Lulu Pages
Terkini dari alin
Tuesday, January 16, 2018
Pertama kali 'run' waktu malam..
Salam pembaca..
Baru-baru ni alin dan keluarga menyertai satu larian 'fun run' iaitu STAR GATE The Power Of Love 5.0 yang dianjurkan oleh The Loving Society Kuching. Bayar hanyalah RM38 (early bird) untuk 5KM dimana setiap pelari akan dapat baju, bib, medal dan 1 past event medal selagi stok masih ada. Ya, murah saja nak join, register alin dan suami baru RM74 dah tu extra medal lama, boleh tambah koleksi hehe. Bajunya pun lawa ๐๐๐ Larian ini dilepaskan di Kuching Waterfront, 6.45 petang pada 6 januari yang lalu. Kami datang seawal jam 5 petang dan nampak dah ada ramai orang yang pakai baju yang sama..
Wednesday, January 3, 2018
Menjelang tahun baru maka genaplah tahun ke-4 berada dibumi Kuching, Sarawak
Salam pembaca..
Selamat tahun baru 2018. Alhamdulillah masih diberi peluang untuk bernafas dan menjalani hidup-hidup seterusnya. Dan menjelang 12 tengah malam, bila terlihat bunga api (dari tingkap rumah boleh nampak hampir keseluruhan kawasan Kuching yang bermandikan bunga api setiap kali tahun baru, tahun baru cina dan perayaan-perayaan lain), alin teringat 4 tahun yang lalu ketika pertama kali melihat puluhan mungkin ratusan bunga api setiap kali perayaan disambut. Dan sebenarnya, walaupun encik suami merupakan tahun ke lima berada disini, jelas terasa kami dah lama berada di Kuching, dan mulai rasa sayang dengan bandaraya ini. Kalau balik cuti ke Sabah, mesti nak pulang cepat-cepat sebab rindu 'rumah' di Kuching, rindu bahasa dan makanan-makanannya yang sedap hehe..
Subscribe to:
Posts (Atom)