Lulu Pages

Terkini dari alin

Wednesday, February 28, 2018

Review ParkCity Everly Hotel Bintulu, Sarawak



Salam pembaca..

Ini kunjungan kami kali kedua. Buat pertama kali boleh tengok kat sini Hotel di Bintulu, Sarawak dan masa tu adalah kali pertama menjejakkan kaki dari Tawau ke Kuching, kira perjalanan pertama kali ketika berhijrah dari bumi Sabah ke bumi Sarawak. Dan sememangnya alin dan keluarga sangat-sangat teruja dengan kunjungan ini, disebabkan pada pertama kali dulu, kami tiba lewat sangat dihotel ini, masa tu dah mulai gelap dan kerana terlalu penat, kami rehat awal dan tak ada masa pun nak round disekitar hotel ni atau menikmati sepenuhnya keselesaan hotel ini. Dan alhamdulillah, untuk kali ini kami akan tiba awal dihotel ini dan yeay dapatlah buat full review mengenai hotel hebat ni ๐Ÿ˜‰๐Ÿ˜‰๐Ÿ˜‰

Tuesday, February 6, 2018

Karyaseni dan Penulisan2U datang lagi ke Kuching, Sarawak




Salam pembaca..

Baru saja beberapa bulan pihak penerbit Karyaseni dan Penulisan2U datang ke mari, Hasil pembelian novel di PESTA BUKU BORNEO, PLAZA MERDEKA SARAWAK kini sekali lagi mereka datang dan buat promosi yang sangat-sangat hebat dan rugi jika dilepaskan bagi pencinta novel seperti alin. Sebelum ni dibuat di Plaza Merdeka, dan kali ini pula ianya akan dibuat di Riverside Shopping Complex, Kuching yang mana lokasi tempat ini adalah berhadapan dengan Waterfront Kuching (Sungai Sarawak). Promosi yang sama dan kali ini turut dibawa novel-novel baru yang baru saja release di pasaran. Wah..