Lulu pages

Terkini dari alin

Thursday, May 10, 2012

Benarlah kata orang, cinta tu boleh buat orang berubah..


Dalam keluarga, memang amalan makan sayur, pelbagai jenis sayur tu dah biasa. Ada masanya, makan sayur sebagai lauk dengan nasi pun dah kira menyelerakan. Dan itu membuatkan, bila makan takde sayur, rasa sangat-sangat kekurangan.

Tapi mengenali encik suami pada mulanya.
Serba serbi tak makan. Masa tu asyik makan telur, ayam dan hotdog. Sedih tengok..
Wuwu, dan rasanya bertahun juga lepas kahwin, alin dah mula ikut langkahnya. Susahlah nak ada sayur kat rumah. Sedangkan kat sini ni sayur melambak dijual kat mana-mana pun. senang jer beli. Kalau beli sayur kangkung contohnya seikat, boleh masak sampai 2-3 kali. Tengoklah berapa orang makan kan.

Dan tanpa disedari setelah 10 tahun kahwin, 'campak' jer sayur apa pun..
Encik suami tetap akan makan. Boleh tahan. Siap boleh cakap lagi, kalau takde sayur, tak sedap!! hehe..

Itu encik suami.. Bagi alin pula, dulu sebelum kahwin tak makan udang sotong.. sekarang dah makan. Cuma memang ada beberapa menu tak makan lagi, hoho, mungkin akan berubah juga suatu hari nanti.. siapa tahu kan.

Benarlah kata orang, cinta itu buat orang berubah. Saling melengkapi dan memperbaiki segala kekurangan adalah adat resam pasangan suami isteri. Mungkin bukan ini sahaja, ada banyak lagi.. Tapi kadang-kala perubahan yang 'kecil' ini merubah keseluruhan hidup kita..




@ encik suami selalu nak ikut beli sayur, atau pergi pasar. Bawa sekali kakak dan adik.. Seronok katanya..






.


9 comments:

YanaMIB said...

wahh lps 10 thn kawen br dia nk mkn sayur eh? skrg sy br 1 thn kawen..haha lamanya nk tggu encek somi mkn sayur! hekhek asben ai sama mcm akak lah..mkn mende2 xsehat je =.=

Spudin said...

yes..betul tuh :D

Gen2Merah said...

setujuuuuu... cinta telah merubah seseorang untuk saling lengkap melengkapi sesama.... indahnya aturan hidup yang ditentukan oleh Allah swt kan

tiga minit said...

betul..kira mcm semangtala..dulu x mkn tom yam sekrng suka..tq 2 my wife

alin said...

YanaMIB, takdelah sampai 10 tahun.. Dalam tempoh 10 tahun tu beransur-ansurlah mula makan sayur.. skrg dah kira pemakan sayur.. :)

alin said...

tiga minit, itulah kuasa cinta..hehe

Udinz.com said...

haha..makan sayur..
saya sampai besar tak suka mana makan sayur ni..sebab tu la pertumbuhan terbantut!pendek!hehe

aizamia3 said...

en. suami ai pulak hanya sayur tertentu je dia makan tapi kira oklah dari tak makan langsung.. anak2 pun sama macam tu.. ai je yang terpaksa ikut selera dorang..

9n0L4 said...

sweet je. ;)