Lulu pages

Terkini dari alin

Thursday, December 26, 2013

Rezeki besar dari Allah, alhamdulillah


Salam pembaca..

Maaflah, lama tak menulis kat blog ni.. memang bersawang. Bukan bermakna takde cerita langsung. Ada banyak yang berlaku sejak akhir-akhir ni, dan insha Allah, kita akan buat satu persatu.. Alhamdulillah, atas rezeki Allah, encik suami lulus dalam temuduga di kota kinabalu baru-baru ni (ada cerita dalam entri sebelum ini). Tarikh keputusan temuduga tu sebenarnya belum sampai, ada seminggu lagi masa tu, entah kenapa tiba-tiba hati encik suami terdetik nak check kat laman SPA. Alin masih ingat lagi masa tu, hari jumaat, encik suami balik tengah hari, duduk kat meja makan sambil main ipad. Diam saja dia masa tu. Sekali dia cakap, 'ma, abah berjaya ma...' Serentak kami terdiam, saling pandang antara satu sama lain..

Ya Allah, betul tak percaya. Alin siap suruh encik suami check berulang kali, sebab tak mahu silap. Dan sahih, encik suami berjaya dalam temuduga tu. Ya Allah, besarnya rezeki ini, dah 3 tahun kami tunggu dan selepas 3 kali temuduga, sebaik saja habis belajar di UKM 2010, akhirnya rezeki itu milik kami juga. Serta merta terbayang betapa payahnya menggenggam segulung ijazah ketika itu. Masa, tenaga dan wang ringgit, akhirnya berbaloi.. sob sob... Dengan rezeki besar ni, insha Allah keseluruhan hidup kami akan berubah 100%. Ya Allah permudahkanlah semuanya..

Menunggu surat rasmi untuk ini, kami sedar, dan memang sudah lama menyiapkan diri bahawa tempat kerja encik suami di masa akan datang tiada lagi di Tawau. Bukan saja di Tawau, malah di Sabah. Penempatan hanya ada di Kuching, Sarawak dan beberapa negeri di semenanjung Malaysia. Itu bermakna kami terpaksa mengucapkan selamat tinggal buat tanah kelahiran ni, Tawau Bumi Peladang dan keluarga. Terutama rumah sendiri yang sudah kami diami hampir 6 tahun. Ya, kami sahut cabaran ni.. Ingin berjaya bermakna harus ada pengorbanan.




@Untuk cerita apa jawatan baru encik suami, kita cerita di entri akan datang..



.

No comments: