Lulu pages

Terkini dari alin

Friday, December 16, 2016

Kejutan adik di akhir tahun yang membuatkan mama dan abah sebak


Salam pembaca..

Tanpa disedari setahun sudah berlalu. Tahun ni walaupun anak-anak - kakak dan adik tidak menduduki peperiksaan besar, tapi keduanya berada di sekolah baru berbeza dengan tahun sebelumnya. Kakak di tingkatan 1 dan adik pula di darjah 1. Jadi memandangkan keputusan peperiksaan mereka dipertengahan tahun biasa-biasa sahaja, jadinya alin dah awal-awal pesan dengan encik suami, nampaknya tahun ni kita orang memang takkan menghadiri Majlis Anugerah Kecemerlangan. Tapi sebaik saja peperiksaan tamat, alhamdulillah keputusan kakak jauh berubah dari keputusan pertengahan tahun (kakak dulu peperiksaan) walaupun tidak 'naik pentas' kerana kecemerlangan dan bagi adik pula, sebaik saja selesai peperiksaan, alin hari-hari check online kat SAPS.



Agak menjadi kejutan juga buat kami hehe sebab setiap hari masuk satu paper dan setiap itulah A demi A yang diraih budak ni. Huhu dengan kesemua 9 subjek mata pelajaran, adik meraih 8 A dan 1 C iaitu bahasa Arab. Bahasa Melayu pemahaman dan Bahasa Melayu Penulisan masing-masing markah penuh, 100 markah. Dan keseluruhan dalam kelas adik dapat nombor 2.

Bila ditanya kenapa subjek bahasa arab dapat C, dia jawab.. Ma, adik 'tembak' jak tu ma.. Mana adik tau, adik nda faham, mana ada tulisan bahasa melayunya situ huhu. Dan bila ditanya macam mana adik dapat 100 untuk 2 paper Bahasa Melayu, jawapannya sebab adik 'betul semua' πŸ˜‹πŸ˜‹πŸ˜‹


Kenapa kejutan?

Adik ni malas belajar. Bila buat kerja sekolah tu, kalau senang laju saja dia buat. Kalau susah terus jadi blur. Lagipun sebelum peperiksaan kami ada buat ulangkaji sama-sama, dan sikapnya ni memang malas sangat nak buat. Mula-mula saja rajin lepas tu bising tangan sakit lah, susah lah. Jadi untuk meletakkan harapan keputusannya cemerlang tu memang jauh sangat.


Tidak sangka..

Sebenarnya adik ni macam ni juga masa tadika. Tahun lalu, sebelum Majlis Anugerah Kecemerlangan tu dia pesan mama sama abah mesti datang. Jadi bila alin tanya adik ada naik pentas ke? Dia cakap mestilah, adik kan dapat nombor 1.. Hehe serius masa tu alin dan encik suami langsung tak percaya. Tapi kami memang terkejut masa hari bersejarah tu sebab dia betul-betul naik pentas dan dapat no 1.. 😭😭 Alhamdulillah. Menurut guru kelas darjah 1 nya ni, tak sangka dia boleh raih pencapaian 8 A ni sebab dalam kelas adik ni pendiam sangat. Tak banyak cakap, duduk jadi budak baik.


Apa rahsia kejayaan?

Sejujurnya, adik ni berbeza dengan si kakak. Kakak sejak UPSR memang kami sengaja beli buku soalan setiap subjek untuk dia kerap buat latihan dirumah. Sebelum sekolah dia akan duduk menelaah pelajaran selama tidak kurang 2 jam. Tapi adik ni tak ada macam ni. Dia kat rumah lebih banyak nonton kartun dan baca buku komik. Namun begitu, adik ni ada sikap pelik juga hehe, suka cakap sendiri yang kami selalu perhati dia akan ulang berkali-kali apa yang dia dengar dan belajar di sekolah. Hah selain tu rasanya dia memang tumpukan sepenuh perhatianlah masa belajar dalam kelas. Alhamdulillah dengan kelebihan adik ni..πŸ˜ƒπŸ˜ƒπŸ˜ƒ


Apa pun semoga anak-anak kita terus diberi kesihatan, kepandaian dan menjadi anak yang soleh solehah.. aaminn..


.

No comments: