Lulu Pages

Terkini dari alin

Saturday, December 1, 2018

Pengalaman bercuti di Retreat Lundu.. Oh my tak sangka ada tempat begini lawa di Lundu, Sarawak




Hai semua... Assalammualaikum..

Baru-baru ni kami sekeluarga berpeluang bercuti selama 3 hari 2 malam di Retreat Lundu ataupun lebih dikenali sebagai Union Yes Retreat & Training Centre. Terletak di Siar Beach Lundu, tempat ni memang sangat-sangat cantik. Dari pengalaman alin, sebelum ni pernah bermalam di Damai Beach Resort, Damai Santubong Resort dan Sematan Beach Resort.. Tak sangka ada tempat yang begini lawa di Lundu. Sebelum ni pernah juga sampai Lundu [ Pertama kali sampai ke Lundu, Sarawak.. Apa yang best? (Entri bergambar)], baru tahu ada tempat yang sebegini cantik di area Lundu ni.

Wednesday, November 21, 2018

Lazada 11.11 Blogger Contest: Unboxing Time!




Salam pembaca..

Lazada kembali dengan contest mudah buat blogger selepas Lazada Biggest 1 Day Sale, 11.11 Shopping Festival iaitu pada 11.11.2018 yang lalu. Memang nampak sangat ada banyak tawaran yang betul-betul murah dan berbaloi untuk pelanggan memiliki barang-barang idaman. Dan tidak terkecuali juga alin hehe. Alhamdulllah, walaupun kewangan tidak mengizinkan, alin berjaya juga beli sesuatu yang dah lama sangat alin nak. 

Saturday, November 10, 2018

Lazada 11.11 Blogger Contest: The Biggest One Day Sale!

Salam Pembaca..

https://www.lazada.com.my/11-11/?hybrid=1

Tak terasa dah nak sampai ke penghujung tahun. Dan sekali lagi Lazada menganjurkan Lazada 11.11 Blogger Contest: The Biggest One Day Sale! sempena  Lazada 11.11: The Biggest One Day Sale khas buat blogger yang seperti biasa menawarkan hadiah yang sangat-sangat lumayan. Setakat ni memang tak pernah menang lagi walaupun alin dah join banyak kali. Gigih buat entri pos semata-mata untuk join blogger contest oleh Lazada ni. Apa yang penting, selalu berfikiran positif, siapa tahu akhirnya akan ada peluang merasa juga jadi pemenang, ye tak??


3 produk yang bakal alin beli sepanjang during Lazada 11.11 Shopping Festival adalah.....(tapi sebenarnya ada banyak lain barang tengah intai-intai ni hehe..)

Wednesday, September 26, 2018

Lazada Shopathon Blogger Contest


https://www.lazada.com.my/super-shopathon-sale/

Hi semua...

Sekali lagi alin dapat jemputan melalui email dari Lazada untuk menyertai contest menarik ni. Setakat ni dah 3x join tapi tak ada rezeki lagi untuk menang. Dan, memang berharap kali ini, akan membawa tuah pada alin, hehe teringin juga nak rasa jadi pemenang. Aamin.. Lazada Shopathon Sale ini akan dibuat pada 27 September 2018. 1 hari sahaja. Jadi jangan terlepas peluang untuk menikmati diskaun sehingga 90% dari pelbagai jenama. Masa inilah kalau nak beli barang, memang berbaloi sebab dapat diskaun yang susah nak dapat kat kedai kan.. Jadi, apa sebenarnya jenama utama yang menjadi pilihan alin? Jom tengok..

Monday, April 16, 2018

Vivacity Megamall Charity Run 2018 (Kuching, Sarawak)


Salam pembaca..

Minggu lepas alin sekeluarga ada join run yang dianjurkan oleh Vivacity Megamall Kuching. Ini adalah run pertama yang dianjurkan oleh Vivacity Megamall ni. Dengan harga RM35 untuk 3km (santai saja jalan dengan keluarga), baju dah lah lawa, medal pun sangat simbolik dengan paparan bangunan shopping mall ni. Memang betul-betul tak rugi join. Syabas Vivacity Megamall Kuching, walaupun pertama kali anjurkan run charity ni, tak adalah nampak ada masalah pun.

Wednesday, February 28, 2018

Review ParkCity Everly Hotel Bintulu, Sarawak



Salam pembaca..

Ini kunjungan kami kali kedua. Buat pertama kali boleh tengok kat sini Hotel di Bintulu, Sarawak dan masa tu adalah kali pertama menjejakkan kaki dari Tawau ke Kuching, kira perjalanan pertama kali ketika berhijrah dari bumi Sabah ke bumi Sarawak. Dan sememangnya alin dan keluarga sangat-sangat teruja dengan kunjungan ini, disebabkan pada pertama kali dulu, kami tiba lewat sangat dihotel ini, masa tu dah mulai gelap dan kerana terlalu penat, kami rehat awal dan tak ada masa pun nak round disekitar hotel ni atau menikmati sepenuhnya keselesaan hotel ini. Dan alhamdulillah, untuk kali ini kami akan tiba awal dihotel ini dan yeay dapatlah buat full review mengenai hotel hebat ni ๐Ÿ˜‰๐Ÿ˜‰๐Ÿ˜‰

Tuesday, February 6, 2018

Karyaseni dan Penulisan2U datang lagi ke Kuching, Sarawak




Salam pembaca..

Baru saja beberapa bulan pihak penerbit Karyaseni dan Penulisan2U datang ke mari, Hasil pembelian novel di PESTA BUKU BORNEO, PLAZA MERDEKA SARAWAK kini sekali lagi mereka datang dan buat promosi yang sangat-sangat hebat dan rugi jika dilepaskan bagi pencinta novel seperti alin. Sebelum ni dibuat di Plaza Merdeka, dan kali ini pula ianya akan dibuat di Riverside Shopping Complex, Kuching yang mana lokasi tempat ini adalah berhadapan dengan Waterfront Kuching (Sungai Sarawak). Promosi yang sama dan kali ini turut dibawa novel-novel baru yang baru saja release di pasaran. Wah..

Tuesday, January 16, 2018

Pertama kali 'run' waktu malam..


Salam pembaca..

Baru-baru ni alin dan keluarga menyertai satu larian 'fun run' iaitu STAR GATE The Power Of Love 5.0 yang dianjurkan oleh The Loving Society Kuching. Bayar hanyalah RM38 (early bird) untuk 5KM dimana setiap pelari akan dapat baju, bib, medal dan 1 past event medal selagi stok masih ada. Ya, murah saja nak join, register alin dan suami baru RM74 dah tu extra medal lama, boleh tambah koleksi hehe. Bajunya pun lawa ๐Ÿ˜Š๐Ÿ˜Š๐Ÿ˜Š Larian ini dilepaskan di Kuching Waterfront, 6.45 petang pada 6 januari yang lalu. Kami datang seawal jam 5 petang dan nampak dah ada ramai orang yang pakai baju yang sama..

Wednesday, January 3, 2018

Menjelang tahun baru maka genaplah tahun ke-4 berada dibumi Kuching, Sarawak



Salam pembaca..

Selamat tahun baru 2018. Alhamdulillah masih diberi peluang untuk bernafas dan menjalani hidup-hidup seterusnya. Dan menjelang 12 tengah malam, bila terlihat bunga api (dari tingkap rumah boleh nampak hampir keseluruhan kawasan Kuching yang bermandikan bunga api setiap kali tahun baru, tahun baru cina dan perayaan-perayaan lain), alin teringat 4 tahun yang lalu ketika pertama kali melihat puluhan mungkin ratusan bunga api setiap kali perayaan disambut. Dan sebenarnya, walaupun encik suami merupakan tahun ke lima berada disini, jelas terasa kami dah lama berada di Kuching, dan mulai rasa sayang dengan bandaraya ini. Kalau balik cuti ke Sabah, mesti nak pulang cepat-cepat sebab rindu 'rumah' di Kuching, rindu bahasa dan makanan-makanannya yang sedap hehe..