Lulu pages

Terkini dari alin

Tuesday, October 18, 2016

Apa yang perlu kita buat ketika terserempak dengan kereta LintasanSkuad Era?

Salam pembaca..


Ini kisah 2 hari lepas.. Lama dah rasanya sejak kali terakhir terserempak dengan kereta lintasan skuad era ni. Kebetulan dalam perjalanan pulang rumah dari jemput adik (syifaa) balik dari sekolah tengah hari tadi, ketika dekat melalui simpang masuk Stakan, tiba-tiba keluar dua buah kereta myvi tertera tulisan lintasan skuad era. Hehe adik yang duduk kat sebelah terus bersuara, ma jom kejar kereta tu mana tau ada minuman :)

Kereta tersebut signal dan parking di depan sekolah SMK Sg. Tapang, dan alin perlahankan kereta tapi tak nampak pula driver kereta tu keluar. Masih ada rasa tanda tanya, alin pandu kereta dan berhenti dikawasan letak kenderaan tidak jauh dari kawasan sekolah dan segera capai hp untuk check akaun fb radio era sarawak..

 


Hah kan confirm, terus pusing balik kereta dan park sebelah kereta skuad lintasan era hehe. Masa tu nampak sorang keluar dari kereta tu dan mulai agihkan minuman tin. Segera alin bawa adik keluar kereta. Alhamdulillah dapatlah dua tin minuman kopi tarik.. 



Pelik juga sebab dalam fb cakap ada banyak barang menanti, tapi yang dibagi minuman tin ni saja. Apa pun syukur rezeki hehe, sedap betul rasa kopi tarik keluaran baru Wonda Coffee ni, terutama minum ketika sejuk, brr...



.

No comments: