Lulu Pages
Terkini dari alin
Tuesday, December 19, 2017
Jambatan Darul Hana, tarikan terbaru di Kuching Sarawak
Salam pembaca
Baru-baru ni, ada tarikan perlancongan terbaru di Kuching. Ketika dalam pembikinan lagi ianya sudah menjadi tumpuan buat pengunjung-pengunjung di kawasan sekitar. Tempat yang alin maksudkan adalah ' Jambatan Darul Hana' atau juga dikenali 'Golden S Bridge'. Jambatan ini merentasi Sungai Sarawak dan menjadi mercu tanda baru di Tebingan Kuching. Tidak dinafikan keunikan jambatan ini telah menjadi pelengkap kepada bandar raya Kuching. Jika anda berkunjung ke bandaraya Kuching, jangan lupa datang ke tempat ini dan mengabadikan kenangan indah disini.
Monday, November 13, 2017
Pengalaman menyertai Larian Bendera Negaraku di Dataran Perayaan Petra Jaya, Kuching Sarawak
Salam pembaca
Baru-baru ni kami ada menyertai Larian Bendera Negaraku yang diadakan pada 5hb november 2017 bertempat di Dataran Perayaan Petra Jaya, Kuching, Sarawak. Larian ini adalah sejauh 3km dan pendaftaran penyertaan dibuat di www.negaraku.com dan t-shirt eksklusif larian akan diberi kepada 3000 peserta pendaftaran terawal. Larian yang bermula 7 pagi itu dihadiri oleh ramai orang, tidak ketinggalan ramai juga bawa keluarga bersama.
Friday, November 10, 2017
Lazada Online Revolution Blogger Contest
Salam pembaca..
Buat pertama kali, dapat jemputan melalui email dari Lazada untuk menyertai contest ni. Setakat ni dah 2x join tapi tak ada rezeki lagi untuk menang. Dan, memang berharap kali ini, akan membawa tuah pada alin, hehe teringin juga nak rasa jadi pemenang. Aamin.. Dan sebenarnya nak join contest dari Lazada ni mudah saja, jawab soalan dan patuhi syarat-syarat mudah dan terus email. Jadi jom tengok apa soalan Lazada kali ini ๐
Thursday, November 9, 2017
Jom tengok tudung yang alin beli apabila Adijuma buat sale RM3 sehelai tudung
Salam pembaca..
Baru-baru ni memang alin terkejut juga bila tudung aidijuma buat SALE sampai RM3 saja untuk sehelai tudung. Dan selama ni, rasanya inilah harga paling murah yang pernah ditawarkan oleh satu-satunya tudung bawal paling dekat dihati ni. Wah, awal pagi alin dah sibuk tengok kat laman web aidijuma, malangnya masa tu banyak tudung dah SOLD OUT, alin hanya dapat 3 helai saja. Tapi memang rasa rugi sebab kena bayar wang pos lagi. Jadi sebab tak puas hati, sebelah tengah hari, encik suami bawa pula ke Concept Store Aidijuma di Summer Mall, Kota Samarahan. Wah teruja.. Siap suami ingatkan, kita beli 10 helai saja hehe..
Thursday, October 26, 2017
Pertama kali bermalam di Kinabalu Pine Resort (KPR), Kundasang Ranau Sabah
Salam Pembaca.
Perjalanan balik kami adalah melalui jalan lama iaitu melalui Lahad Datu-Sandakan-Ranau-Kota Kinabalu. Walaupun sesungguhnya memang lebih jauh dari pada Jalan Kalabakan, tapi jalan disini jauh lebih baik, selamat dan menyenangkan. Jadi sejak beberapa hari berada di Tawau, alin dan encik suami buat keputusan untuk bermalam 1 malam di Kinabalu Pine Resort (KPR) selepas sekian lama alin dah buat perbandingan dengan banyak hotel, motel dan resort di sekitar Gunung Kinabalu ni. Pun dah tanya pengalaman kawan dan adik mengenai KPR ni, alhamdulillah semuanya indah. Dan sebenarnya alin memang dah lama simpan impian untuk bermalam disini namun belum punya kesempatan.
Monday, October 16, 2017
Hasil pembelian novel di PESTA BUKU BORNEO, PLAZA MERDEKA SARAWAK
Salam pembaca..
Sejak beberapa minggu bila alin sudah nampak pihak Karyaseni dan Penulisan2U akan datang ke Kuching, betul rasa tak sabar. Sudah lah alin memang minat dan banyak koleksi novel dari dua publisher ni, kedatangan mereka ni memang macam hadiah yang sangat istimewa ๐๐๐ Untuk pengetahuan, bersama Pesta Buku Borneo yang bertempat di Plaza Merdeka Kuching ini, ada banyak lagi aktiviti yang diadakan sepanjang 11-15 oktober 2017. Cuma alin memang tak nampak dah aktiviti lain tu, betul-betul tengok novel-novel dari publisher ni saja hehe..
Tuesday, September 19, 2017
Keadaan jalan lama Tawau-Sandakan-Ranau jauh lebih baik dari Jalan Kalabakan
Pengalaman sebelum ni berkali-kali menggunakan jalan lama [Terkejut tengok keadaan terkini Jalan Kalabakan (gambar)] rasanya dah buat kami sekeluarga serik sangat-sangat . Jadi untuk perjalanan balik kali ni, kami tanpa banyak fikir, memilih jalan lama untuk balik dari Tawau. Bertolak 6 pagi dari rumah (rumah sendiri di Tawau) dan sempat singgah rumah mami sebab mami dah masak untuk bekalan dalam perjalanan. hehe haruslah kami singgah, sebab sebenarnya masa tu mami dah pesan bersahur dirumah mami, tapi kami malas jalan terlalu awal, jadinya makanan tu buat buka puasa/sungkai saja di Ranau nanti.
Thursday, September 14, 2017
Terima kasih iphone 5 untuk perkhidmatan selama 4 tahun lebih bersama
Salam pembaca.
Sedih tengok iphone 5 ni sejak akhir-akhir ni dah mula bermasalah. Mula-mula cable selalu rosak, beli dan rosak lagi.. Kemudian bateri asyik kong, setakat ni dah ganti 2x dan kemudian skrin pun mula rosak sebab susah nak touch. Dah puas google memang itulah masalahnya, kena tukar skrin. Bila semak harga paling murah dapat RM170 itu pun bukan original. Ada tu yang cecah RM200 lebih pun bukan original. Huhu nak keluarkan duit sebanyak tu untuk skrin saja, rasanya tidak berbaloi sebab risau juga ada saja rosak yang timbul kan. Tau lah handphone dah pakai berapa tahun. Adik alin saja pun dah handphone ketiga dalam tempoh ni haha bertabahlah...
*Entri pasal iphone 5 ni [Akhirnya ia menjadi milikku ]
Thursday, August 24, 2017
Merdeka! Merdeka! Blogger Contest
Salam pembaca..
Sempena hari kemerdekaan -60 yang akan kita sama-sama sambut 31 ogos ini, Lazada telah menganjurkan Merdeka! Merdeka! Blogger Contest. Mana-mana blogger adalah dijemput menyertainya yang bermula 21 ogos 2017 dan berakhir pada 31 ogos 2017. Anda hanya perlu jawab soalan-soalan yang mudah dan hadiah hebat bakal menjadi milik anda jika terpilih (pemenang akan dipilih secara random). Wow, alin dah beberapa kali join contest anjuran Lazada, tapi setakat ini belum ada rezeki untuk menang lagi. Siapa tahu kali ni kan?? ๐๐๐
Monday, August 21, 2017
Pengalaman pertama kali beli online di Shopee. Beli apa tu?
Salam pembaca..
Alin memang selalu juga beli online. Di Zalora, Lazada, Poplook, 11Street, MPH dan beberapa laman online lagi. Paling banyak dan tidak di nafikan memang novel lah kan hehe. Bertabah saja encik suami dengan hobi yang susah nak elak ni. Kadang tu dia siap tanya lagi, cukup ka? Tambahlah lagi.. hihi..Tapi terkini ni memang ada kegilaan baru. Adik perempuan alin asyiklah cakap ada satu laman online ni hari-hari ada SALE gila-gila tepat jam 9 pagi dan 5 petang. Jadi tiap hari memang kena tunggu sebab kalau bernasib baik, barang yang kita berkenan akan dijual dengan harga yang sangat murah. Tapi kena cepatlah kan kalau tak putih mata sebab SOLD OUT.
Wednesday, August 2, 2017
Terkejut tengok keadaan terkini Jalan Kalabakan (gambar)
Salam pembaca..
Sebaik kami selesai sahur, rehat sebentar sebab masih terlalu awal untuk memulakan perjalanan.. Kemudian kemas barang dan siapkan diri bersedia untuk meneruskan perjalanan ke tanah kelahiran, Tawau. Berat hati rasanya meninggalkan Hotel Purnama Limbang, disebabkan rasa selesa sangat. Alhamdulillah ada rezeki bermalam di hotel sebaik ini. ๐๐ Perjalanan kami menggunakan jalan Tenom-Keningau-Kalabakan adalah sejauh 560km dan mengambil masa selama 8-9 jam perjalanan untuk sampai. Ianya lebih dekat berbanding melalui jalan lama iaitu Ranau-Sandakan.. Jadi rancangannya, disebabkan perjalanan tak terlalu lama, bolehlah kami singgah Bazaar Ramadhan Fuji nanti untuk beli nasi kuning ayam masak putih Restoran Hj. Tamrin yang femes tu hehe.
Monday, July 17, 2017
Bermalam di Purnama Hotel Limbang, hotel terbesar di sini sebelum perjalanan seterusnya
Salam pembaca..
Dek kerana perjalanan selama 16 jam pada hari sebelumnya [ENTRI SEBELUMNYA], kami bangun lewat pula subuh tu untuk bangun sahur. Huhu ruginya sebab hotel sediakan makanan yang sangat sedap untuk sahur pagi tu. Kami sempat juga sahur, dalam 15 minit saja. Kelam kabut makan masa tu. ๐๐ Tak sempat pun nak tambah, alhamdulillah sempat juga, tapi sebab tak puas makan makanan yang sedap-sedap tu sampai teringat-ingat sampai Tawau haha.. ๐ Balik ke bilik, kami rehat-rehat dalam bilik sebab masih terlalu awal untuk mulakan perjalanan.
Wednesday, July 5, 2017
Perjalanan selama 16 jam dari Kuching ke Limbang, huhu sampai kepala pusing
Salam pembaca..
Baru-baru ni, cuti sekolah selama 2 minggu bersamaan dengan awal ramadhan, kami sekeluarga memulakan perjalanan menaiki kereta pulang ke Tawau dari Kuching. Sebelum ni kami biasa buat dari Kuching direct terus ke Miri iaitu selama 12 jam, tapi dek kerana terdengar ada kawan boleh buat terus ke Limbang dalam sehari, wah berkobar-kobar juga kami suami isteri nak turut mencuba. Perjalanan kali ni rupa-rupanya memang agak mencabar disebabkan encik suami sedari awal memang agak tak bermaya nak drive. Sehinggakan terlintas pula nak pusing balik ke Kuching bila kami sudah berada di Sri Aman iaitu 3 jam perjalanan dari Kuching. Agak jauh juga kan.
Monday, May 22, 2017
Pertama kali sampai ke Lundu, Sarawak.. Apa yang best? (Entri bergambar)
Hai pembaca.. Assalammualaikum..
Kebetulan tempat kerja suami ada buat aktiviti macam hari keluarga dikalangan staf. Destinasi kali ini adalah sebuah daerah kecil di Sarawak iaitu Lundu. Ini adalah pertama kali alin dan anak-anak sampai sini. (Pernah ke Semantan SEMATAN PALM BEACH RESORT, gambar dan pengalaman sepanjang percutian - Kalau suami memang dah beberapa kali atas urusan kerja. Jadi memang alin rasa excited sangat nak pergi. Selalu hujung minggu kat rumah saja, jadi ada peluang berjalan macam ni, mestilah seronok. Dalam perancangan program, awal pagi ada lawatan. Selepas tu di sebelah tengah hari pula ada makan tengah hari yang disediakan bertempat di Gunung Gading National Park.. Wah baru tahu dikawasan Lundu ada gunung, sebab sebelum ni alin hanya tau Gunung Santubong saja di Damai. Tak pernah lagi daki Gunung Santubong tu, tapi memang dah beberapa kali juga sampai Damai. Siap bermalam lagi di Damai Beach Resort. ๐๐๐
Thursday, May 4, 2017
Diskaun hebat beli novel di Popular Boulevard Kuching
Hai pembaca.. Assalammualaikum..
Lama tak beli novel. Last beli masa #cybersale beli online dengan karangkraf online hari tu Bungkusan dari Karangkraf yang dinanti.. jadi kesemua novel tu pun dah habis baca, jadi singgah lah kat Popular Boulevard Kuching sebab nak tengok novel terkini yang ada, tak sangka pula ada sale dalam 20-25% wow banyak juga tu, dah kira murah sangat apatah lagi lagi senang, bayar saja terus boleh bawak balik dan baca. Kebetulan Popular tengah buat macam undian untuk anugerah pilihan pembaca, isi saja borang tu terus dapat lagi kupon 20% diskaun. Novel-novel yang tersenarai pun memang alin ketahui novel yang bagus-bagus. Jadi alhamdulillah, selamatlah dapat beli 6 buah novel agak tebal juga dengan harga RM137.85. Senang hati, sebab banyak jimat.. Arghh sedapnya bau novel baru.. ๐๐๐
Tuesday, May 2, 2017
Pengalaman tengok orang sempat mencuri dalam Padini Sales
Hai pembaca.. Assalammualaikum ๐๐๐
Terkejut juga tengok ramai cakap pasal sale Padini baru-baru ni.. Seperti biasa, Sales Padini selama 4 hari ni (28hb April-01 Mei) memang memang mendapat sambutan yang luar biasa. Berbaris panjang huahua.. Dah dekat nak sampai fitting room tu. Harga serendah RM9 memang dah biasa tengok orang sambar saja, sebab harganya memang agak murah berbanding harga ketika bukan sales. Tapi kali ni memang tak beli apa-pun. Maklumlah sales hujung tahun lalu pun masih baru, dah beli beberapa helai baju juga masa tu, sampai lenguh kaki berbaris masa nak bayar. Kali ni tengok orang saja lah.. Untuk info kami ke Padini di VivaCity Megamall Kuching, Sarawak.
Saturday, April 8, 2017
Alamak biar betul filem animasi 'The Boss Baby' macam ni?
Salam pembaca..
Pagi tadi sekali lagi kami sekeluarga kembali ke TGV Vivacity Megamall Kuching, sebab dari minggu lepas lagi si adik ni nak tonton filem animasi The Boss Baby tu tapi sebab hari tu kami tonton filem Beauty And The Beast, terpaksalah tangguh nonton filem animasi ni ke minggu ni pulak.. Hari demi hari, adik dan kakak bertanya sebab tak sabar sangat nak tonton filem ni, tengok kat trailer filem pun dah tau filem ni best... Jadi, akhirnya tibalah harinya.. yeay ๐๐๐
Saturday, April 1, 2017
Kisah tonton filem Beauty And The Beast di TGV Cinemas VivaCity Megamall, Kuching
Hai pembaca..
Akhirnya.. kihkih.. akhirnya dapat juga tonton filem ni. Sejak ditangguhkan penayangannya, kita orang satu family memang tak sabar sangat nak tengok. Terutamanya si kakak sebab baru-baru ni dia dah mula layan filem Harry Portter yang ditayangkan berulang kali kat Astro, jadi dia dah mula minat watak-watak dalam filem tu terutamanya Emma Watson, yang jadi pelakon Belle dalam filem Beauty And The Beast ni. Emma Watson yang sudah beralih menjadi wanita dewasa ๐๐๐ lawa sangat, sesuai betul dengan watak Belle ni..
Tuesday, March 28, 2017
Lazada Malaysia Big Baby Fair
Hi pembaca..
Hihu, jualan hebat Lazada Birthday Sale pada 22 – 24 March 2017 baru-baru ni masih terasa lagi kemeriahannya, kini Lazada kembali buat promosi 'gila' iaitu Lazada's Big Baby Fair yang akan bermula 29 Mac sehingga 2 April ini. Bolehlah sambung belek-belek lagi barang-barang yang ditawarkan dengan harga promosi sehingga 85% diskaun utuk barang terpilih.. Ya, alin tak silap taip, memang 85%, ๐ช๐ช Huhu menggeletar tangan tak sabar nak scroll dan lihat mana-mana produk yang berkenan ni ekeke.. Ni kalau kat kedai tunggulah sale tengah tahun atau hujung tahun baru dapat, itupun berhimpit dengan ramai orang yang turut nak beli..
Monday, March 27, 2017
Belajar dengan adik umpama berada di medan perang
Hai pembaca..
Untuk Ujian 1 adik baru-baru ni markah nya memang hampir semua A kecuali bahasa arab. Namun begitu purata markah yang diperolehi hanyalah dalam 80-87 markah. (Ini adalah markahnya tanpa ada belajar) Memang agak rapuh dan senang saja turun ke gred B. Apatah lagi tahun ni dia sudah masuk kelas terpandai, jadi memang agak bersaing juga dengan rata-rata pelajar pandai dalam kelas tu. Jadi alin dan encik suami mengambil keputusan untuk 'pujuk' dia belajar dengan belikan buku soalan yang dijual di kedai buku. Lepas tu setiap hari jadualkan dia membuat latihan dengan berbeza subjek setiap hari.
Friday, March 24, 2017
Blog dah jadi lain sebab teruja sangat nak guna template terbaru Blogger hehe
Hai pembaca..
Disebabkan rasa teruja sangat dengan template yang ditawarkan oleh blogger, alin terpaksa habiskan masa berjam-jam untuk setting kan balik blog..Huhu, sudah jadi satu kerja pula, tapi alhamdulillah alin suka dengan perubahan terkini ni, sebab blog ni nampak lebih fresh, terus berkobar-kobar perasaan nak update blog.. Benarlah setiap yang berlaku tu ada hikmah di sebaliknya kan. Ada banyak benda sepatutnya di share dalam blog ni, tapi terperuk saja macam tu, sampai isu-isu tu terus jadi macam basi dan tak sesuai lagi untuk di jadikan entri blog.. ๐ข๐ข๐ข Tapi alin akan cuba juga buat entri untuk mana-mana isu yang boleh dijadikan panduan atau ikhtibar buat pembaca. Insha Allah..
Wednesday, March 22, 2017
Bungkusan dari Karangkraf yang dinanti..
Salam pembaca..
Bungkusan yang satu ni memang dinanti-nantikan sangat. Tak sabar.. Sebab dalam penghantaran pun ada masalah sampaikan dekat 3 minggu baru lah kotak ni selamat sampai.. Huh, alhamdulillah akhirnya selesai juga. Dan cabaran juga nak bawa kotak besar ni naik ke rumah, sebab rumah berada di tingkat 3, berpeluh angkat kebetulan encik suami tak ada, outstation. Hah, gila sangat kan nak beli novel murah. Siapa suruh Karangkraf Mall selalu buat offer hehe..
Friday, March 17, 2017
LAZADA BIRTHDAY BLOGGER CONTEST
Lazada ada mengadakan “LAZADA BIRTHDAY BLOGGER CONTEST” sempena Lazada Birthday Sale pada 22 – 24 March 2017 ini. Dan sebagai pelanggan yang sering kali membeli belah dengan Lazada ni, (setiap bulan ada saja barang dari Lazada sampai ke rumah hehe) sudah tentu alin tidak akan ketinggalan turut serta menyertai contest ni. Semoga adalah rezeki alin untuk menang salah satu hadiah yang ditawarkan.. Insha Allah..
A. Apa yang anda suka tentang Lazada Malaysia?
Alin memang selesa sangat berbelanja di Lazada ni. Macam-macam barang yang ada dijual dengan harga yang kadang-kadang tu serius tak percaya.. Alamak murahnya. Lagipun Lazada ni selalu sangat buat sales. Barang yang Lazada jual ni juga selalu ada free postage, memang berbaloi lah kan, dari rumah atau melalui telefon bimbit ataupun di mana sahaja kita boleh membeli belah dan lepas tu hanya tunggu di pintu rumah, barang akan sampai dengan selamat.
Tuesday, January 3, 2017
'The Great Wall' memang sebuah filem yang hebat dan mengagumkan
Salam pembaca..
Semalam (isnin) selepas mendaftar untuk sekolah adik (alhamdulillah adik duduk di kelas paling atas untuk tahun 2 ni. Semoga teruskan kecemerlangan adik ๐๐), selepas sarapan roti canai kat mamak, terus tak tahu nak buat apa. Nak balik rumah, bosan juga sebab masih cuti kan. Jadi terus online TGV tengok apa filem yang sedang ditayangkan di panggung wayang sekarang. Nampaklah filem The Great Wall sebelah atas sekali (filem baru), jadi bila tengok tiket pun ada serendah RM6, alin terus buat pembelian untuk jam 11.40 pagi.
Subscribe to:
Posts (Atom)