Lulu pages

Terkini dari alin

Tuesday, January 3, 2017

'The Great Wall' memang sebuah filem yang hebat dan mengagumkan


Salam pembaca..



Semalam (isnin) selepas mendaftar untuk sekolah adik (alhamdulillah adik duduk di kelas paling atas untuk tahun 2 ni. Semoga teruskan kecemerlangan adik ๐Ÿ˜™๐Ÿ˜™), selepas sarapan roti canai kat mamak, terus tak tahu nak buat apa. Nak balik rumah, bosan juga sebab masih cuti kan. Jadi terus online TGV tengok apa filem yang sedang ditayangkan di panggung wayang sekarang. Nampaklah filem The Great Wall sebelah atas sekali (filem baru), jadi bila tengok tiket pun ada serendah RM6, alin terus buat pembelian untuk jam 11.40 pagi.




Agak ramai juga orang ketika kami tiba di VivaCity Megamall. Agaknya mereka juga tidak melepaskan peluang untuk berjalan-jalan di hari terakhir cuti sebelum kembali ke rutin, sekolah hehe.. Pada mulanya, memang risau juga adik dan kakak akan bosan tengok filem ni, sebab kebiasaannya mereka memang lebih minat filem animasi kan. Tapi menakjubkan, filem ni memang best sangat, tak rugi nonton dan rasanya nanti nak nonton lagi. Sepanjang tayangan filem tu, alin balik-balik intai reaksi adik dan kakak, alhamdulillah mereka pun enjoy๐Ÿ˜†๐Ÿ˜†๐Ÿ˜†



Korang dah nonton? Filem ni memang recommended tau, lagipun sesuai saja bawa anak-anak.. Pasti tak mengecewakan..



.

2 comments:

Juls Julie80 said...

salam sis..

teringin jgk nak tgk cite ni tp masa thn baru aritu semuanya penuh (IOI City Mall & Alamanda)

last2 gi sana utk makan jer pastu balik... x sambut pun thn baru..dok umah jer layan tv..ekekek

alin said...

sis, suatu hari nanti pastikan tengok tau.. Cerita ni best sangat