Lulu pages

Terkini dari alin

Tuesday, May 2, 2017

Pengalaman tengok orang sempat mencuri dalam Padini Sales



Hai pembaca.. Assalammualaikum πŸ˜„πŸ˜„πŸ˜„

Terkejut juga tengok ramai cakap pasal sale Padini baru-baru ni.. Seperti biasa, Sales Padini selama 4 hari ni (28hb April-01 Mei) memang memang mendapat sambutan yang luar biasa. Berbaris panjang huahua.. Dah dekat nak sampai fitting room tu. Harga serendah RM9 memang dah biasa tengok orang sambar saja, sebab harganya memang agak murah berbanding harga ketika bukan sales. Tapi kali ni memang tak beli apa-pun. Maklumlah sales hujung tahun lalu pun masih baru, dah beli beberapa helai baju juga masa tu, sampai lenguh kaki berbaris masa nak bayar. Kali ni tengok orang saja lah.. Untuk info kami ke Padini di VivaCity Megamall Kuching, Sarawak.




Dan pengalaman yang alin nak cerita ni bukan berlaku ketika sales kali ini, tapi sebenarnya berlaku pada sales padini sebelum ni, iaitu hujung tahun lalu. Kebetulan masa tu kami sempat datang pada hari terakhir saja, sebab encik suami tengah outstation kat KL sebelum tu. Masa tu memang pakaian dah tak lawa-lawa dah, dan pakaian yang paling murah pun dah tak ada banyak saiz, tapi dalam pada ramai orang tu sibuk-sibuk membeli belah tu, tiba-tiba encik suami datang rapat dengan muka blur dan bisik, dia nampak ada orang mencuri 😱. Selamba pilih-pilih baju, dan gulung-gulung masuk dalam beg. Katanya ini pertama kali dia nampak perkara seumpama ni berlaku. Masa dia cerita tu, siap dia lakonkan lagi macam mana orang tu mencuri huhu.

Jadi alin gesa dia lapor pada security kat depan kedai tu. Tapi malangnya tak sempat sebab pencuri tu dah pun laju lari menyusup keluar. Security tu mengaku juga kelemahan kedai Padini ni tak ada pengesan pencuri pada bahagian pintu masuk tu. Mungkin dah banyak pakaian mereka kena curi tanpa mereka sedari. Dan rasanya pihak Padini memang kena pertimbangkan juga untuk letak alat tu demi mengelakkan menanggung kerugian. Yalah kan masa Sales mana boleh nak kawal semua. Ramai sangat orang sampai penuh kedai tu.

Apa pun, terima kasih Padini sebab rajin buat sales. Alin dan keluarga memang antara pelanggan yang setia. πŸ‘πŸ‘πŸ‘



.

No comments: