Lulu Pages

Terkini dari alin

Tuesday, January 16, 2018

Pertama kali 'run' waktu malam..


Salam pembaca..

Baru-baru ni alin dan keluarga menyertai satu larian 'fun run' iaitu STAR GATE The Power Of Love 5.0 yang dianjurkan oleh The Loving Society Kuching. Bayar hanyalah RM38 (early bird) untuk 5KM dimana setiap pelari akan dapat baju, bib, medal dan 1 past event medal selagi stok masih ada. Ya, murah saja nak join, register alin dan suami baru RM74 dah tu extra medal lama, boleh tambah koleksi hehe. Bajunya pun lawa ๐Ÿ˜Š๐Ÿ˜Š๐Ÿ˜Š Larian ini dilepaskan di Kuching Waterfront, 6.45 petang pada 6 januari yang lalu. Kami datang seawal jam 5 petang dan nampak dah ada ramai orang yang pakai baju yang sama..


Past event medal dapat free saja





Sambil menunggu larian bermula, lepak di area Kuching Waterfront dengan pemandangan melihat Jambatan Darul Hana dan bangunan DUN yang terbentang indah di hadapan Sungai Sarawak. Apabila hari mulai gelap lampu-lampu yang bertukar warna mula menghiasi jambatan ini. Wah cantiknya.. Sesuai benar penganjur buat larian kat area ni. Sebab selama tinggal di Kuching ni, tak pernah lagi kami datang dan duduk di Kuching Waterfront sambil melihat suasana di sini. Subhanallah..




Larian bermula tepat pada masa yang ditetapkan pihak penganjur dan bermulalah larian yang agak mencabar. Fuh, pertama kali lari malam, pertama kali lari larian yang berbayar dan pertama kali lari sejauh 5km.. Sebelum ni satu-satunya hanyalah Larian Bendera Negaraku itupun sejauh 3km dan dibuat pada waktu pagi. Ada antara jalan tu 'tutup' sekejap saja.. Anggota rela tu dah tiup wisel suruh cepat lari sebab jalan yang ditutup mengakibatkan jalanraya sesak. Ada jalan pula gelap dan melalui kawasan pokok dan sunyi. Dan ada juga kawasan berbukit hehe naik lelah juga. Dan ada tu terpaksa jalan saja sebab boleh jalan hanya diatas bahu jalan (jalanraya ada kereta).


Apa pun, larian berjaya kami tamatkan tapi malangnya, bila sampai, medal habis dan terpaksa jeling saja peserta yang terima medal hehe. Walaubagaimanapun penganjur jamin medal akan sampai dalam masa beberapa hari kemudian, dan bolehlah collect kat pejabat mereka. Alhamdulillah berjaya sampai ke garisan penamat, dan sebagai 'hadiah' sakit lutut/kaki beberapa hari.. fuhhh... Tapi tak serik, hujung bulan ni ada larian lagi ๐Ÿ˜‹๐Ÿ˜‹๐Ÿ˜‹




*medal dah dapat


.


1 comment:

Anonymous said...

Thanks for sharing your info. I really appreciate
your efforts and I am waiting for your further write ups thanks once again.