Lulu Pages

Terkini dari alin

Sunday, March 20, 2016

JOM MASUK IPT - Karnival Pendidikan Tinggi Negara 2016



Salam pembaca..

Setiap tahun dekat-dekat keputusan SPM diumumkan, tengok tarikhlah, ada tempat tu karnival ni akan dibuat selepas keputusan di umum. Berbeza dengan tahun lalu yang mana karnival ini diadakan di CityOne Megamall, tahun ini diadakan di The Hills, berdekatan dengan UTC Kucing, Sarawak iaitu 19-20 mac 2016.

Karnival yang sangat-sangat ditunggu oleh kami sekeluarga, maka kali ini kami tidak melepaskan peluang untuk turut sama hadir memeriahkan lagi karnival ni. Jadi, selepas meletak kenderaan kat UTC, kami berjalan kaki ke The Hills, tak jauh pun dekat saja. Dan sambutan terhadap karnival ni memang sangat mengujakan. Ramainya orang!! Tingkat bawah penuh dengan booth IPTA, sebut saja apa, semua ada, Dan sebelah atas pun ada juga booth. Macam-macam ada termasuk PTPTN dan BPL (Bahagian Pengurusan Latihan) yang siapa tidak tahu lagi, BPL ni lah yang mengurus dan melatih pelajar separa perubatan, seperti jururawat, penolong pegawai kesihatan persekitaran, M.A, farmasi dan banyak lagi. Isi online SPA dulu, berjaya diterima masuk (ada elaun bulanan) dan anda akan menjalani latihan dibawah BPL (diploma/sijil) di kolej KKM seluruh Malaysia dan kemudian dilantik ke jawatan tetap sebagai kakitangan kerajaan.



Kebetulan masa berada di karnival ini, ada nampak kelibat DR Fazley dan Datuk Mary Yap. Memang alin dan encik suami ada niat nak tegur Datuk Mary Yap ni disebabkan beliau merupakan bekas guru kami (berlainan sekolah, lagipun umur kami berbeza), tapi tak terkejar hehe sebab nampak sangat dia kelam kabut bergambar bersama kenamaan yang lain di beberapa booth yang terpilih. Kan tak pasal-pasal kena tahan sebab niat diragui hehe..



Disebabkan pengunjung yang terlalu ramai, dengan cuaca yang sangat panas lagi huhu aircond dalam The Hills pun dah tak rasa. Tapi gagah juga kunjungi setiap booth.. Tahniah buat Kementerian Pendidikan Tinggi yang berjaya anjurkan karnival ni, secara tak langsung dah tahu informasi-informasi penting bagi setiap booth tanpa perlu berkunjung sendiri ke premis mereka. Dan semoga karnival seumpama ni akan diteruskan dimasa akan datang..



.


Monday, March 14, 2016

Tips panjangkan hayat cable usb iphone



Tips panjangkan hayat cable usb iphone | Hai semua.. Masalah luar cable iphone atau ipad ni koyak memang seringkali berlaku. Mula-mula tu tak tau macam mana nak atasi masalah ni. Tapi kemudian, bila nampak kakak (anak alin yang sulung) asyik dengan loom band, idea ini datang. Dan bila kakak buat kat cable iphone ni, nampaknya cable tu lebih tahan digunakan. Siap suruh balut loom band sampai dua kali lagi.


Tapi masalahnya, getah loom band tu tak tahan lama. Getah tu akan mereput dan mulai putus dengan sendiri. So selepas beberapa bulan, kenalah buat balik dan lagi elok kalau buat dua kali lapis. Tapi alhamdulillah, dengan cara ini, kita akan dapat save duit kos daripada terpaksa beli cable yang baru.. Mahal juga tu. Semoga dengan cara ini akan memberi manfaat buat semua.



.