Lulu Pages

Terkini dari alin

Monday, April 30, 2012

Hari yang penuh cabaran pun bermula

Hari ni memang mencabar. walaupun bukannya pengalaman pertama..
Masa kakak dulu dah pernah laluinya.. Dan sekarang tibalah giliran si adik pula..
Latihan tak pakai pampers..wee...
Sejak beberapa minggu ni dah latih dia, kalau nak kencing, kencing kat tandas. Adik memang tak nak kencing kat 'tandas baby' tu. Dulu tandas baby tu pun, kakak yang punya. Masa kakak, ok jer, dia memang suka, sebab tandas baby tu kan warnanya pink. Tapi berlainan dengan adik, dia akan menjerit bila alin tunjukkan tandas baby tu. Dia nak juga tandas orang dewasa.


yelah mana boleh salahkan dia, dah dia pernah nampak kakak kencing kat tandas dewasa, mesti dia pelik kalau dia tak kencing kat situ. So, dah beberapa minggu sebelum mandi, ajar dia kencing kat mangkuk tandas tu. oleh kerana tandas tu besar, dia terpaksa berpeganglah, kan takut jatuh lak.


Memula, tak sempat nak duduk kat mangkuk tandas, dah terkencing kat lantai tandas.
lepas tu ok dah, alhamdulillah..


So, minggu lepas, kebetulan encik suami cuti, bawalah sekali pergi cari spender kecik, comel-comel, untuk menggalakkan adik buang pampers. Memang kena sabar, perlahan-lahan. mesti dia pelik kan memula.. Tapi insya Allah berkat kesabaran, pasti boleh.


Pagi ni sebaik saja lepas mandi, alin dah tak pakaikan pampers..
Berkali-kali ingatkan dia, kalau nak kencing, beritahu mama, nanti mama bawa lari pecut kat tandas..
Dia anggguk.. Bila dah mula bosan dengar, dia cakap, 'adik tahu'..
Adik ni umur 2 tahun lebih, tapi memang petah bercakap..
Kadang tu kita terpaksa suruh dia diam, sebab alahai, cakap macam orang tua..hehehe..


untuk laporan hari ni, dah lebih beberapa jam, ada sekali terkencing, basah spender dan seluar.. hehe, dia beritahu, tapi kencing tu dah mula keluar.. Takpe, first time. Sebelah petang, agak2, alin pujuk dia ke tandas.. Dia diam, mula berfikir, lepas tu dia angguk, bangun dan buka spender sendiri. Bila duduk di mangkuk tandas, syabas.... dia kencing.. Alhamdulillah..


Kalau malam, masa tidur, memang susah kalau tak pakai pampers, sebab dia menyusu 2-3 kali walaupun ketika tidur.. Takpe, kita usaha perlahan-lahan adik.. Pasti boleh..



 

.

Friday, April 27, 2012

Konfiden rasa betul..

Pagi tadi, memandangkan encik suami cuti 3 hari, maka alin dan adik ikut sekali menghantar kakak ke sekolah. Hujan renyai diawal pagi, memang agak melecehkan sebab masa macam ni lah, kebanyakan ibu bapa nak bawa kereta sedekat yang boleh. Maklumlah hujan, takut anak basah lah tu. sudahnya, jalan jam dan pergerakan menjadi perlahan.

Cadangnya lepas tu nak pergi breakfast. Sebelum tu singgah kejap di bank, ambil duit. Kebanyakan jalan dah mula tutup disebabkan lumba basikal yang bakal diadakan 2 hari kat tawau. Makin sesaklah kat sini ni.. Huhu.. Masa parking kereta, seorang wanita keluar dari bank, dan menuju kearah tempat parking.

Kebetulan sebuah kereta juga, iswara, sama warna dengan kereta alin, masuk parking di sebelah. Wanita tu teragak-agak nak lalu diantara kereta sebab kedudukan kereta yang rapat. Sebaik kereta iswara itu parking, wanita tu terus menghampiri pintu sebelah kereta alin, dan buka pintu. alin dah naik hairan, nape lak kan.

Kereta sebelah tu hon, owh, rupanya wanita tu salah masuk kereta. Nasib baik belum masuk. Terasa nak gelak, sebab iswara dan saga mana sama.. Huhu.. Tapi masa tu dia mesti konfiden betul. alin pernah juga salah kereta, bila nak masuk, menuju ke kereta yang sama warna, tapi sama jenis jugalah. Takde lah sampai salah brand lak.. dan belum pernah sampai buka pintu kereta orang lain lak..Ngee..


*pengajaran, ingat dimana kita parking kereta dan pastikan terlebih dahulu sebelum mula membuka pintu kereta.





.

Monday, April 23, 2012

Mungkin bukan rezeki kita


Pulang dengan motor birunya, encik suami sempat mengacah kakak dan adik yang berada di garaj.
Tapi sebaik saja melangkah masuk melalui pintu rumah, ada berita yang kurang enak didengar..
Nampaknya rezeki kita 6 bulan lepas, tidak berkesinambungan untuk bulan-bulan seterusnya..
Apa boleh buat, kecewa memang sangat kecewa, tapi mungkin ada hikmah disebaliknya kan..


DOA itu senjata org beriman. Doa yg segera dimakbulkan tanda Allah sayang pada kite.. Doa yg lambat dimakbulkan tanda Allah uji kesabaran kite.. Doa yg tak dimakbulkan tanda Allah nak beri yg lebih baik daripada yg dipohon... Jangan sesekali kite bersangka buruk kepada Allah! 


Petikan dari pesbuk Neena Anuar'

dengan kata-kata itu, semoga akan datang, ada rezeki yang lebih baik buat keluarga kita..
doa hari-hari, dan encik suami, sila ambil cuti yang panjang, sebab dah lama sangat tak cuti, untuk refresh ;). Semoga encik suami tabah dengan dugaan ini, dan ayuh, tugas seorang isteri adalah melegakan hati suami dan doakan hanya yang terbaik.. Semoga rezeki besar menanti di depan.. amin!






.

Ambil gambar dari facebook, upload kat group dan mempersendakannya..

Salam hari isnin..
terima kasih buat yang sudi singgah blog saya dan tinggalkan komen.. saya akan balas jejak, tunggu .. :)


Jumaat lepas, sebelah pagi, ada perhimpunan penjawat awam bersama cuepacs di hospital tawau.
So, encik suami gigih ambil gambar sebab isteri suruh.. :)
Dan tengah hari, dlsr pun bertukar tangan, sebab niat nak upload dalam facebook disebelah petang.
alin takde facebook, yang ada hanya facebook suami.
Dan walaupun facebook tu atas namanya, tapi, 'orang' lain dah buat macam hak milik sendiri :p


Petang tu tergesa-gesa upload dalam facebook sampai tak sempat nak buat watermark..
tak sangka lak, pada sebelah malam, ada seseorang ambik sekeping gambar dari byk2 gambar tu (bukan share) dan muat naik dalam group. Sekeping gambar, dengan gambar seseorang, dengan niat untuk mempersenda-sendakannya. Seolah-olah mengajak orang lain, turut sama mempersendakannya.. (memang pun sebab dah ramai komen kutuk..)


Memang sedia maklum, ramai orang tak suka 'orang' dalam gambar tu.
Dan malangnya 'orang' tu takde facebook. Dia takkan sedar dia diperlakukan begitu.
Tak baiklah kan..


Dan sejujurnya, alin rasa sangat serba salah.
Niat dihati untuk upload gambar-gambar dalam perhimpunan tu, tapi disalahgunakan oleh orang lain. Dah buat report kat facebook dengan harapan block gambar tu, tapi rasanya sampai sekarang masih takde apa-apa lagi..


Jahat..huhu..




*dah maklum dekat pilihan raya, maka ramailah yang add group politik kat facebook





.

Friday, April 20, 2012

Aku terpikat padamuuuu...


Tengah hari tadi baru pulang tengok preve..
wuwuwu, memang seindah yang dikhabarkan..
Walaupun, walaupun masa tengok tu hanya manual yang ada, malah berwarna hitam, kereta tu tetap memikat hati.. itu belum tengok dengan yang automatik lagi.


Hati memang tak puas, nak kembali lagi ke proton, dan tengok lebih lama.
kalau ada yang automatik lagi best sebab kebetulan masa kesana tadi, kereta tu (merah) ada customer sedang gunakan untuk test drive.. Duduk setengah jam, masih tak balik juga test drive.. Agaknya, dah pusing satu bandar eh??
Kerana hari ni hari jumaat, mustahillah nak kesana esok atau lusa. sebab mesti lagi ramai akan menyerbu..
minggu depan jer lah.. ;)
Korang dah tengok?





* encik suami, jom tukar kereta ^__^ [walaupun kereta kita baru pakai belum 2 tahun..huhu]





.

Thursday, April 19, 2012

McDonald's Kini di Tawau


Selepas Kota Kinabalu dan Sandakan, akhirnya McDonald's akan beroperasi di Tawau pula bermula esok, 20 april 2012.. Rasanya, sudah lama orang tawau menunggu outlets makanan segera ini beroperasi, disebabkan kedudukannya yang strategik di batu 3 Jalan Apas, dengan lambang McD nya tinggi ke atas, dari jauh pun boleh nampak okeh..


Hairan juga kenapa restoran makanan segera ini agak lambat berada di Tawau. Al maklumlah, KFC saja sudah ada 3 kat tawau ni. Ramai dah berura-ura nak makan kat sini, dan jangan risau, untuk mengelakkan kesesakkan dihari-hari pertama, McDonald's akan dibuka 24 jam, lengkap dengan drive thru. Kalau tak larat nak menghadap kesesakkan, marilah berkunjung disubuh hari..




* Buka 25hb kan bagus, sebab payday..huhu [kredit gambar dari etawau]






.

Wednesday, April 18, 2012

Saling melengkapi..


Tahun ni dah masuk 10 tahun kita dah kahwin..
Banyak dugaan dan kegembiraan yang kita tempuh bersama. Adakalanya membuatkan kita bertekak, dan selalunya akan saling sayang menyayang kembali.. Itulah lumrah suami isteri. Sedangkan lidah lagi tergigitkan..


Selama menyulam kasih 10 tahun ni, alhamdulillah, alin bahagia disamping mu..
Seorang lelaki yang kuat, dan teman yang paling baik untuk alin.
Sebenarnya alin buat entri ni bukan saja nak jiwang, ataupun sebab ada hari-hari khas nak sambut.. Saja, nak berkata sesuatu..


Suami,
pada mulanya kita menyulam kasih 10 tahun yang lalu, kita serba kekurangan, namun ketika itu, dan sehinggalah ke hari ini, kita masih kaya kasih sayang. Alhamdulillah, kebahagiaan itulah anugerah yang terindah buat alin. Jarang ada suami yang selalu mementingkan hati dan kebahagiaan isteri lebih dari dirinya.
Dengan kesederhanaanmu, hatiku terpaut..
Dengan rasa cintamu, alin bahagia..
Dengan dugaan dalam hidup kita, kasih sayang semakin mekar..


Suami,
Terima kasih diatas segala-galanya..
Hanya Allah yang mampu membalasnya..
Dan, alin berdoa setiap hari, semoga rezeki kita murah dan kita diberi kesihatan seumur hidup, untuk saling melengkapi antara satu sama lain..



*diatas izin suami, alin menulis blog...







.

Monday, April 16, 2012

Stay with me, my love

Seronok tengok drama korea ni. Walaupun dah last episode minggu lepas tapi hari ni ada repeat lagi. Entahlah sejak ada beyond ni, lebih banyak tengok channel one jer. Dah lah jalan ceritanya baik, malah dengan visual HD. Memang melengkapilah hari-hari yang indah sebagai 'orang rumah' ekeke.. Lepas ni tak tau lagi drama apa sebagai ganti. Kebetulan beberapa drama pun pakat finale minggu lepas. Termasuk Salaryman Choo Han Jin dan The First Wives Club. Bukan jer demam drama korea kat rumah ni. Demam k-pop pun ada. Adik yang berumur 2 tahun lebih pun dah pandai menyanyi kat kereta. Wee...

Sunday, April 15, 2012

Bila perut berlagu..

 Arghh, perut lapar sebab seharian tak menjamah nasi..
Mata dah terasa mengantuk, tapi perut masih berlagu riang..
Tapi, bukannya perut tak berisi langsung.. Petang tadi dah makan mee basah.
Sedap sebab papa masak.
Adik bukan main selera lagi bila nenek cina suapkan..
Kakak jer lah yang kurang makan, sebab beberapa hari ni selera dia kurang sangat.
Agaknya sebab perutnya masih tak selesa..
Minggu lepas, teruk dia muntah dan cirit-birit.
tiba-tiba macam tu, agaknya salah makan..


Subuh-subuh update blog, kerana perut lapar...
terbayang ayam kepsi panas-panas didepan mata..
Perghh menyelerakan.. kalaulah ada... hoho..
Ish, orang dah tidur, boleh pula nak makan..
Ternak lemakss ler tew... ;)




 *Selamat berhari minggu..





.

Friday, April 13, 2012

Dimanakah korang semua??

Sejak beberapa bulan yang lalu, Bobo beranak 3 ekor (kucing), lepas tu tinggal anak dalam bonet kereta, alin dan abah (suami) terpaksa simpan mereka dalam kandang. Masa tu susahnya, mana nak bersihkan najis dan jaga makan minum mereka. Dan yang lebih susah, bila nak bagi makan, masukkan tangan dalam kandang sebab Bobo liar sangat. Dan beberapa kali juga kena cakar.. huhu, melekat kuku kat kulit.. Pastu berdarah, pedih berhari susah nak hilang..


Dah hampir 2 bulan, lepaskan semuanya biar bebas jalan kat area rumah.
dari depan rumah, kebelakang rumah, wah bebasnya dapat jalan.. Dan tak sedar, walaupun dah beberapa kali anak-anak kucing ni jatuh longkang, mereka dah besar.. Dah tak perlu nak risau kalau jatuh longkang, sebab dah pandai naik sendiri..


Masa alin tulis entri ni, dah 2 hari anak-anak kucing tu tak balik. Yang ada hanyalah Bobo, miaw-miaw dibelakang rumah minta makan. Rasanya nak tanya dia mana hilang anak-anaknya, mustahil lah dia nak jawab. susahnya dalam hati.. Dimana korang eh? Pulanglah.. Tulang ikan dah banyak alin simpan kat peti sejuk.. Kompem kenyang nanti.. Tapi akan kembalikah mereka yer? aneh..........






.

Thursday, April 12, 2012

Orang memberi kita merasa

Petang tadi, rumah didatangi oleh cousin yang baru balik kerja..
Datang bukan dengan tangan kosong.
Lengkap dengan 'buah tangan' dari ibu, yang baru pulang dari bercuti di Jakarta..
Wah, klass ibu, jauh berjalan..
Sebelum pergi dah beritahu ibu, tak payahlah susah-susah..
Huhu..


Sepasang baju untuk adik, baju untuk kakak, beg untuk alin dan sedikit kek lapis & kerepek pisang (tak silap) dan kerepek tempe.. memang terbaik..


Dan memang terharu sangat dengan pemberian dari ibu ni.
Benarlah kata pepatah, orang memberi kita merasa..
Alhamdulillah rezeki hari ini..
Semoga ibu panjang umur dan murah rezeki.



P/S - Wah, kakak dan adik senyum lebar dengan baju baru..






.

Mari bermula dengan yang pertama

Alhamdulillah, niat dihati untuk memiliki sebuah blog peribadi, menulis dan meluah apa saja yang terpendam dihati, kini terlaksana.. Besarnya harapan dihati, agar setiap penulisan sejajar dengan kata hati..wah.. 


Setiap yang bermula, harus dimulakan dengan langkah pertama.
Dan yang pertama itu selalu diharapkan menjadi yang terbaik. Namun, biarlah penulisan demi penulisan yang menjadi titik penentu untuk menjadikan penulisan alin lebih berkualiti..


Ada pelbagai ragam blogger yang alin dah saksikan.. 
Daripada berita semasa, hinggalah kepada cerita peribadi..
Ada yang telus, dan ada juga yang 'berwarna-warni'.. Terpulanglah kepada kita sebagai pembaca untuk menilai hasi tulisan tu.. alin dah puas menjadi pembaca, dan akan tetap menjadi pembaca. 
namun kini melangkah setapak lagi, menjadi seorang penulis, dimuka blog ini..


Mari bermula dengan yang pertama :)





.