Lulu pages

Terkini dari alin

Friday, March 24, 2017

Blog dah jadi lain sebab teruja sangat nak guna template terbaru Blogger hehe



Hai pembaca..

Disebabkan rasa teruja sangat dengan template yang ditawarkan oleh blogger, alin terpaksa habiskan masa berjam-jam untuk setting kan balik blog..Huhu, sudah jadi satu kerja pula, tapi alhamdulillah alin suka dengan perubahan terkini ni, sebab blog ni nampak lebih fresh, terus berkobar-kobar perasaan nak update blog.. Benarlah setiap yang berlaku tu ada hikmah di sebaliknya kan. Ada banyak benda sepatutnya di share dalam blog ni, tapi terperuk saja macam tu, sampai isu-isu tu terus jadi macam basi dan tak sesuai lagi untuk di jadikan entri blog.. 😢😢😢 Tapi alin akan cuba juga buat entri untuk mana-mana isu yang boleh dijadikan panduan atau ikhtibar buat pembaca. Insha Allah..



Template baru tu bukannya tak cantik, cuma tak sesuai agaknya dengan citarasa alin. Lepas tu yang sebelah tepi tu semua hilang dan blog hanya akan menampakkan entri semata-mata dengan tulisan yang sangat besar gedabak, pergh berpinar alin nampak blog dah jadi macam tu kihkih. Tapi sejujurnya, muka baru blog ni, yang alin set kan sendiri nampak agak kelam kabut dengan tulisan ataupun header yang tak center. Lantaklah, akhirnya nanti alin akan cari cara nak setting kan agar semua nampak cun huhu.


Jadi, alin kena tunggu blogger buat template lain lah lepas ni, mana tau akan ada yang sesuai dengan citarasa alin kan. Nak yang simple dan tak serabut mata tengok, jadi bila pembaca buka, senang saja nak loading. Macam mana dengan korang? Ada cuba tak template terbaru dari blogger? Sesuai tak dengan citarasa korang?




.

4 comments:

Lisa Nurulain said...

lawa jugak template baru ni kan

alin said...

Alhamdulillah, sedap mata memandang Lisa hehe

Mrs. A said...

Tak berani nak cuba takut kalau tak suka dah tak dapat kembali kepada asal ngeh!ngeh!ngeh!

alin said...

Mrs. A, boleh jer SAVE dulu sebelum ubah apa-apa :)