Lulu Pages

Terkini dari alin

Tuesday, February 6, 2018

Karyaseni dan Penulisan2U datang lagi ke Kuching, Sarawak




Salam pembaca..

Baru saja beberapa bulan pihak penerbit Karyaseni dan Penulisan2U datang ke mari, Hasil pembelian novel di PESTA BUKU BORNEO, PLAZA MERDEKA SARAWAK kini sekali lagi mereka datang dan buat promosi yang sangat-sangat hebat dan rugi jika dilepaskan bagi pencinta novel seperti alin. Sebelum ni dibuat di Plaza Merdeka, dan kali ini pula ianya akan dibuat di Riverside Shopping Complex, Kuching yang mana lokasi tempat ini adalah berhadapan dengan Waterfront Kuching (Sungai Sarawak). Promosi yang sama dan kali ini turut dibawa novel-novel baru yang baru saja release di pasaran. Wah..




Bajet adalah seperti sebelum ni, iaitu RM200. Malangnya kad tak boleh pakai, hanya duit tunai. Masa tu, alin tak bawa banyak sangat duit tunai, jadi hanya berjaya habiskan RM1++. dan berjaya beli 10 buah novel lama (free 1 novel) yang memang sangat-sangat murah (sengaja beli yang banyak diskaun dan mencukupkan koleksi yang tak lengkap). Alin tak beli novel baru sebab nampak diskaun hanya 19% rasanya sikit sangat, berbanding boleh beli disini saja (popular) boleh dapat sehingga 20%-25% lebih murah dari ini.


Terkilan juga sebab masa datang, penulis yang sangat alin minat iaitu Syamnuriezmil baru saja keluar dan akan kembali beberapa jam kemudian. Haih memang tak ada rezeki nak jumpa dia ๐Ÿ˜”๐Ÿ˜”๐Ÿ˜”๐Ÿ˜”๐Ÿ˜”

Novel yang dibeli


Alhamdulillah, syukur pihak Karyaseni dan Penulisan2U sudi berkunjung lagi ke sini. Alin nampak ramai sangat orang datang dan beli novel. Memang berjaya dapat sambutan yang menggalakkan.

Antara harga promosi yang sangat-sangat murah

Hehe selepas kali kedua ni borong novel dari penerbit ni, alin sekarang berusaha dapatkan senarai penuh novel lama dan baru mereka untuk memastikan tidak terbeli novel yang sama, juga bagi memastikan alin tak tertinggal beli setiap novel keluaran mereka ๐Ÿ˜€๐Ÿ˜€






.

No comments: