Lulu Pages

Terkini dari alin

Monday, March 27, 2017

Belajar dengan adik umpama berada di medan perang



Hai pembaca..

Untuk Ujian 1 adik baru-baru ni markah nya memang hampir semua A kecuali bahasa arab. Namun begitu purata markah yang diperolehi hanyalah dalam 80-87 markah. (Ini adalah markahnya tanpa ada belajar) Memang agak rapuh dan senang saja turun ke gred B. Apatah lagi tahun ni dia sudah masuk kelas terpandai, jadi memang agak bersaing juga dengan rata-rata pelajar pandai dalam kelas tu. Jadi alin dan encik suami mengambil keputusan untuk 'pujuk' dia belajar dengan belikan buku soalan yang dijual di kedai buku. Lepas tu setiap hari jadualkan dia membuat latihan dengan berbeza subjek setiap hari.



Masalahnya adik ni malas sangat belajar. Dari tadika, darjah 1 dan sekarang darjah 2, mula-mula dia semangat, tapi bila dah 2-3 muka surat dia akan mulakan 'drama sedih'nya, seperti mata berair, tangan sakit, dan lebih teruk lagi, jawapan salah, seolah-olah dia tak pernah belajar langsung soalan tu. Jadi ketika itulah alin terasa seperti berada di medan perang. Bunyinya memang pelik, tapi dalam keadaan macam tu, alin akan jadi hilang sabar tapi disebabkan nak juga paksa dia belajar, kena lembutkan suara pujuk dia sambil tolong sedikit demi sedikit sehinggalah dia kembali bersemangat menghabiskan soalan tu.

Sebaik semua soalan selesai dan alin siap semak, dia akan tersenyum senang hati.. Setiap kali belajar macam beginilah, sepesen saja semua. Drama betullah adik.. Haish.. Jadi mak-mak ni tak boleh hati tisu sangat, cekalkan dalam hati bahawa ini  semua adalah untuk kebaikan dia.. huhu. Si kakak pun hanya mampu geleng kepala saja dengan gelagat adiknya yang 'pandai main wayang'.. Kakak dan adik, mama dan abah doakan semoga kamu akan menjadi orang yang berjaya dunia dan akhirat.. aaminn... ๐Ÿ™๐Ÿ™๐Ÿ™




.

No comments: