Lulu pages

Terkini dari alin

Thursday, November 9, 2017

Jom tengok tudung yang alin beli apabila Adijuma buat sale RM3 sehelai tudung



Salam pembaca..

Baru-baru ni memang alin terkejut juga bila tudung aidijuma buat SALE sampai RM3 saja untuk sehelai tudung. Dan selama ni, rasanya inilah harga paling murah yang pernah ditawarkan oleh satu-satunya tudung bawal paling dekat dihati ni. Wah, awal pagi alin dah sibuk tengok kat laman web aidijuma, malangnya masa tu banyak tudung dah SOLD OUT, alin hanya dapat 3 helai saja. Tapi memang rasa rugi sebab kena bayar wang pos lagi. Jadi sebab tak puas hati, sebelah tengah hari, encik suami bawa pula ke Concept Store Aidijuma di Summer Mall, Kota Samarahan. Wah teruja.. Siap suami ingatkan, kita beli 10 helai saja hehe..



Masa sampai kat kedai tu, orang memang ramai. Dah macam-macam ragam alin tengok. Ada yang duduk kat lantai sibuk membelek tudung, dan ada juga yang sambil berbual tapi tangan laju tarik tudung-tudung yang dah bergumpal kat atas lantai. Semua RM3 okey tak kira design lama atau baru. Memang gila dibuatnya. Disebabkan dalam keadaan yang kelam kabut tu, sampai tak terfikir pula nak ambil gambar haha.. Nasib baik masa tu bawa adik, dia yang tolong ambik mana-mana tudung yang alin nak sebab alin dah siap baris ke kaunter. Alhamdulillah alin dapat 12 helai, tidak termasuk 3 helai beli kat online, nah semuanya syukur dapat 15 helai, beli dalam keadaan bertenang sebab masih boleh pilih, hari pertama kan..  (Sebab nampak kat insta orang berebut sampai habis stok.. Huh haru)



Kali ni alin beli kebanyakannya corak yang polos saja. Sebab kalau tudung banyak corak susah nak match dengan baju. Dan bila tunjuk dengan encik suami, alhamdulillah suami angguk dan setuju dengan pilihan alin. Dapatlah beberapa helai tudung untuk pakai sendiri, untuk kakak dan untuk adik sendiri yang kerja di Tawau.

Syukur alhamdulillah. Semoga Datin Aidijuma dimurahkan rezeki. Kalau tak ada promosi macam ni, memang tak lah nak beli tudung sampai berhelai-helai, pakai saja lah apa yang ada.


.

2 comments:

Juls Julie80 said...

murahnya... dah lama x pakai tudung bawal ni..hehehe

alin said...

Kan sis, murah sangat sampai ada yang borong banyak masa tu :)