Lulu pages

Terkini dari alin

Tuesday, September 19, 2017

Keadaan jalan lama Tawau-Sandakan-Ranau jauh lebih baik dari Jalan Kalabakan






Assalammualaikum.. Hai pembaca..

Pengalaman sebelum ni berkali-kali menggunakan jalan lama [Terkejut tengok keadaan terkini Jalan Kalabakan (gambar)] rasanya dah buat kami sekeluarga serik sangat-sangat . Jadi untuk perjalanan balik kali ni, kami tanpa banyak fikir, memilih jalan lama untuk balik dari Tawau. Bertolak 6 pagi dari rumah (rumah sendiri di Tawau) dan sempat singgah rumah mami  sebab mami dah masak untuk bekalan dalam perjalanan. hehe haruslah kami singgah, sebab sebenarnya masa tu mami dah pesan bersahur dirumah mami, tapi kami malas jalan terlalu awal, jadinya makanan tu buat buka puasa/sungkai saja di Ranau nanti.


Terbentang Gua Madai, Kunak

 Alhamdulillah, seperti yang dijangka, jalan lama ni lebih baik dari jalan Kalabakan. Kebetulan hari tu, kereta pun tak banyak sangat di jalan raya, membuatkan perjalanan kami lancar sangat. Sejak bertahun tak guna jalan ni, kami kagum dan rasa sangat selamat.


Berhenti di check point Sandakan untuk isi minyak, masa ni hujan sudah mula turun renyai-renyai. Risau juga takut sampai Ranau nanti, Gunung Kinabalu tak nampak sebab kabus kan. Tapi yang penting kami sampai dengan selamat.


Ada rasa pelik ketika melihat si Gunung Kinabalu. Genap 5hb jun (hari lahir alin) kami kembali menyaksikan keindahan gunung ini, dan genap jugalah 2 tahun peristiwa gempa bumi yang berlaku.. Sedih sebab tengok gunung tu betul-betul nampak kesan gempa bumi tu. Sebelumnya kita boleh lihat kehijauan (pokok) tapi sekarang rata-rata nampak batu saja.  Alhamdulillah, masih berpeluang menyaksikan kejaiban Allah ini. Kami sampai di Kinabalu Park Resort (KPR) tepat 1.30 tengah hari dan terus boleh check-in.


Dari hotel yang indah ini, terbentang sejelas-jelasnya Gunung Kinabalu yang megah.. Subhanallah....



.

No comments: