Lulu pages

Terkini dari alin

Friday, March 17, 2017

LAZADA BIRTHDAY BLOGGER CONTEST



Lazada ada mengadakan “LAZADA BIRTHDAY BLOGGER CONTEST” sempena Lazada Birthday Sale pada 22 – 24 March 2017 ini. Dan sebagai pelanggan yang sering kali membeli belah dengan Lazada ni, (setiap bulan ada saja barang dari Lazada sampai ke rumah hehe) sudah tentu alin tidak akan ketinggalan turut serta menyertai contest ni.  Semoga adalah rezeki alin untuk menang salah satu hadiah yang ditawarkan.. Insha Allah..

A. Apa yang anda suka tentang Lazada Malaysia? 

Alin memang selesa sangat berbelanja di Lazada ni. Macam-macam barang yang ada dijual dengan harga yang kadang-kadang tu serius tak percaya.. Alamak murahnya. Lagipun Lazada ni selalu sangat buat sales. Barang yang Lazada jual ni juga selalu ada free postage, memang berbaloi lah kan, dari rumah atau melalui telefon bimbit ataupun di mana sahaja kita boleh membeli belah dan lepas tu hanya tunggu di pintu rumah, barang akan sampai dengan selamat.



B. Tiga produk pilihan utama dari Lazada Malaysia (Produk Kegemaran)

1. Tefal Splendid Wok With Lid 30cm 



Alin memang minat sangat produk Tefal ni. Lama sudah mengidam nak ada beberapa koleksi dari produk ni. Hobi alin yang gemar memasak ni rasanya akan lebih lengkap dengan adanya kuali non-stick ni. Dan alhamdulillah, tahun lepas Lazada ada buat offer yang sangat-sangat luar biasa, alin dapat miliki Tefal pertama macam dalam gambar ni dengan harga hanya RM90 dan free postage tau ๐Ÿ˜Š๐Ÿ˜Š๐Ÿ˜Š Murah sangat-sangat, sebab alin dah servay kedai-kedai lain memang takkan dapat harga macam ni tau. Semoga koleksi alin akan bertambah lagi suatu hari nanti... yang pasti tunggu offer di Lazada juga..


2. DS6153 BOOK SHELF


Koleksi buku dan novel memang dah banyak sangat, sehinggakan rak buku yang ada sudah penuh dan terpaksa simpan, buku dan novel yang tak muat terpaksa letak kat atas lantai saja. Untuk rak buku memang dalam proses memilih dan sedang menimbangkan harga yang mampu milik sekarang ni disebabkan kebanyakannya dikenakan caj penghantaran. Tapi berita baiknya, ada banyak pilihan rak buku, dari yang besar sehinggalah kecil. Ada yang style comel dengan warna pink, dan ada juga yang standad saja macam dalam gambar.


3. Aidijuma Bawal Gold Print-Maple Leaves-Orchid Ice   


Hah alin memang minat sangat dengan tudung aidijuma ni. Tapi adakalanya ketika keluar design baru, tak menyempat ke kedai dah sold out. Taulah tudung terlaris kan. Jadi nasib baik ada pilihan beli kat Lazada. Lega.. Tak payah keluar rumah, beli saja nanti posmen hantar hehe. Dah beberapa kali juga alin beli tudung aidijuma kat Lazada, ada selalunya dapat percuma penghantaran juga tau.. Berbaloi sangat..


C. Apa pendapat anda supaya Lazada Malaysia dapat meningkatkan lagi perkhidmatannya? 

Alin suka Lazada jual barang dengan percuma penghantaran. Disamping itu juga diharapkan penghantaran barang dari luar negara dapat dipercepatkan. Yang lain dah okey sangat, alin memang puas hati ๐Ÿ˜€

D. Apakah ucapan selamat hari lahir anda untuk Lazada Malaysia? 

Selamat hari lahir Lazada Malaysia yang ke 5. Semoga terus sukses dan akan sering berupaya beri diskaun yang sangat hebat buat pelanggan. ๐Ÿ‘๐Ÿ‘๐Ÿ‘


Inilah senarai hadiah-hadiah yang ditawarkan oleh Lazada Malaysia untuk Lazada Birthday Blogger Contest ni. Memang sangat lumayan.

Kurang 50 Peserta (10 Pemenang) 

1st Prize: 1 x RM300 
2nd Prize: 3 x RM200
3rd Prize: 6 x RM100 

Lebih dari 50 dan Kurang dari 100 Peserta (20 Pemenang)

1st Prize: 1 x RM500 
2nd Prize: 7 x RM250 
3rd Prize: 12 x RM125 

Lebih dari 100 Peserta (30 Pemenang) 

1st Prize : 1 x RM800 
2nd Prize : 12 x RM300 
3rd Prize :17 x RM150 



Kepada anda yang juga berminat nak join contest Lazada ni bolehlah ke pautan ini “LAZADA BIRTHDAY BLOGGER CONTEST” . Masih ada masa lagi untuk kita sama-sama berpeluang memenangi hadiah lumayan yang ditawarkan dan boleh membeli belah kat Lazada tu ๐Ÿ˜„. Untuk info tarikh penyertaan adalah 1 – 23 Mac 2017 jam 11.59pm. Jangan lupa juga Lazada ada diskaun istimewa sehingga 90% pada 22-24 Mac 2017 ini..




.

4 comments:

Juls Julie80 said...

menarik nih..hrp berpeluang nak join..hehehe

bab periuk tefal tu mmg dah lama jadi idaman..tp dok bercinta nak beli..ekekek

Mashitah Mamat said...

Good luck Alin..

alin said...

kan sis Juls Julie80.. Tapi bila dah beli memang berbaloi, tahan lasak :)

alin said...

tenkiu sis Mashitah Mamat ;)