemasan bergegas panggil encik suami, sebab encik suami kan 'suka' tengok..

menurut encik suami, lelaki tu terus dibogelkan. 'Kain' yang menutup katil tu pun tak sempat ditutup.. Malanglah kan pesakit yang kebetulan ada di area red zone tu. Terlihat pemandangan yang seramm...huhu..Kata encik suami, badan lelaki tu melecur teruk. lepas tu bahagian kaki dan badannya ada tompokan-tompokan merah melecur, disyaki akibat baju yang dipakai mangsa terbakar dan mengenai badannya. Nafas lelaki tu macam ayam yang kena sembelih tu. Semput-semput..

Hari ni bila tengok akhbar metro, sah cerita yang disampaikan oleh encik suami semalam dan masuk akhbar.. Rupanya meninggal dunia..

Sedihnya mati macam tu kan? alin pun tak pasti samaada si mati ni beragama islam ataupun tidak.. Namun begitu, untuk yang berniat melakukan hal yang sama, janganlah.. ada banyak lagi cara untuk kita menghargai hidup.




@ Arghh... entri edisi percutian ditangguh lagi..





.

7 comments:

AyueJean said...

mencabarnya kerja suami akak....
Tak semua orang mampu buat kan kak..
memang patut akak bangga....

Ishhhh, kenapalah ada yang suka ambil jalan singkat nak tamatkan riwayat hidup tu.......

♥ Wina ♥ said...

alahai..knp ye nak seksa diri sampai mcm tu?

ngerinye kalau kite tgk dengan mata kepala kite sendiri uhuhuhuuu

Ardini Humaira said...

ya Allah.. tragisnye... semoga kita dihindari daripada terjadi perkara cemtu, amin

Aniez_Najihah said...

adey.. tawau jgk la wt kesz cm nie..

Boni JLL3 said...

ish. kenapalah sampai nak kena bunuh diri kan?? segala msalah ada jalan penyelesaiannya..

anamizu kaito said...

ya allah mintak dijauhkanlah perkara camtu.. adik ana dulu pnh terbakar sbb masa tgk kwn dia main mercun, pelita minyak gas terbakar.. pastu kwn die tu sepak2 utk pdmkan la konon tp api terkena seluar adik ana.. abesla burn injured adik ana dr paras kaki smpai pinggan.. sipbaik pnjg umur lagi..





Luv,
cik ana

Zie Madini said...

Ya ampun....kesian kat mangsa :(