Lulu pages

Terkini dari alin

Thursday, October 26, 2017

Pertama kali bermalam di Kinabalu Pine Resort (KPR), Kundasang Ranau Sabah



Salam Pembaca.

Perjalanan balik kami adalah melalui jalan lama iaitu melalui Lahad Datu-Sandakan-Ranau-Kota Kinabalu. Walaupun sesungguhnya memang lebih jauh dari pada Jalan Kalabakan, tapi jalan disini jauh lebih baik, selamat dan menyenangkan. Jadi sejak beberapa hari berada di Tawau, alin dan encik suami buat keputusan untuk bermalam 1 malam di Kinabalu Pine Resort (KPR) selepas sekian lama alin dah buat perbandingan dengan banyak hotel, motel dan resort di sekitar Gunung Kinabalu ni. Pun dah tanya pengalaman kawan dan adik mengenai KPR ni, alhamdulillah semuanya indah. Dan sebenarnya alin memang dah lama simpan impian untuk bermalam disini namun belum punya kesempatan.


Subhanallah.. Pemandangan dari Kinabalu Pine Resort

Kami dapat bilik ni L4, memang recommended betul bilik ni. Boleh parking di situ dan terus melangkah masuk bilik

Kami bernasib baik dapat booking satu bilik untuk semalam (tempat ni memang jadi tumpuan, bilik selalu penuh), dan tempahan hanya dibuat melalui telefon disebabkan adik ada cakap melalui telefon ada special offer iaitu free 2x makan (buat masa tu).


Peta Kinabalu Pine Resort (KPR)

Dan disebabkan waktu tu adalah bulan ramadhan waktu makan ialah ketika berbuka puasa dan pukul 10 malam (sahur). Dan jangkaan kami sampai adalah tepat iaitu 1.30 tengah hari, dan terus boleh check-in. Yeay..

Tempat yang HARUS anda bergambar
Kat sini pun Hot Spot okey ๐Ÿ˜„๐Ÿ˜„

Subhanallah.. Memang tak tergambar dengan kata-kata dan serasa gambar-gambar yang diambil pun tidak mampu menggambarkan betapa indahnya keindahan semulajadi di situ. Dilengkapi pula oleh bilik dan persekitaran KPR yang menakjubkan.

Bilik - katil




Alin ada terbaca beberapa blog yang menceritakan pengalaman penulis di sini, juga gambar yang diambil sepanjang percutian mereka dan tidak sangka kami juga berpeluang merasainya sendiri.

Baca novel sambil santai tengok gunung ๐Ÿ˜‡


Apabila kami sampai di tempat ni, Gunung Kinabalu tu memang betul-betul kelihatan jelas terbentang tanpa ada sedikit pun kabus yang menyeliputi.. Subhanallah.

Pemandangan Gunung Kinabalu dari dalam bilik...  Masa ni cuaca mula berubah, ada hujan gerimis dan gunung mula diselaputi awan

Oleh kerana percutian ini tidak dirancang, kami memang tak ada bawa kamera DSLR dan baju sejuk. Masa tu cuaca memang baru lepas hujan, angin yang menghembus terasa sejuk sangat sampai menggigil-gigil hehe. Dari KPR dekat saja nak ke pekan Kundasang, Memorial dan Desa Dairy Farm. KPR ni memang kawasan yang strategik sangat untuk percutian indah di area Gunung Kinabalu ni. Dan makanannya memang sedap tak adalah mahal sangat pun.

Turun dari reseption

Kawasan restoran

Banyak menu yang ditawarkan

Awal-awal dah cerita dengan encik suami, awal pagi boleh nampak pendaki Gunung Kinabalu dari atas puncak Gunung tu, sebab masa jalan dengan arwah papa melalui jalan sepanjang Gunung Kinabalu tu dulu memang alin sendiri pernah nampak.

Beranda luar bilik, duduk sambil tengok gunung Kinabalu

Pemandangan dari depan pintu bilik


Dijangka sekitar sebelum matahari terbit sehinggalah terbit, yang akan membuatkan kita nampak mereka dengan jelas dari bawah. Tak sangka pula awal pagi encik suami dah duduk depan koridor bilik sambil bawa selimut tunggu sebab nak tengok hehe. Tapi katanya tak nampak pun. Kesian dia, berharap sangat.

Rabbit House ๐Ÿ˜๐Ÿ˜๐Ÿ˜

Ada children playground, kawasan untuk BBQ dan juga taman kecil untuk beriadah

Alhamdulillah, percutian yang sangat singkat namun meninggalkan kenangan yang sangat manis buat kami sekeluarga. Malahan handphone vivo baru alin ni memang betul-betul berjasa. Lawa sangat gambar-gambar yang diabadikan. Tersenyum sendiri melihat semua gambar yang diambil.. Sampai jumpa lagi Kinabalu Pine Resort.. Kami pasti akan datang lagi..








Bunga-bunga yang berada disekitar KPR



*Semua gambar di ambil dari Vivo V5





.


8 comments:

Juls Julie80 said...

subhanallah... cantiknyaa...ni salah satu tempat idaman nak pergi..tp x tau bile dpt pergi..tgh gigih penuhkan tabung cap ayam sbb plan nak bawak family next year..hihii

alin said...

semoga impian sis akan jadi kenyataan aamin.. :)

Jelita dan Awet Muda said...

Mesti sejuk sangat cuaca kan, bila lah nak sampai ke kundasang ni.

aryan azra said...

Cantik sangat..dah pernah sampai kundasang bulan januari hari tu, rasa macam nak pergi lagi nanti.

Singgah dan follow sini

Fendi Rocka said...

kalau gini, tak boleh tido tanpa baju sejuk / selimut 3 lapis

alin said...

Sis Jelita dan Awet Muda, memang sejuk sangat apatah lagi malam sampai tu hujan.. brrr hehe

alin said...

Yelah Fendi Rocka, pakai selimut pun rasa sejuk

alin said...

Sis aryan azra, jom repeat :)