Lulu pages

Terkini dari alin

Thursday, May 4, 2017

Diskaun hebat beli novel di Popular Boulevard Kuching


Hai pembaca.. Assalammualaikum..

Lama tak beli novel. Last beli masa #cybersale beli online dengan karangkraf online hari tu Bungkusan dari Karangkraf yang dinanti.. jadi kesemua novel tu pun dah habis baca, jadi singgah lah kat Popular Boulevard Kuching sebab nak tengok novel terkini yang ada, tak sangka pula ada sale dalam 20-25% wow banyak juga tu, dah kira murah sangat apatah lagi lagi senang, bayar saja terus boleh bawak balik dan baca. Kebetulan Popular tengah buat macam undian untuk anugerah pilihan pembaca, isi saja borang tu terus dapat lagi kupon 20% diskaun. Novel-novel yang tersenarai pun memang alin ketahui novel yang bagus-bagus. Jadi alhamdulillah, selamatlah dapat beli 6 buah novel agak tebal juga dengan harga RM137.85. Senang hati, sebab banyak jimat.. Arghh sedapnya bau novel baru.. 😚😚😚



Anugerah Pilihan Pembaca ni masih berlangsung sehingga 21 mei ni, masih sempat lagi kalau nak beli novel promosi ni. Dan anda berpeluang memenangi hadiah hebat berupa baucar popular bernilai RM50 dan keahlian popular selama setahun untuk 100 pembaca yang betuah. Semoga ada rezeki menjadi salah seorang pemenangnya 😊😊 aminn..


*Ruginya tak dapat ke Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur  (PBAKL) yang sedang berlangsung sekarang dari 28 April hingga 7 Mei 2017 di PWTC.. Khabarnya disana, promosi lagi gila murah.. Huhu kalau alin ke sana, siap lah bawa beg travelling.. Banyak nak beli tu πŸ˜‹πŸ˜‹πŸ˜‹



.

No comments: