Lulu Pages

Terkini dari alin

Tuesday, March 28, 2017

Lazada Malaysia Big Baby Fair



Hi pembaca..

Hihu, jualan hebat Lazada Birthday Sale pada 22 – 24 March 2017 baru-baru ni masih terasa lagi kemeriahannya, kini Lazada kembali buat promosi 'gila' iaitu  Lazada's Big Baby Fair yang akan bermula 29 Mac sehingga 2 April ini. Bolehlah sambung belek-belek lagi barang-barang yang ditawarkan dengan harga promosi sehingga 85% diskaun utuk barang terpilih.. Ya, alin tak silap taip, memang 85%, ๐Ÿ’ช๐Ÿ’ช Huhu menggeletar tangan tak sabar nak scroll dan lihat mana-mana produk yang berkenan ni ekeke.. Ni kalau kat kedai tunggulah sale tengah tahun atau hujung tahun baru dapat, itupun berhimpit dengan ramai orang yang turut nak beli..

Monday, March 27, 2017

Belajar dengan adik umpama berada di medan perang



Hai pembaca..

Untuk Ujian 1 adik baru-baru ni markah nya memang hampir semua A kecuali bahasa arab. Namun begitu purata markah yang diperolehi hanyalah dalam 80-87 markah. (Ini adalah markahnya tanpa ada belajar) Memang agak rapuh dan senang saja turun ke gred B. Apatah lagi tahun ni dia sudah masuk kelas terpandai, jadi memang agak bersaing juga dengan rata-rata pelajar pandai dalam kelas tu. Jadi alin dan encik suami mengambil keputusan untuk 'pujuk' dia belajar dengan belikan buku soalan yang dijual di kedai buku. Lepas tu setiap hari jadualkan dia membuat latihan dengan berbeza subjek setiap hari.

Friday, March 24, 2017

Blog dah jadi lain sebab teruja sangat nak guna template terbaru Blogger hehe



Hai pembaca..

Disebabkan rasa teruja sangat dengan template yang ditawarkan oleh blogger, alin terpaksa habiskan masa berjam-jam untuk setting kan balik blog..Huhu, sudah jadi satu kerja pula, tapi alhamdulillah alin suka dengan perubahan terkini ni, sebab blog ni nampak lebih fresh, terus berkobar-kobar perasaan nak update blog.. Benarlah setiap yang berlaku tu ada hikmah di sebaliknya kan. Ada banyak benda sepatutnya di share dalam blog ni, tapi terperuk saja macam tu, sampai isu-isu tu terus jadi macam basi dan tak sesuai lagi untuk di jadikan entri blog.. ๐Ÿ˜ข๐Ÿ˜ข๐Ÿ˜ข Tapi alin akan cuba juga buat entri untuk mana-mana isu yang boleh dijadikan panduan atau ikhtibar buat pembaca. Insha Allah..

Wednesday, March 22, 2017

Bungkusan dari Karangkraf yang dinanti..


Salam pembaca..

Bungkusan yang satu ni memang dinanti-nantikan sangat. Tak sabar.. Sebab dalam penghantaran pun ada masalah sampaikan dekat 3 minggu baru lah kotak ni selamat sampai.. Huh, alhamdulillah akhirnya selesai juga. Dan cabaran juga nak bawa kotak besar ni naik ke rumah, sebab rumah berada di tingkat 3, berpeluh angkat kebetulan encik suami tak ada, outstation. Hah, gila sangat kan nak beli novel murah. Siapa suruh Karangkraf Mall selalu buat offer hehe..

Friday, March 17, 2017

LAZADA BIRTHDAY BLOGGER CONTEST



Lazada ada mengadakan “LAZADA BIRTHDAY BLOGGER CONTEST” sempena Lazada Birthday Sale pada 22 – 24 March 2017 ini. Dan sebagai pelanggan yang sering kali membeli belah dengan Lazada ni, (setiap bulan ada saja barang dari Lazada sampai ke rumah hehe) sudah tentu alin tidak akan ketinggalan turut serta menyertai contest ni.  Semoga adalah rezeki alin untuk menang salah satu hadiah yang ditawarkan.. Insha Allah..

A. Apa yang anda suka tentang Lazada Malaysia? 

Alin memang selesa sangat berbelanja di Lazada ni. Macam-macam barang yang ada dijual dengan harga yang kadang-kadang tu serius tak percaya.. Alamak murahnya. Lagipun Lazada ni selalu sangat buat sales. Barang yang Lazada jual ni juga selalu ada free postage, memang berbaloi lah kan, dari rumah atau melalui telefon bimbit ataupun di mana sahaja kita boleh membeli belah dan lepas tu hanya tunggu di pintu rumah, barang akan sampai dengan selamat.