Lulu Pages

Terkini dari alin

Monday, October 16, 2017

Hasil pembelian novel di PESTA BUKU BORNEO, PLAZA MERDEKA SARAWAK


Salam pembaca..

Sejak beberapa minggu bila alin sudah nampak pihak Karyaseni dan Penulisan2U akan datang ke Kuching, betul rasa tak sabar. Sudah lah alin memang minat dan banyak koleksi novel dari dua publisher ni, kedatangan mereka ni memang macam hadiah yang sangat istimewa ๐Ÿ˜„๐Ÿ˜„๐Ÿ˜„ Untuk pengetahuan, bersama Pesta Buku Borneo yang bertempat di Plaza Merdeka Kuching ini, ada banyak lagi aktiviti yang diadakan sepanjang 11-15 oktober 2017. Cuma alin memang tak nampak dah aktiviti lain tu, betul-betul tengok novel-novel dari publisher ni saja hehe..




Pihak Karyaseni dan Penulisan2U bawa banyak novel lama dan juga baru terkini dengan promosi yang sangat-sangat hebat dan sukar nak dilepaskan. Disebabkan oleh promo #mycybersale yang sedang berlangsung juga ketika itu, alin dah habiskan RM1++ kat karangkraf Mall (dapat 20 novel ๐Ÿ˜…๐Ÿ˜…๐Ÿ˜…) jadi untuk berbelanja kali ni, memang kena bajet. Fikir punya fikir, alin ambil banyak novel lama, yang tak ada dan belum baca lagi disebabkan harga promonya yang sangat hebat, serendah RM7 huhu.



Hebatnya.. Dapatlah 17 novel dan habis sejumlah RM203. Untuk percuma, alin dapat 2 beg pink tu, sebuah novel free dan sehelai tudung berwarna pink belacan jenama The Mikayla, lawa ๐Ÿ˜. Berbaloi sangat, pilih-pilih saja terus bayar dan bawa balik. Selalunya beli online dan kena tunggu lama juga dari poslaju. Fuhh beli dengan karangkraf mall ni pun dah masuk seminggu tak sampai lagi ๐Ÿ˜“.. Siyes alin tak sabarr... Bau novel baru memang the beshhhhhh hehe

Puas hati ๐Ÿ˜

Terima kasih buat pihak Karangkraf dan Penulisan2U sebab sudi datang bawa banyak novel kat Kuching ni. Dan alin betul-betul tak sangka sambutan sangat luar biasa. Sibuk staff mereka susun balik novel sebab rak buku tu sekejap saja dah kosong ๐Ÿ˜๐Ÿ˜๐Ÿ˜. Dan semoga pihak publisher lain juga terbuka hati datang ke Kuching ni..




.

4 comments:

mrhanafi dot com said...

Alhamdulillah...

Peminat buku.

Bagus untuk meningkat skill penulisan

Juls Julie80 said...

wahh bestnyerrr.. kenyang laa pasni..x makan pun xpe janji novel abis..ehehe

alin said...

Mr Hanafi dot com, alhamdulillah :)

alin said...

:Sis juls Julie80, betul, senang hati dapat beli banyak :)