Lulu pages

Terkini dari alin

Wednesday, July 27, 2016

Gambar Sekitar Majlis Pembukaan Rasmi SUKMA XVIII 2016 di Kuching.. Wah meriahnya..

Salam pembaca..



Buat pertama kalinya kami sekeluarga berpeluang menyaksikan sendiri majlis pembukaan rasmi sukan sukma di Sarawak. Awal-awal lagi sudah memang sedia maklum dengan acara ni sebab nampak kat  facebook. Jadi kebetulan pula masa tu memang free dan encik suami pun tak travel, kami pun bersiap seawal 4.30 petang sebab acara akan bermula pada 7 malam. Mulanya memang dah tahu masuk adalah percuma. Tapi sampai sana, baru tau kena ada tiket untuk masuk. Jadi kami menuju ke pintu masuk utama, baris untuk dapatkan tiket dan terus masuk kedalam stadium yang sudah mula sesak dengan begitu ramai orang.


Ada beberapa bahagian tempat duduk basah disebabkan hujan hari tu. Nampaknya bumbung stadium tu 'menitikkan' air walaupun tak pula nampak bocor. Jadi kebanyakan yang datang tu terpaksa duduk saja walaupun seluar basah. Nasib baik alin dah siap fikir awal bawa beg plastik untuk alas duduk sebab dalam fikiran memang dah bayangkan tempat duduk tak ada bumbung jadi tempat duduk mesti basah. Tapi ni ada bumbung pun tempat duduk basah huhu.




Gemilangnya acara pembukaan ni. Terpegun sungguh melihatnya hehe. Dengan begitu ramai yang terlibat (penari) dan pertunjukkan bunga api yang begitu mengejutkan, wah tak rugi datang. Persembahan nyanyiannya juga menarik disebabkan penyanyi-penyanyi yang ada adalah anak jati dari Sarawak. Dengan begitu ramai yang datang, alin tengok tempat duduk semua penuh, lalulintas yang agak sesak juga berjalan dengan lancar dengan adanya pengawasan dari pihak berkuasa seperti polis. Syabas Sarawak.. Satu pengalaman yang sungguh indah untuk dikenang :)


Dengan tiket yang ada, penganjur ada buat cabutan bertuah yang mana hadiah utama merupakan sebuah kereta Honda Jazz dan khabarnya (entah betul ke tidak) yang memenanginya adalah seorang lelaki yang datang ke Kuching dengan hanya menaiki bas semata-mata untuk turut serta memeriahkan pembukaan sukma ni. Tahniah, memang rezeki sangat.. Dan, dalam rancangan kami akan hadir lagi dalam acara penutupan pula.. Insha Allah..





.

No comments: