Lulu pages

Terkini dari alin

Wednesday, March 22, 2017

Bungkusan dari Karangkraf yang dinanti..


Salam pembaca..

Bungkusan yang satu ni memang dinanti-nantikan sangat. Tak sabar.. Sebab dalam penghantaran pun ada masalah sampaikan dekat 3 minggu baru lah kotak ni selamat sampai.. Huh, alhamdulillah akhirnya selesai juga. Dan cabaran juga nak bawa kotak besar ni naik ke rumah, sebab rumah berada di tingkat 3, berpeluh angkat kebetulan encik suami tak ada, outstation. Hah, gila sangat kan nak beli novel murah. Siapa suruh Karangkraf Mall selalu buat offer hehe..



Buka saja kotak besar ni, senyum pun lebar sebab tercium bau buku baru, harum sangat haha.. Terus susun satu-satu sampai tinggi adalah dalam 36 buah ๐Ÿ˜Š๐Ÿ˜Š๐Ÿ˜Š memang dalam 2-3 bulan lah tak beli novel lepas ni. Kena gigih habiskanlah baru beli lagi, untuk menggelakkan beli novel tak jadi lambakan sampai tidak di baca. Huh sebab alin selalu dengar orang cakap macam tu, beli-beli terutama bila orang cakap best sampai tak sedar jadi lambakan tak terbaca. Membazir lah kan.

Sebahagian dari novel yang sampai

Dari sehari-ke sehari novel ni semakin susut dan terkini hanya lebih kurang 7 novel saja lagi yang belum alin baca. Memang alin sudah mula meninjau-ninjau dalam laman karangkraf mall dan MPH ๐Ÿ˜€๐Ÿ˜€, sebab selalunya hujung-hujung bulan memang ada saja offer menarik dari mereka. Kebetulan masa cuti sekolah ni, ada juga POPULAR buat promosi kat shopping mall berhampiran dengan diskaun 25% novel terpilih. Wow.. Macam mana pula dengan hobi dan kegemaran korang? Ada tak yang punya minat yang sama dengan alin??





.

2 comments:

Juls Julie80 said...

suka jugak baca novel tp lmbt nak abisnya..hahah..adwe lg yg x bukak plastiknyer kat rumah tu..ekekeke

alin said...

sayangnya sis hehe.. alin ni dah tak sabar abiskan sebab nak beli lagi yg baru