Lulu Pages

Terkini dari alin

Monday, April 16, 2018

Vivacity Megamall Charity Run 2018 (Kuching, Sarawak)


Salam pembaca..

Minggu lepas alin sekeluarga ada join run yang dianjurkan oleh Vivacity Megamall Kuching. Ini adalah run pertama yang dianjurkan oleh Vivacity Megamall ni. Dengan harga RM35 untuk 3km (santai saja jalan dengan keluarga), baju dah lah lawa, medal pun sangat simbolik dengan paparan bangunan shopping mall ni. Memang betul-betul tak rugi join. Syabas Vivacity Megamall Kuching, walaupun pertama kali anjurkan run charity ni, tak adalah nampak ada masalah pun.





Lain kali kalau ada lagi, memang nak join. Run yang bermula 6pm ini dimulakan dengan sedikit acara pembukaan dan juga sesi warm up. Kawasan larian pun agak selamat disebabkan dikawal oleh petugas-petugas yang ditempatkan di banyak kawasan.


Fuh, lepas ni ada banyak lagi run Di Kuching ni. Tapi alin dan keluarga agak memilih juga disebabkan takut berlanggar dengan aktiviti anak-anak di sekolah ataupun masa tuisyen kakak menjelang PT3 tahun ni.



Lagi pun bulan depan dah masuk bulan ramadhan. Tapi sebelum tu hari mengundi pun akan tiba. Ada rezeki baliklah Tawau untuk mengundi.. #pulangmengundi #undirabu aamin..



*Selamat mengundi rakyat Malaysia. Masa untuk menunaikan hak kita demi Malaysia..





.

1 comment:

msredcheesecake said...

beatnya join aktiviti camni dgn keluarga. murah dan dapat berchariti..