Lulu pages

Terkini dari alin

Friday, December 2, 2016

Kisah tengok filem Upin & Ipin Jeng Jeng Jeng! di TGV VivaCity Megamall Kuching


Salam pembaca..

Lama tak bawa anak-anak tengok wayang. Biasanya beli saja cd movie kat kedai dan nonton kat rumah, lepas tutup tingkap feeling gelap-gelap macam dalam panggung wayang hehe, tapi kebetulan sekarang sedang cuti sekolah dan kebetulan panggung wayang tengah tayang cerita yang paling kanak-kanak suka iaitu Upin Ipin, maka jomlah kita ke panggung.

Biasanya kami memang nonton kat GSC CityOne Megamall, tapi kali ni kami nonton kat TGV di VivaCity Megamall yang baru saja buka beberapa bulan yang lalu. Yeay teruja sebab tak pernah lagi nontong wayang kat tempat ni. Alin beli tiket guna online saja, kan lebih mudah macam tu. Lepas masak dan makan, kami pun gerak lah ke VivaCity Megamall sebab tayangan akan bermula pada 11.15 pagi. Selepas beli popcorn dan air kami pun gerak masuk sebab dah boleh pintu dah buka.



Mula-mula wayang tu start pelik juga sebab kami memang sangka akan tengok 'kartun' dan semua watak dalam upin ipin tu akan ada. Huhu betul-betul kecewa sebab rupa-rupanya upin ipin hanyalah sekadar watak sampingan saja dalam wayang ni.. Huhu betul tak best, tapi bila jeling adik dan kakak, nampak diaorang pun okeylah, tak ada bising..

Hairan juga kenapa buat wayang macam ni. Sebenarnya watak upin ipin pun dah cukup kuat untuk meraih sambutan ramai terutama kanak-kanak tanpa diselitkan dengan watak manusia. Walaupun watak tu Awie sekali okey huhu. Salah alin sendiri juga, sepatutnya sebelum beli tiket tengok trailer dulu. Kan dah kecewa huhu..

Apa pun, seronok tengok kat TGV VivaCity Megamall ni berbanding di GSC CityOne Megamall  sebab ada pilihan tiket lebih murah dan rasanya lebih ruang seat yang lebih selesa. Dan sebaik sahaja wayang habis, kami sempat juga jalan-jalan dalam VivaCity Megamall ni bila tengok hampir semua kedai ada buat sales disebabkan hujung tahun kan...



.

No comments: