Lulu pages

Terkini dari alin

Friday, September 23, 2016

Pengalaman buruk ketika balik beraya di Tawau dengan menaiki pesawat MAS. Apa yang perlu anda lakukan jika bagasi anda hilang dalam penerbangan?


Salam pembaca..



Disebabkan kami tidak balik beraya ketika sambutan hari raya aidilfitri (Pengalaman berhari raya di Kuching, Sarawak )yang lalu, kali ni kami merancang untuk balik dengan menaiki pesawat MAS. Kebetulan cuti raya ni bersamaan dengan cuti budak sekolah dan juga cuti mid sem pelatih kolej, jadi tiket memang memanjang full dan agak susah nak menyelit untuk 4 orang macam kami. Jadi akhirnya dapatlah balik ke Tawau pada 11hb iaitu hari ahad sehari sebelum hari raya aidiladha dan balik semula ke Kuching pada hari khamis, beberapa hari kemudian. Ya, cuti itu sangat singkat namun mahu tidak mahu kami akur juga untuk balik.





Penerbangan pertama kami adalah ke Kota Kinabalu dengan pesawat boeing, sebelum menaiki pesawat Maswings yang transit di Sandakan dan berakhir di Tawau (ini saja penerbangan yang ada ketika masa itu). Jadi pesawat Maswings tu tidak pun penuh dengan penumpang ketika penerbangan dari Sandakan ke Tawau. Apa yang pelik, ketika sedang menunggu bagasi di Lapanga Terbang Tawau, tidak ada langsung kelibat bagasi kami. Bagasi kami hanya 1 beg besar yang memuatkan baju kami 4 orang. Maknanya satu-satunya baju yang ada ketika itu hanyalah baju yang kami pakai huhu. Selepas yakin bagasi memang tidak ada, kami bergegas ke pejabat MAS di Lapangan Terbang Tawau ini untuk buat report, dan kami di layan oleh seorang petugas wanita. Dia segera buat laporan (namun kesilapannya disitu sehinggalah kami beredar, tiada salinan report diserahkan kepada kami) dan siasatan segera dibuat menggunakan telefon untuk mencari lokasi sebenar keberadaan bagasi tersebut.



Jangkaannya, bagasi tersebut kemungkinan berada di antara penerbangan yang berlepas lebih kurang sama masa dengan penerbangan yang kami naiki. Tidak pasti samaada Kuching (mungkin berlepas dalam kapal lain) atau 4 destinasi lain iaitu Miri, Lahad Datu, Sandakan ataupun Taipei disebabkan penerbangan MAS yang kami naiki dari Kuching akan transit di KK sebelum ke Taipei (penerbangan seterusnya adalah ke Taipei). Jadi serta merta encik suami pun terus membuat panggilan ke semua Lapangan Terbang tersebut di atas kecuali Taipei namun masih juga gagal mengesan lokasi bagasi tersebut.

Ini memang pengalaman terburuk sepanjang menaiki penerbangan terutama penerbangan MAS. Macam mana bagasi kami boleh hilang dan barcode yang ada tidak boleh mengesan keberadaan bagasi tersebut. Terus dalam hati terbayang cara sistem pos laju tracking barang. Membolehkan pelanggan menyemak keberadaan barang dengan mudah dan pantas. Macam mana dengan hari raya kami? Nak pakai baju apa? Buah tangan untuk keluarga juga berada dalam beg itu. Dan paling malang, ubat darah tinggi alin ada dalam tu, dan untuk hari tu belum makan lagi sebab bakal berada dalam penerbangan, tapi bercadang untuk makan ubat tu sebaik tiba di Tawau.

Hasilnya, sehingga malam walaupun sudah minta tolong sepupu yang kerja kat Lapangan Terbang Kota Kinabalu, masih gagal mengesan bagasi tersebut. Ini memang mimpi ngeri. Lagipun ada kawan yang pernah mengalami pengalaman seperti ini, alin pun sudah google memang selalunya paling cepat nak dapat bagasi balik adalah 3 hari, dan ada lagi yang langsung tidak jumpa, dan syarikat penerbangan hanya mampu bayar ganti rugi berdasarkan berat bagasi. Arghh.... Malam tu terpaksa singgah rumah keluarga pinjam sarung dan baju lama untuk pakai :(

Keesokkan harinya, pagi raya kami kembali buat beberapa panggilan telefon dari rumah. Alin pun sibuk juga buat carian di google. Entah macam mana alin jumpa satu laman web, dimana korang boleh masukkan no report korang beserta nama dan submit, maka anda boleh lihat report terkini mengenai bagasi anda. Dan mengikut kes kami, ketika alin buka tu, terpaparlah semua detail penerbangan dan ciri-ciri bagasi tersebut. Dan tadaa, destinasi terkini beg tersebut adalah Taipei..



Huhu jauhnya bagasi tu merantau. Ketika itu bagasi itu dalam penerbangan menuju ke Kota Kinabalu dan akan sampai sebelum tengah hari. Encik suami terus buat panggilan telefon ke bahagian Lost and Found Lapangan Terbang Kota Kinabalu dan memaklumkan info terkini itu. Alhamdulillah kami mendapat panggilan telefon dari  Lost and Found Lapangan Terbang Kota Kinabalu jam 12 lebih tengah hari memaklumkan bagasi kami akan diterbangkan ke Tawau dan dijangka tiba di Lapangan Terbang Tawau jam 1.20 tengah hari.. Yeay alhamdulillah..




Khabarnya jarang-jarang berlaku penumpang akan cepat dapat bagasi seperti ini terutama jika bagasi itu berada di negara lain. Agaknya kerana ada ubat darah tinggi di dalam, nampaklah sticker 'urgent' kat bagasi kami.. hehe.. Apa pun untuk penerbangan balik kami, terus rasa trauma, takut beg hilang lagi.. Nasib baik tidak ada sebarang masalah pun untuk perjalanan balik tu..





Jadi jom alin terangkan cara mudah untuk mengesan bagasi anda yang hilang ketika dalam penerbangan..

1. Sebaik PASTI bagasi anda hilang, SEGERA buat report di pejabat MAS Lapangan Terbang destinasi anda. Gambarkan keadaan dan sifat bagasi anda selengkap-lengkapnya disebabkan kemungkinan juga tag yang ada pada bagasi mungkin tertanggal dan petugas ketika itu kemungkinan besar memerlukan cara lain untuk mengenalpasti bagasi itu.

2. Paling PENTING, jangan lupa minta salinan report ini yang akan mengandungi 'File Reference' atau nombor report. Simpan baik-baik salinan ini sehinggalah bagasi anda ditemui.



3. Buka laman web ini Contact of Malaysia Airlines customer service yang mengandungi senarai panggilan telefon yang mungkin anda perlukan ketika ini. Terus scroll ke bawah dan anda akan nampak di ruangan 'TRACK LOST BAGGAGE' dan klik di situ.



4. Anda akan dibawa ke satu paparan baru. Masukkan no report anda dan nama penuh di situ kemudian submit. Dipaparan baru itu akan tersenarai info terkini mengenai bagasi anda.

5. Perlu dingat, anda tidak sepatutnya hanya duduk menunggu. Berusahalah kerap menghubungi bahagian Lost And Found Lapangan Terbang agar proses itu lebih cepat.

6. Selepas menerima bagasi anda, cepat periksa bagasi luar dan dalam, manalah tahu ada kerosakkan bolehlah korang buat proses mohon ganti rugi pula. 



Jadi berikutan pengalaman yang betul-betul tidak best ni, mohonlah syarikat penerbangan memperbaiki sistem tracking bagasi mereka agar jika berlaku kejadian seperti ini, mereka dan penumpang akan segera dapat mengesan bagasi tersebut dan kemungkinan besar juga akan dapat mengelakkan kejadian seperti ini berulang lagi di masa akan datang.


*Beberapa hari kemudian, seorang pelatih pula mengadu bagasinya juga hilang ketika dalam penerbangan MAS dari KLIA ke Kuching, namun kemudian telah ditemui dan dihantar pada waktu malam ke asrama menaiki teksi (tanpa diiringi pegawai dari MAS). Malangnya begnya pecah dan kini dia sedang dalam proses mohon ganti rugi.



.

3 comments:

Cik Farhana said...

Alhamdulillah jumpa..jauh melancong beg tu ke taipei..hehe..salam kenal :)

alin said...

Salam kenal cik Farhana :)

Anonymous said...

nak tahu lebih lagi berkaitan hak pengguna penerbangan boleh usha web ni >>> http://www.mavcom.my/bm/laman-utama/

sharing is caring :)