Lulu pages

Terkini dari alin

Tuesday, December 19, 2017

Jambatan Darul Hana, tarikan terbaru di Kuching Sarawak


Salam pembaca

Baru-baru ni, ada tarikan perlancongan terbaru di Kuching. Ketika dalam pembikinan lagi ianya sudah menjadi tumpuan buat pengunjung-pengunjung di kawasan sekitar. Tempat yang alin maksudkan adalah ' Jambatan Darul Hana' atau juga dikenali 'Golden S Bridge'. Jambatan ini merentasi Sungai Sarawak dan menjadi mercu tanda baru di Tebingan Kuching. Tidak dinafikan keunikan jambatan ini telah menjadi pelengkap kepada bandar raya Kuching. Jika anda berkunjung ke bandaraya Kuching, jangan lupa datang ke tempat ini dan mengabadikan kenangan indah disini.

 



Keunikan Jambatan Darul Hana ini, jelas kelihatan pada rekabentuknya. Dan sebenarnya pemandangan ketika malam lebih indah lagi apabila ia dihiasi dengan lampu-lampu yang berwarna warni.

Sumber google


Jika dulu anda perlu menaiki perahu penambang untuk menyeberangi Sungai Sarawak untuk ke Kampung Gersik, dimana ada beberapa kedai menjual kek lapis yang terkenal di Kuching dan mendekati bangunan Dewan Undangan Negeri (DUN), kini anda boleh berbuat demikian dengan menyusuri jambatan ini.




Wah, ketika alin dan keluarga datang, ada ramai pengunjung yang mengunjungi jambatan ini. Ada yang datang berkeluarga, ada juga yang berpasangan, sama-sama tersenyum bergembira sambil menikmati keindahan di sepanjang tebingan Sarawak ini dari atas Jambatan Darul Hana. Benar-benar sebuah kenangan yang tidak dapat dilupakan. Jadi, untuk anda yang merancang untuk datang ke Kuching ni, jangan lupa datang ke mari okey ๐Ÿ˜„๐Ÿ˜„๐Ÿ˜„




*Terasa jambatan bergoyang kalau berada diatas. Agaknya jambatan ini ambil konsep jambatan gantung, sebab perasaan tu sama ketika naik jambatan gantung hehe..



.

2 comments:

Juls Julie80 said...

siap dah jambatan tu...tandanya dah lama tak balik Kuching..heheheh

alin said...

Sis, mesti dah rindu sangat nak balikkan..