Lulu Pages

Terkini dari alin

Tuesday, January 3, 2017

'The Great Wall' memang sebuah filem yang hebat dan mengagumkan


Salam pembaca..



Semalam (isnin) selepas mendaftar untuk sekolah adik (alhamdulillah adik duduk di kelas paling atas untuk tahun 2 ni. Semoga teruskan kecemerlangan adik ๐Ÿ˜™๐Ÿ˜™), selepas sarapan roti canai kat mamak, terus tak tahu nak buat apa. Nak balik rumah, bosan juga sebab masih cuti kan. Jadi terus online TGV tengok apa filem yang sedang ditayangkan di panggung wayang sekarang. Nampaklah filem The Great Wall sebelah atas sekali (filem baru), jadi bila tengok tiket pun ada serendah RM6, alin terus buat pembelian untuk jam 11.40 pagi.